Stesen MRT Tun Razak Exchange
![]() | ||||||||||||||||||
Lokasi | Stesen Tun Razak Exchange, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | |||||||||||||||||
Koordinat | 3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°EKoordinat: 3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°E | |||||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | |||||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang 12 Laluan Putrajaya (dibuka 16 Mac 2023) | |||||||||||||||||
Platform | 2 platform tengah | |||||||||||||||||
Trek | 4 | |||||||||||||||||
Pengendali kereta api | 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||||
Sambungan | ![]() | |||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||
Jenis struktur | 9 Bawah tanah | |||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya ![]() | |||||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||||
Kod stesen | KG20 PY23 | |||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||
Dibuka | 9 16 Julai 2017 | |||||||||||||||||
Akan dibuka | 12 16 Mac 2023 | |||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||
![]() |
Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) ialah stesen transit aliran massa (MRT) di timur Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Nama stesen diambil daripada kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange (dahulu dikenali sebagai KLIFD) yang dibina oleh pemaju 1MDB. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 2 laluan tersebut.[1] Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan mula berkhidmat di stesen ini pada bulan Julai 2022.[2] Dengan kedalaman 45m, stesen ini merupakan stesen terdalam dalam rangkaian MRT Lembah Klang.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Pasar Rakyat.[4]
Apabila Laluan SSP dibuka, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan SBK dan Laluan SSP. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Kwasa Damansara.
Ciri-ciri Stesen[sunting | sunting sumber]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Stesen ini terletak sepenuhnya dalam kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange, Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia yang menempatkan pelbagai menara seperti The Exchange 106 (menara tertinggi Malaysia) dan Menara Prudential. Stesen ini juga terletak berhampiran pintu masuk Terowong SMART di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah kelab malam TREC dan Zouk KL, menara JCorp, Wisma TechnipFMC, ibu pejabat RHB Malaysia dan kondominium mewah The Forum Condominium.
Pelan stesen[sunting | sunting sumber]
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian ![]() |
B1 | Aras legar atas | Sambungan aras legar bawah dengan pintu A dan pintu B stesen ![]() |
B2 | Aras legar bawah | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan ![]() |
B3 Platform |
Landasan tidak digunakan | |
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri ![]() | ||
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Cochrane) | |
B4 Platform |
Landasan tidak digunakan | |
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan ![]() | ||
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Pavillion-Bukit Bintang) |
Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan limat tingkat: aras tanah, aras legar atas, aras legar bawah dan dua aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan akan datang, Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[5]
Reka Bentuk Dalaman[sunting | sunting sumber]
Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Tun Razak Exchange telah diberi tema "Korporat Islamik" dimana motif-motif Islam kotemporari menghiasi kolum, dinding dan siling stesen ini.[3]
Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]
Bas RapidKL laluan T407 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 19 Mei 2019.
- ^ a b Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Tun Razak Exchange (TRX) — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.
![]() | Rencana berkenaan kereta api atau tren ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |