Stesen Tentera Laut Everett

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen Tentera Laut Everett
Everett, Washington
Naval station everett.png
Logo Stesen Tentera Laut Everett
Koordinat 47°59′33.54″N 122°13′5.79″W / 47.9926500°N 122.2182750°W / 47.9926500; -122.2182750Koordinat: 47°59′33.54″N 122°13′5.79″W / 47.9926500°N 122.2182750°W / 47.9926500; -122.2182750
Dibina 1987–1994
Digunakan  8 April, 1994 – kini
Dikawal oleh Tentera Laut Amerika Syarikat
Komander
sekarang
CAPT Michael Davis

Stesen Tentera Laut Everett (NAVSTA Everett) adalah sebuah penempatan tentera yang terletak di bandar Everett, Washington, 25 batu (40 km) utara Seattle. Stesen tentera laut ini terletak di gigi pantai, arah timur laut hujung Puget Sound, telah direka sebagai pelabuhan rumah bagi kumpulan serangan kapal pengangkut pesawat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan dibuka pada tahun 1994. Sebuah kompleks Sokongan Tentera Laut yang berasingan terletak di Smokey Point, 11 batu (18 km) ke utara Everett berdekatan Marysville, dan menempatkan seorang pegawai perbekalan tentera, sebuah rangkaian pasaraya, sebuah kolej dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

NAVSTA Everett menjadi tuan rumah kepada enam buah pembinasa peluru berpandu, sebuah cutter kelas Keeper USCGC Henry Blake milik Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG), dan sebuah sebuah bot peronda kelas-Marine Protector, USCGC Blue Shark. Terdapat kira-kira 6,000 kelasi dan orang awam yang bertugas di Stesen Tentera Laut Everett. Stesen ini sendiri mempunyai sekitar 350 kelasi dan orang awam yang ditugaskan untuk menjaganya.

Pelabuhan asal bagi kapal-kapal[sunting | sunting sumber]

Kapal pengangkut pesawat[sunting | sunting sumber]

Pada masa sekarang tiada sebuah pun kapal pengangkut pesawat yang berpangkalan di Stesen Tentera Laut Everett di sebabkan penugasan semula USS Nimitz ke Pangkalan Tentera Laut Kitsap pada bulan Januari 2015.[1] Nimitz dirancang untuk kembali ke Everett pada tahun 2019, tetapi pihak Tentera Laut telah membuat pengumuman pada akhir tahun 2018 bahawa ia akan kekal di Kitsap.[2] USS Abraham Lincoln yang dahulunya berpangkalan di Everett bermula pada tahun 1994 sehingga 2011, sebelum ia berpindah ke Stesen Tentera Laut Norfolk di Virginia.[3]

Frigat peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

12 buah kumpulan pertama frigat kelas-Constellation akan berpangkalan di Everett selepas penyerahan kapal pertama pada tahun 2026.[4]

Pembinasa peluru berpandu (6)[sunting | sunting sumber]

Cutter Pengawal Pantai (2)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Friedrich, Ed (December 22, 2015). "Nimitz staying in Bremerton". Kitsap Sun. Dicapai pada January 13, 2017.
  2. ^ Haglund, Noah (September 28, 2018). "There will be no Everett homecoming for the USS Nimitz". The Everett Herald. Dicapai pada March 11, 2019.
  3. ^ Fiege, Gale (November 18, 2011). "USS Abraham Lincoln, long the pride of Everett, will soon be gone for good". The Everett Herald. Dicapai pada March 11, 2019.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Correll tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WAMilitary Templat:Everett, Washington