Pergi ke kandungan

Stesen MRT Taman Teknologi

 PY30  Taman Teknologi
تامن تيکنولوݢي‎
Rapid KL Logo | Stesen MRT
Pemandangan cadangan tapak stesen
LokasiStesen MRT Taman Teknologi,
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur,
WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°03′06″U 101°42′21″T / 3.0516°U 101.7059°T / 3.0516; 101.7059
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Sambungan Rapid Bus: T563, 590
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tempat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
StatusBelum dibina; akan datang
Kod stesen PY30 
Sejarah
Akan dibukaAkan ditentukan
Nama lamaTechnology Park
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sungai Besi
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
Perkhidmatan akan datang
Serdang Raya Utara
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Taman Teknologi adalah stesen transit aliran massa (MRT) akan datang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini akan dikhidmat oleh Laluan Putrajaya yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.

Stesen ini dinamakan sempena kawasan berhampiran iaitu Taman Teknologi Malaysia, sebuah taman perindustrian sains di Bukit Jalil yang terletak di selatan Kuala Lumpur.[1]

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumumkan bahawa stesen Technology Park akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[2] Stesen MRT Techology Park terletak di sektor landasan kereta api selatan Laluan Putrajaya dengan kod awal untuk pembinaan struktur stesen S25A.[3][4][5]

Stesen ini dahulunya dikenali sebagai Stesen MRT Technology Park sebelum ditukar kepada nama stesen sedia ada iaitu Taman Teknologi.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Taman Teknologi bakal menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Putrajaya dan terletak antara stesen Sungai Besi dan stesen Serdang Raya Utara serta mempunyai kod stesen iaitu PY30.[6][3][4]

Stesen MRT Taman Teknologi bakal terletak di dalam bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran dengan persimpangan bertingkat Taman Teknologi, di mana Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban membuat pertemuan antara Lebuhraya Bukit Jalil (FT 217) dan Persiaran Serdang Perdana. Ia juga terletak berhampiran dengan Plaza Tol Mines Utara di bawah Lebuhraya Sungai Besi dan perumahan berjajar Meadows and Glades di bahagian timur laut, bangunan kondominium Maju Kuala Lumpur di bahagian utara, Selangor Turf Club di bahagian timur, Pusat Pengurusan Pengangkutan Kuala Lumpur di bahagian barat daya, Ibu pejabat Astro di bahagian barat dan Wisma Scope International (atau Wisma Standard Chartered) dan Technology Park Malaysia College di bahagian barat laut.[4][1][7]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah pelan Stesen MRT Taman Teknologi yang dicadangkan, tertakluk kepada perubahan.

L2 Aras
platform
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
→ Platform 2: 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Kwasa Damansara (Sungai Besi)
← Platform 1: 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY01  Putrajaya Sentral (Serdang Raya Utara)
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri
L1 Aras
legar
Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan kedai serbaneka Akses OKU
G Aras
tanah
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirianAkses OKU

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Bilangan pintu dan destinasi Stesen MRT Taman Teknologi akan ditentukan.

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas Pengantara MRT yang dikendalikan oleh Rapid KL, laluan T563 dari Stesen MRT Serdang Raya Utara ke Taman Teknologi Malaysia (TPM) dan Bukit Jalil melalui lokasi rancangan Stesen MRT Taman Teknologi. Selain itu, hentian bas Selangor Turf Club/Plaza Tol Mines Utara dengan kod stesen bas KL2006 juga terletak berhampiran dengan tapak racangan Stesen MRT Taman Teknologi. Laluan bas yang berkhidmat di situ ialah 590 dari Hab Universiti Tunku Abdul Rahman (kod hentian – KJ477) di Sungai Long ke Hab Lebuh Pudu (kod hentian – KL101) di Pudu, Kuala Lumpur.[8]

  1. 1 2 "Technology Park MRT Station" [Stesen MRT Technology Park]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-15. Dicapai pada 2023-05-04.
  2. ↑ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 2022-11-29 – melalui Youtube.
  3. 1 2 MRT Corp (2017). "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-07-13. Dicapai pada 2023-02-20.
  4. 1 2 3 MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 2022-01-29.
  5. ↑ "Alignment Map – Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Line" [Peta Jajaran – Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya]. www.mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada 2022-05-31.
  6. ↑ MRT Corp. "Peta Jajaran – Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2022-02-20.
  7. ↑ MRT Corp. "MRT Putaraya Line – Hawk Eye View" [MRT Laluan Putrajaya – Permandangan Hawk Eye] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Dicapai pada 2022-12-20.
  8. ↑ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-27. Dicapai pada 2022-06-27. {{cite web}}: |archive-date= requires |archive-url= (bantuan)CS1 maint: url-status (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]