Stesen MRT TTDI
![]() Permandangan stesen TTDI pada waktu petang. | |||||||||||
Nama lain | Taman Tun Dr Ismail | ||||||||||
Lokasi | Stesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°EKoordinat: 3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Aliran/laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Landasan | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
K. letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK10 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 December 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
sunting |
Stesen MRT TTDI (atau stesen MRT Taman Tun Dr Ismail) ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[1]
Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Damansara di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia. Di barat laut stesen terletaknya Menara Glomac dan Damansara Kim[2] manakala di utara stesen terletaknya PrimaNora Medical Centre.[3] Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara LGB TTDI, Plaza VADS, pusat membeli-belah Glo Damansara, Glomac Damansara Residences, Kiara Green Townhouses, The Greens Condo TTDI, Pasar Besar TTDI, Hospital KPJ Damansara, Kubur Islam Bukit Kiara, SS 20 Petaling Jaya dan Taman Rimba Kiara.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | |
SBK Arah Selatan | → ![]() | |
SBK Arah Utara | ← ![]() | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T813 dan T814 berkhidmat di stesen ini.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 22 Jul 2017. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018.
- ^ Daz Manan (16 Okt 2017). "MRT stop in top-notch TTDI township". Sg Yahoo! News (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 17 Okt 2017. Dicapai pada 12 Nov 2018.
- ^ "Taman Tun Dr Ismail — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
![]() | Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |