Stesen Weigongcun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Weigongcun

魏公村
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiJalan Zhongguancun Selatan, Daerah Haidian, Beijing China
Koordinat39°57′23.13″N 116°19′1.73″E / 39.9564250°N 116.3171472°E / 39.9564250; 116.3171472Koordinat: 39°57′23.13″N 116°19′1.73″E / 39.9564250°N 116.3171472°E / 39.9564250; 116.3171472
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan 4
Platform2 (1 platform pulau)
Trek2
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
DibukaSeptember 28, 2009
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Renmin Daxue
menghala ke Anheqiaobei
Laluan 4 Guojia Tushuguan
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Stesen Weigongcun (Bahasa Cina: 魏公村站pinyin: Wèigōngcūn Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daerah Haidian, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen Weigongcun telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Weigongcun terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Zhongguancun Selatan (Cina ringkas: 中关村南大街pinyin: Zhōngguāncūnnán Dàjiē), Jalan Weigongcun (Cina ringkas: 魏公村路pinyin: Wèigōngcūn Lù) dan Jalan Xueyuan Selatan Cina ringkas: 学苑南路pinyin: Xuéyuànnán Lù.[3] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran daerah Haidian, China dan berkhidmat di sekitar kawasan perumahan Weibohaojiayuan (韦伯豪家园) dan Komuniti Weigongcun (魏公村小区).[3]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis Akses OKU
B2 Platform
Arah Utara
 4  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Renmin Daxue)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
Platform
Arah Selatan
 4  menuju ke Tiangongyuan (Guojia Tushuguan)

Dalaman stesen[sunting | sunting sumber]

Dalaman stesen
Aras legar stesen, Stesen Weigongcun.
Panorama platform stesen Weingongcun.

Aras legar stesen Weigongcun terletak di aras bawah tanah, di simpang empat Jalan Zhongguancun Selatan, Jalan Weigongcun dan Jalan Xueyuan Selatan. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A dan B manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar D. Mesin tiket layan diri dan pusat perkhidmatan pelanggan disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A dan B. Stesen Weigongcun juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[4]

Stesen Weigongcun mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Empat dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[4]

Pintu capaian[sunting | sunting sumber]

Tiga pintu stesen yang dibina di stesen Yihezhuang, pintu A, B, dan D. Pintu A mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][4]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Kemudahan Gambar
A Jalan Zhongguancun Selatan
(中关村南大街)
Institut Teknologi Beijing, Bangunan Sains dan Teknologi, Beijing Westone Law Firm Lif untuk OKU
B Jalan Zhongguancun Selatan
(中关村南大街)
Chinese Academy of Agricultural Sciences, Perpustakaan Pertanian Kebangsaan, Bangunan Huantai, Bangunan Sains dan Teknologi Baixin, Balai Polis Nongyan, Pejabat Subdaerah Beixiaguan, Bangunan Sains dan Teknologi Baicheng
D Jalan Weigongcun
(魏公村路)
Univeristi Minzu, Bangunan Zhongyou, Bangunan Antarabangsa Beijing, Hospital Stamologi Universiti Peking, Kolej Kebudayaan Kententeraan Universiti Pertahanan Nasional

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  3. ^ a b c "Around the Station – Weigongcun – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Weigongcun – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Facility – Weigongcun – Beijing MTR" [Infrastruktur – Weigongcun – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]