Stesen MRT Taman Connaught

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Taman Connaught Rapid KL
SBK Line Taman Connaught Overall View 5.jpg
Nama lainتامن كونوت (Jawi)
康乐花园 (Cina)
தமன் கானாட் (Tamil)
LokasiStesen MRT Taman Connaught, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028Koordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluan 9  Laluan Sungai Buloh-Kajang
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T410, T411, T412, 450
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK26 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT Taman Connaught ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Connaught yang terletak di barat stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Plaza Pheonix.[2]

Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di atas Mes-e7.png Lebuhraya Grand Saga di Cheras, Kuala Lumpur. Stesen ini terletak berhampiran sempadan Kuala Lumpur-Selangor di sebelah timur stesen dan persimpangan hibrid antara Mes-e7.png Lebuhraya Grand Saga, Jkr-ft1.svg Jalan Cheras dan Mes-e37.png Lebuhraya Salak di barat daya stesen. Pusat membeli-belah Cheras Sentral Mall terletak di selatan stesen dan terdapat laluan pejalan kaki menghubungkan terus ke aras legar stesen ini. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Connaught, Taman Cheras Hartamas, Taman Len Seng, Cheria Height Apartment, Maxim Residences, dan Maktab Polis Diraja Malaysia.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Taman Suntex)
SBK Arah Utara  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Taman Mutiara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki ke Cheras Sentral Mall Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T410, T411, T412, 450 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada asal pada 22 Nov 2018. Dicapai 22 Nov 2018. 
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 28 Mei 2019. Dicapai 28 Mei 2019. 
  3. ^ "Taman Connaught — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai 30 Mei 2019.