Stesen Monorel Bukit Nanas
MR08 Bukit Nanas | |
---|---|
Stesen Kuala Lumpur Monorail | |
![]() | |
Lokasi | Jalan Sultan Ismail, berhampiran persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang, berhampiran Bukit Nanas, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Koordinat | 3°9′22″N 101°42′16″E / 3.15611°N 101.70444°E |
Dimiliki oleh | KL Infrastructure Group Limited (KL Infra) |
Aliran/laluan | Kuala Lumpur Monorail (2003 – kini) |
Platform | 2 platform sisi |
Landasan | 2 |
Pembinaan | |
K. letak kenderaan | None |
Sejarah | |
Dibuka | 31 Ogos 2003 |
sunting |
Stesen Monorel Bukit Nanas ialah stesen monorel bertingkat dalam aliran Kuala Lumpur Monorail (KL Monorail). Stesen ini pernah dinamakan P. Ramlee Monorail station, sempena seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Stesen ini terletak di tepi barat Ampang, dibina berhampiran dan dinamakan sempena Bukit Nanas, di mana terletaknya Menara Kuala Lumpur, sebuah loji rawatan air dan hutan simpanan. Stesen ini terletak di atas Jalan Sultan Ismail, di selatan persimpangan Jalan Sultan Ismail Road-Jalan Ampang. Kedua-dua pintu keluar masuknya terletak di kedua-dua belah Jalan Sultan Ismail.
Stesen Bukit Nanas terletak 300 m dari stesen LRT Dang Wangi Aliran Kelana Jaya yang boleh dicapai dengan berjalan melalui laluan berteduh sepanjang Jalan Ampang.
Hubungan dengan bas rapidKL[sunting | sunting sumber]
Stesen Monorel Bukit Nanas boleh dicapai dengan menaiki bas rapidKL berikut:
- B103 : Titiwangsa - Bukit Bintang KL Monorail melalui KLCC LRT (arah Bukit Bintang sahaja)
Mercu tanda di sekitar[sunting | sunting sumber]
Stesen sebelumnya | Stesen berikutnya | |||
---|---|---|---|---|
Raja Chulan | KL Monorail | Medan Tuanku | ||
Kampung Baru | Aliran Kelana Jaya 300 m ke Dang Wangi |
Masjid Jamek |