Pergi ke kandungan

Stesen MRT Sri Damansara Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sri Damansara Timur
LokasiStesen MRT Sri Damansara Timur, Persiaran Mahogani, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°12′26″N 101°37′42″E / 3.207359861822633°N 101.62844931798755°E / 3.207359861822633; 101.62844931798755Koordinat: 3°12′26″N 101°37′42″E / 3.207359861822633°N 101.62844931798755°E / 3.207359861822633; 101.62844931798755
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T110, T111
Stesen Kepong Sentral
Pengangkutan bas Selangor Bus (Selangor Omnibus): 100, 103, 104, 107
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY08 
Sejarah
Dibuka16 Jun 2022; 2 tahun yang lalu (2022-06-16)
DielektrikkanYa
Nama lamaKepong Sentral
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sri Damansara Sentral
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Metro Prima
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Sri Damansara Timur adalah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Sri Damansara, Selangor, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Sri Damansara Sentral dan Stesen MRT Metro Prima serta mempunyai kod stesen iaitu PY08.[1]

Aras platform Stesen MRT Sri Damansara Timur

Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Kepong Sentral" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" (Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP)) di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S04.[2][3] Nama stesen diambil sempena sebuah stesen perkhidmatan KTM Komuter milik Keretapi Tanah Melayu, iaitu Stesen Kepong Sentral, yang telah dicadangkan menjadi laluan pertukaran antara Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan Putrajaya. Tetapi, namanya telah diubah kepada "Sri Damansara Timur", menandakan sempadan antara negeri Selangor dan Kuala Lumpur pada tahun tidak diketahui.[3]

Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Sri Damansara Timur akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke Stesen MRT Kampung Batu.[4] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[5] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[6]

Stesen MRT Sri Damansara Timur merupakan sebahgian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[7]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Persiaran Mahogani. Ia terletak di dalam kawasan perbandaran Bandar Sri Damansara dan berdekatan dengan Kepong Sentral Condominium, Pasar Pagi Kepong Sentral, Pangsapuri Puncak Desa, Taman Bukit Maluri, Jalan Selayang–Kepong dan Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).[3]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Metro Prima)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Sri Damansara Sentral)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
M Aras M stesen sambungan Stesen Kepong Sentral (KTM Komuter)
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 menuju ke Kwasa Damansara.[3] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Sri Damansara Timur dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan atau Park and Ride.[1] Terdapat kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[8]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]
Peta stesen dengan lokasi sekitar dengan skala 100 meter.

Secara keseluruhannya, Stesen MRT Sri Damansara Timur mempunyai satu pintu masuk sahaja dan terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di barat stesen atau di Jalan Persiaran Mahogani dan mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya (OKU). Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T110 dan T111 beroperasi sepenuhnya di pintu A.[9][10]

Stesen Laluan Putrajaya — Sri Damansara Timur Rapid KL
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Barat stesen Persiaran Mahogani Akses OKU Pengangkutan bas
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Bandar Sri Damansara, SK Bandar Baru Sri Damansara
- Utara stesen KTM Kepong Sentral stesen sambungan
Stesen Kepong Sentral, Park and Ride Sri Damansara Timur, Taman Bukit Maluri, Kepong Sentral Condominium, Pangsapuri Puncak Desa

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]
Laluan Koridor Pengendali Terminal[9] Jumlah perhentian Ruj.
T110  Koridor Jalan Ipoh RapidKL MRT Sri Damansara Timur Taman Ehsan/Desa Aman Putri 15 stesen [11]
T111  MRT Sri Damansara Timur Taman Daya/Taman Kepong Indah 15 stesen [12]
  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube. Dicapai pada 2021-12-12.
  3. ^ a b c d "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  5. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  6. ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  7. ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  8. ^ "Stesen MRT Sri Damansara Timur" (dalam bahasa Melayu). Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. Dicapai pada 2021-10-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  10. ^ "Sri Damansara East MRT Station" [Stesen MRT Sri Damansara Timur]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  11. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T110 (MRT Sri Damansara Timur — Taman Ehsan/Desa Aman Putri)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.
  12. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T111 (MRT Sri Damansara Timur — Taman Daya/Taman Kepong Indah)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]