Stesen MRT Taman Universiti
PY35 Taman Universiti تامن اونيۏرسيتي | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan dalaman tapak stesen dari landasan tren | |||||||||||
| Lokasi | Stesen MRT Taman Universiti, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 2°59′58″U 101°41′14″T / 2.9994612°U 101.6872838°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
| Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Separa bawah tanah | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Status | Sudah dibina tetapi tidak beroperasi | ||||||||||
| Kod stesen | PY35 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Akan dibuka | Akan ditentukan | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
| Ralat Lua: Koordinat tidak dijumpai di Wikidata. | |||||||||||
Stesen MRT Taman Universiti adalah stesen transit aliran massa (MRT) akan datang di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Stesen ini akan dikhidmat oleh Laluan Putrajaya yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan yang berhampiran iaitu Taman Universiti Indah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumumkan bahawa stesen Taman Universiti akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di YouTube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[1] Stesen MRT Taman Universiti terletak di sektor landasan kereta api selatan Laluan Putrajaya dengan kod awal untuk pembinaan struktur stesen S30.[2][3][4][5]
Sehingga kini, stesen ini merupakan "stesen hantu" (Inggeris: Ghost station) kerana reka bentuk asas stesen secara fizikal telah dibina namun tren hanya akan melalui stesen ini tanpa henti.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Taman Universiti bakal menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Putrajaya dan terletak antara stesen UPM dan stesen Taman Equine serta mempunyai kod stesen iaitu PY35.[6][2][3]
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Taman Universiti terletak di dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berhampiran dengan Jalan Putra Permai dan persimpangan jalan tersebut dengan
Lebuhraya Maju (Lebuhraya MEX) ke utara.
Antara mercu tanda yang terdapat berhampiran tapak stesen ini termasuk:
- Taman Universiti Indah
- Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Inggeris: National Water Research Institute of Malaysia, NAHRIM)
- Depoh Bas Serdang
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah pelan Stesen MRT Taman Universiti yang dicadangkan, tertakluk kepada perubahan.
| G | Aras tanah |
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
| Ruang legar |
Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, dan kedai serbaneka | |
| LG | Aras platform |
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 2: 12 Laluan Putrajaya menghala ke KG04 PY01 Kwasa Damansara (UPM) | ||
| ← Platform 1: 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Taman Equine) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Bilangan pintu dan destinasi Stesen MRT Taman Universiti akan ditentukan apabila stesen beroperasi kelak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ MRT Malaysia (2016-09-15). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 2022-11-29 – melalui Youtube.
- 1 2 "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Agensi Pengangkutan Awam Darat. Dicapai pada 2026-09-30.
- 1 2 MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 2022-01-29.
- ↑ "Alignment Map – Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Line" [Peta Jajaran – Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya]. www.mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada 2022-05-31.
- ↑ "Jalan Putra Permai (Taman Universiti)". MRT Corp. 2020-12-01. Dicapai pada 2026-10-01.
- ↑ MRT Corp. "Peta Jajaran – Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2022-02-20.