Stesen MRT Kwasa Damansara
![]() Luaran stesen Kwasa Damansara. | ||||||||||||||||||
Lokasi | Stesen Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1] | |||||||||||||||||
Koordinat | 3°10′35.3″N 101°34′21.2″E / 3.176472°N 101.572556°EKoordinat: 3°10′35.3″N 101°34′21.2″E / 3.176472°N 101.572556°E | |||||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | |||||||||||||||||
Aliran/laluan | ![]() ![]() | |||||||||||||||||
Platform | 2 platform tengah | |||||||||||||||||
Landasan | 4 | |||||||||||||||||
Pengendali kereta api | ![]() | |||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||
Jenis struktur | ![]() | |||||||||||||||||
K. letak kenderaan | 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal | |||||||||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | |||||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||||
Kod stesen | SBK04 | |||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||
Dibuka | ![]() | |||||||||||||||||
Akan dibuka | ![]() | |||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
sunting |
Stesen MRT Kwasa Damansara adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Nama stesen diambil daripada bandar Kwasa Damansara yang akan dibina oleh pemaju Kwasaland. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 1 laluan tersebut.[2] Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan mula berkhidmat di stesen ini pada Julai 2021.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Kota Damansara.[4]
Apabila Laluan SSP dibuka, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan SBK dan Laluan SSP. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Tun Razak Exchange.
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di dalam projek pembangunan Kwasa Damansara, salah satu daripada dua stesen untuk berkhidmat di perbandaran masa depan ini. Memandangkan stesen ini terletak jauh dari Jalan Sungai Buloh, jalan masuk baru dibina untuk membolehkan penumpang memandu ke stesen ini. Terletak berhampiran stesen ini adalah pangsapuri mewah Kasturi Indah Condominium, Seksyen 7 Kota Damansara dan Seksyen 8 Kota Damansara.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L2 Platform |
Landasan tidak digunakan | |
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
SBK Arah Selatan | → ![]() | |
L1 Platform |
Landasan tidak digunakan | |
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() | ||
SBK Arah Utara | ← ![]() | |
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna, pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan akan datang, Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[5] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal.[6]
Galeri[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Kwasa Damansara-MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkib daripada yang asal pada 15 Nov 2018. Dicapai pada 15 Nov 2018.
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 22 Jul 2017. Dicapai pada 19 Mei 2019.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 19 Mei 2019.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Kwasa Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — Kwasa Damansara". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |