Stesen Sungai Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sungai Besi Rapid KL
Sungai Besi Station - Mapillary (f9eg7Ev9R0X37AWYMPu4z3).jpg
LokasiStesen Sungai Besi, Jalan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°3′50″N 101°42′29″E / 3.06389°N 101.70806°E / 3.06389; 101.70806Koordinat: 3°3′50″N 101°42′29″E / 3.06389°N 101.70806°E / 3.06389; 101.70806
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
12 Laluan Putrajaya (Dibuka Julai 2022)
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan88 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP16 
Sejarah
Dibuka4 11 Julai 1998
Akan dibuka12 Julai 2022
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya
(masih dalam pembinaan, dibuka pada Julai 2022)
menghala ke Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
Lokasi

Stesen Sungai Besi ialah stesen LRT yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Sungai Besi. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998. Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan mula berkhidmat di stesen ini pada bulan Julai 2022.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sungai Besi, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa lebuh raya dan persimpangan berhampiran stesen ini antaranya Persimpangan Sungai Besi E9 Lebuhraya Sungai Besi dan Persimpangan Sri Petaling E5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan E37 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Juga terletak berhampiran stesen adalah pekan Sungai Besi, kawasan komersial The Trillium, Balai Polis Sungai Besi dan Pangsapuri Permai.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Bukit Jalil)
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Bandar Tasik Selatan)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 88 petak parkir kereta.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  3. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.