Stesen MRT Taman Equine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Taman Equine
LokasiStesen MRT Taman Equine, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°59′21″N 101°40′21″E / 2.989196°N 101.672424°E / 2.989196; 101.672424Koordinat: 2°59′21″N 101°40′21″E / 2.989196°N 101.672424°E / 2.989196; 101.672424
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T542, T543
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusDalam pembinaan
Kod stesen PY36 
Sejarah
DibukaJanuari 2023; 5 bulan lagi (2023-01)
DielektrikkanYa
Nama lamaEquine Park
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
menghala ke Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
Perkhidmatan akan datang
Lokasi

Stesen MRT Taman Equine ialah sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia yang menjadi tempat perkhidmatan Laluan Putrajaya. Stesen ini akan dibuka rasmi pada Januari 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Stesen ini terletak di antara Stesen MRT Universiti Putra Malaysia dan Stesen MRT Putra Permai serta mempunyai kod stesen iaitu PY36.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama stesen "Equine Park" pertama kali disebutkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh MRT Corp di Youtube, dengan tajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" pada 15 September 2016.[3] Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT Equine Park ialah S31.[2][3] Dalam beberapa tahun kemudian, nama stesen ini telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu "Taman Equine".[4] Stesen MRT Taman Equine serta Stesen MRT Putra Permai terletak di Pakej S208. Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera, S.N. Akmida Holdings Sdn Bhd pada 19 September 2017, dengan jumlah sebanyak RM219.7 juta.[5][6]

Stesen MRT Taman Equine akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada bulan Januari 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain.[7][8] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022, tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang masih melanda di Malaysia.[9]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Putra Permai (Jalan Persekutuan 3215; juga dikenali sebagai Jalan Seri Kembangan), Seri Kembangan, Selangor. Stesen MRT Taman Equine akan menghubungkan penduduk sekitar kejiranan Taman Equine, Taman Pinggiran Putra, Taman Dato Demang, Taman Lestari Permai, Taman Putra Permai, Taman Lestari Perdana dan Taman Desaminium. Terletak berhampiran stesen adalah AEON Taman Equine, Zeva Residence, Pangsapuri Vista Pinggiran, Pangsapuri Putra Permai, Pangsapuri Putra Impian, Pasar Borong Selangor, Pangsapuri Putra Indah, Putra Walk, Pangsapuri Cemara, Putra Residen, Komersial Equine, Springville Residence, Villa Heights, Villa Avenue, Wisma Penyayang, Galleria Equine Park, Pangsapuri Sri Indah, Masjid Al Quddus, Pangsapuri Putra Ria, dan Masjid Al-Muttaqin.[10][11]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Putra Permai)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Universiti Putra Malaysia)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform yang menuju ke terminal laluan, Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Taman Equine dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (pandu dan rantau).[1] Stesen MRT Taman Equine juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan, lif dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara ulang-alik.[11]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Gambar-gambar luar
Ikon gambar Permandangan Pintu B Stesen MRT Taman Equine pada Januari 2022, MRT Corp
Ikon gambar Kerja-kerja pengecatan sekitar Pintu A Stesen MRT Taman Equine pada Mac 2022, MRT Corp

Mengikut rancangan pelan tapak stesen, Stesen MRT Taman Equine mempunyai dua pintu masuk dan keluar.[4]

Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Tenggara stesen Jalan Putra Permai Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderran peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legar Eskalator ke aras legar atau aras tanah.
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, MSPR Taman Equine, Taman Pinggiran Putra
N/A
B Barat laut stesen Jalan Putra Permai Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderran peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legar
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Taman Dato Demang, Taman Equine
N/A

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2020.
  4. ^ a b MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  5. ^ M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
  6. ^ "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  7. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  8. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  9. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  10. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  11. ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Taman Equine – MRT Corp". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 18 Disember 2021.