Stesen Tentera Laut Norfolk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen Tentera Laut Norfolk
Sebahagian daripada Tentera Laut Kawasan Atlantik Tengah
Norfolk, Virginia, Amerika Syarikat
NS Norfolk 20 Disember, 2012
Koordinat36°56′42″N 76°18′47″W / 36.94500°N 76.31306°W / 36.94500; -76.31306Koordinat: 36°56′42″N 76°18′47″W / 36.94500°N 76.31306°W / 36.94500; -76.31306
JenisPangkalan tentera laut
Maklumat tapak
Pemilik Amerika Syarikat
Pengguna Tentera Laut A.S
Dibuka kepada
orang awam
Tidak
Sejarah tapak
Dibina4 Julai, 1917 (4 Julai, 1917)
Diguna sejak1917 (1917) - kini
Maklumat garison
Komander
terkini
CAPT Rich McDaniel
PenghuniKomander, Tentera Laut Kawasan Atlantik Tengah
Komander, Markas Pembangunan Peperangan Tentera Laut

Stesen Tentera Laut Norfolk adalah sebuah pangakalan Tentera Laut Amerika Syarikat yang terletak di Norfolk, Virginia. Ia menyokong pasukan tentera laut dalam Markas Pasukan Armada Amerika Syarikat,[1] yang beroperasi di Lautan Atlantik, Laut Mediterranean, dan Lautan Hindi. Pangkalan ini meliputi sekitar 4 batu (6.4 km) kawasan air dan 11 batu (18 km) kawasan jeti dan dermaga di semenanjung Hampton Roads yang dikenali sebagai Sewell's Point. Ia merupakan stesen tentera laut yang terbesar di dunia, dengan penumpuan terbesar pasukan Tentera Laut A.S dengan 75 buah kapal berlabuh di 14 buah jeti bersama 134 buah pesawat dan 11 buah hangar pesawat yang beroperasi di Chambers Field [2] Perkhidmatan Pelabuhan mengawal lebih daripada 3,100 buah pergerakan kapal setahun.

Operasi Udara pula melakukan lebih daripada 100,000 operasi penerbangan setiap tahun, sekitar 275 penerbangan sehari atau satu penerbangan pada setiap enam minit. Lebih 150,000 orang penumpang dan 264,000 tan surat dan kargo diuruskan setahun melalui pesawat Markas Mobiliti Udara (AMC) dan penerbangan yang disewa oleh AMC melalui Terminal AMC.[3]

Unit-unit operasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Tentera Laut Norfolk merupakan pelabuhan asal bagi empat kumpulan tempur pengangkut pesawat dan kapal-kapal yang ditugaskan bersamanya. Selain itu, stesen ini juga menjadi tuan rumah bagi beberapa kapal-kapal Markas Angkutan Laut Ketenteraan, selain kapal-kapal selam dalam Armada Atlantik.

Setakat Jun 2017, berikut merupakan unit-unit operasi yang berpusat atau berpangkalan di Stesen Tentera Laut Norfolk:

Kumpulan Tempur Pengangkut Pesawat Carrier Strike Groups (CARSTRKGRU)[sunting | sunting sumber]

Skuadron Kapal Pemusnah (DESRONS)[sunting | sunting sumber]

Skuadron Kapal Selam (SUBRON)[sunting | sunting sumber]

Kapal pengangkut pesawat[sunting | sunting sumber]

Kruiser[sunting | sunting sumber]

Kapal selam[sunting | sunting sumber]

Markas angkutan laut ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 Rencana ini menggabungkan bahan domain awam daripada laman web atau dokumen bagi Tentera Laut Amerika Syarikat.

  1. ^ Mission and Vision, Naval Station Norfolk
  2. ^ History of Naval Station Norfolk
  3. ^ "NS Norfolk History". cnic.navy.mil. Dicapai pada 2015-11-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:VAMilitary Templat:Norfolk, Virginia