Stesen MRT TTDI

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail)
Jump to navigation Jump to search
 SBK10 
TTDI
SBK Line Taman Tun Dr Ismail Station Evening view from tracks 3.jpg
Permandangan stesen TTDI pada waktu petang.
Nama lainتي تي دي اي (Jawi)
敦依斯迈花园 (Cina)
தாமான் துன் டாக்டர் இஸ்மாயில் (Tamil)
LokasiStesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°E / 3.1360889; 101.6307667Koordinat: 3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°E / 3.1360889; 101.6307667
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluan 9  Laluan Sungai Buloh-Kajang
Platform2 platform sisi
Landasan2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganBus transport Rapid Bus: T813, T814
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK10 
Sejarah
Dibuka16 December 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen MRT TTDI (atau stesen MRT Taman Tun Dr Ismail) ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Damansara di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia. Di barat laut stesen terletaknya Menara Glomac dan Damansara Kim[2] manakala di utara stesen terletaknya PrimaNora Medical Centre.[3] Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara LGB TTDI, Plaza VADS, pusat membeli-belah Glo Damansara, Glomac Damansara Residences, Kiara Green Townhouses, The Greens Condo TTDI, Pasar Besar TTDI, Hospital KPJ Damansara, Kubur Islam Bukit Kiara, SS 20 Petaling Jaya dan Taman Rimba Kiara.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
SBK Arah Selatan  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Phileo Damansara)
SBK Arah Utara  9  Laluan Sungai Buloh-Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Bandar Utama)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T813 dan T814 berkhidmat di stesen ini.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada asal pada 22 Jul 2017. Dicapai 6 Nov 2018. 
  2. ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 31 Okt 2018. Dicapai 9 Nov 2018. 
  3. ^ Daz Manan (16 Okt 2017). "MRT stop in top-notch TTDI township". Sg Yahoo! News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 17 Okt 2017. Dicapai 12 Nov 2018. 
  4. ^ "Taman Tun Dr Ismail — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai 29 Mei 2019.