Stesen MRT Phileo Damansara
![]() Permandangan stesen Phileo Damansara daripada Pintu A. | |||||||||||
Lokasi | Stesen Phileo Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°7′45.43″N 101°38′34.41″E / 3.1292861°N 101.6428917°EKoordinat: 3°7′45.43″N 101°38′34.41″E / 3.1292861°N 101.6428917°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 516 petak parkir kereta dan 178 petak parkir motosikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK12 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Disember 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen MRT Phileo Damansara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di utara Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pusat komersial Phileo Damansara yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini. [1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Seksyen 16.[2]
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Sprint berhampiran Persimpangan Seksyen 16. Di sebelah tenggara stesen adalah pusat komersial Phileo Damansara (SIBKL, Menara CP, Menara STAR, Hotel Eastin Kuala Lumpur) manakala di sebelah utara stesen adalah Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perumahan Seksyen 16 Petaling Jaya dan pangsapuri mewah Astana Damansara.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L2 Platform |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Pavillion-Pusat Bandar Damansara) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() | ||
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (TTDI) | |
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket. pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 516 petak parkir kereta dan 178 petak parkir motosikal.[4]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T786, T815 dan T816 berkhidmat di stesen ini.
Pintu stesen[sunting | sunting sumber]
Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Phileo Damansara. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan 16/11. Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Pusat Dagangan Phileo Damansara 1 manakala kedudukan Pintu B stesen terletak di utara stesen berdekatan dengan Lebuhraya Sprint dan kawasan meletakkan kenderaan bertingkat.
Stesen Laluan Kajang | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Phileo Damansara 1 | Hentian sebelah untuk bas pengantara, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Eastin Hotel, CP Tower | ![]() |
B | Lebuhraya Sprint | Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Park 'N Ride dan Petronas | ![]() |
Galeri[sunting | sunting sumber]
-
Kereta api MRT menghampir platform stesen MRT Phileo Damansara.
-
Penumpang keluar daripada sebuah kereta api di platform stesen.
-
Permandangan platform.
-
Tren arah Sungai Buloh menghampiri stesen pada waktu petang.
-
Bahagian kawasan berbayar di aras legar stesen.
-
Bahagian kawasan tidak berbayar dan pintu berbayar di aras legar stesen.
-
Jambatan pejalan kaki merentasi Lebuhraya SPRINT ke Pintu A stesen.
-
Permandangan jambatan pejalan kaki di antara stesen MRT dengan Pintu A stesen.
-
Permandangan jambatan pejalan kaki di antara pintu A dan stesen.
-
Pintu B stesen.
-
Permandangan pintu B stesen, dengan bangunan parkir kereta bertingkat di sebelah kiri.
-
Bangunan parkir kereta bertingkat stesen MRT Phileo Damansara.
-
Papan tanda elektronik menunjukkan kekosongan parkir kereta di pintu masuk bangunan parkir kereta bertingkat.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Phileo Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — MSPR Phileo Damansara". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.