Stesen MRT Muzium Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muzium Negara Rapid KL
SBK Line Muzium Negara Entrance A&B 1.jpg
Pintu stesen di hadapan Muzium Negara.
Nama lainموزيوم نڬارا (Jawi)
国家博物馆 (Cina)
தேசிய அருங்காட்சியகம் (Tamil)
LokasiStesen Muzium Negara, Jalan Damansara, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°8′14.34″N 101°41′14.41″E / 3.1373167°N 101.6873361°E / 3.1373167; 101.6873361Koordinat: 3°8′14.34″N 101°41′14.41″E / 3.1373167°N 101.6873361°E / 3.1373167; 101.6873361
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluan 9  Laluan Sungai Buloh-Kajang
Platform1 platform tengah
Landasan2
SambunganKlrt-unpaid link.png Keretapi Tanah Melayu Rapid KL Express Rail Link KL Sentral
Bus transport Bas GoKL: MadridMetro-BusUrbano.svg Merah
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
K. letak kenderaanTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK15 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT Muzium Negara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di barat daya Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Muzium Negara yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai KL Sentral.[2]

Walaupun terletak berhampiran Stesen Sentral KL, ia bukan sebahagian kompleks tersebut. Stesen ini dihubungkan melalui laluan pejalan kaki sepanjang 240 meter ke stesen tersebut.

Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di bawah Jalan Damansara di barat daya utara Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah utara stesen ialah Muzium Negara Malaysia, yang memberikan nama kepada stesen ini, manakala di sebelah selatan adalah KL Sentral (Menara CIMB, Menara Q Sentral, Hotel St Regis Kuala Lumpur, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Hotel Hilton Kuala Lumpur, Menara 1 Sentrum, Stesen KL Sentral dan pusat membeli-belah Nu Sentral). Juga terletak berhampiran stesen adalah Brickfields Asia College Kuala Lumpur, IPD Brickfields, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Planetarium Negara dan Taman Botani Perdana.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras tanah Pintu masuk/keluar, Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access
B1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke  1   2   5   6   7   10   ETS  Stesen Sentral KL Handicapped/disabled access
B2
Platform
SBK Arah Selatan  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Pasar Seni)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
SBK Arah Utara  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Manulife-Semantan)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Reka Bentuk Dalaman[sunting | sunting sumber]

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Muzium Negara telah diberi tema "Peralihan" yang memaparkan sejarah pengangkutan awam di Kuala Lumpur.[4]

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Penumpang yang menukar laluan diantara stesen MRT Muzium Negara dan Hab Pengangkutan KL Sentral perlu melalui sambungan pejalan kaki sepanjang 240 meter; dimana struktur sambungan tersebut adalah bertingkat. Sambungan ini telah dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad dengan kos sebanyak RM50 juta.[5]

Daripada stesen ini, sambungan pejalan kaki bermula di luar kawasan berbayar stesen di pintu C. Terdapat eskalator yang membawa pengguna ke laluan pejalan kaki aras tinggi merentasi Jalan Stesen Sentral 2. Laluan ini dihubungkan dengan pelbagai bagunan seperti Menara Q Sentral, Menara CIMB, Hotel Le Meredian, Platinum Sentral dan Stesen Sentral KL (di hadapan balai berlepas KLIA Ekspres). Memandangkan laluan pejalan kaki ini menghubungkan terus dengan kawasan berbayar stesen MRT Muzium Negara, ia tidak membenarkan pengguna melalui stesen ini daripada KL Sentral berjalan terus ke Muzium Negara dan sebaliknya.

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas Bandar GoKL laluan Merah berkhidmat berhampiran stesen ini.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Stesen[sunting | sunting sumber]

Sambungan Sentral KL[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada asal pada 22 Nov 2018. Dicapai 22 Nov 2018. 
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 28 Mei 2019. Dicapai 28 Mei 2019. 
  3. ^ "Muzium Negara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai 29 Mei 2019. 
  4. ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. Dicapai 2017-07-17. 
  5. ^ "Linkway for pedestrians between KL Sentral and Muzium Negara MRT station to open on July 17". New StraitsTimes. 29 Jun 2017. Diarkibkan daripada asal pada 20 Mei 2019. Dicapai 20 Mei 2019.