Stesen Xiyuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Xiyuan

西苑
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen untuk perkhidmatan Laluan 4.
LokasiHaidian, Beijing China
Koordinat39°59′49.66″N 116°17′5.24″E / 39.9971278°N 116.2847889°E / 39.9971278; 116.2847889Koordinat: 39°59′49.66″N 116°17′5.24″E / 39.9971278°N 116.2847889°E / 39.9971278; 116.2847889
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan 4
 Laluan 16
Platform4 (2 platform pulau)
Trek4
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
DibukaSeptember 28, 2009 (Laluan 4)
Disember 31, 2016 (Laluan 16)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Beigongmen
menghala ke Anheqiaobei
Laluan 4 Yuanmingyuan
menghala ke Tiangongyuan
Nongda Nanlu
menghala ke Bei'anhe
Laluan 16 Wanquanhe Qiao
menghala ke Yuyuantan Dongme
Lokasi
Map

Stesen Xiyuan (Bahasa Cina: 西苑站pinyin: Xīyuàn Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Haidian, dalam kawasan perbandaran Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4 dan Laluan 16.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen Xiyuan dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2] Manakala, perkhidmatan Laluan 16 pula dibuka kepada awam pada 31 Disember 2016.[3]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Aras Jalan Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-C, hentian bas dan teksi
Aras Bawah Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang Akses OKU
Aras Platform
Laluan 4
 4  Laluan 4 menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Yuanmingyuan)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
 4  Laluan 4 menuju ke Anheqiaobei (Beigongmen)
Aras Platform
Laluan 16
 16  Laluan 16 menuju ke Bei'anhe (Nongda Nanlu)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
 16  Laluan 16 menuju ke Wanquanhe Qiao (Yuyuantan Dongme)

Dalaman stesen[sunting | sunting sumber]

Dalaman stesen
Aras legar stesen Xiyuan untuk Laluan 4
Aras legar stesen Xiyuan untuk Laluan 16.
Aras platform stesen Xiyuan untuk Laluan 4.
Aras platform stesen Xiyuan untuk Laluan 16.

Terdapat dua aras legar stesen yang terletak di aras bawah tanah, di utara dan selatan stesen untuk perkhidmatan laluan 4 dan 16. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang disediakan di kedua-dua aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, pondok polis kecil terletak di pusat aras legar berdekatan dengan pintu keluar A. Bagi menukar laluan, kedua-dua aras legar berbayar dihubungkan dengan laluan pejalan kaki sepanjang 120 meter berbentuk Y. Stesen Xiyuan dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri dan mesin juruwang automatik (ATM).[4] Stesen Xiyuan mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan 4 yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dan dua platform lagi untuk perkhidmatan Laluan 16, menuju ke terminus Nongda Nanlu dan Yuyuantan Dongme, dengan susunan platform tengah.[4]

Pintu masuk dan keluar[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk dan keluar stesen
Pintu A menuju ke Hab Pengangkutan Awam Xi Yuan
Pintu B1 menuju ke Jalan Yiheyuan/Jalan Wanquanhe
Pintu B2 menuju ke Jalan Yiheyuan/Jalan Wanquanhe
Pintu C1 menuju ke Jalan Yiheyuan arah barat.
Pintu C2 menuju ke Jalan Yiheyuan arah timur.

Lima pintu stesen yang dibina di stesen Xiyuan, pintu A, B1 dan B2 di utara stesen manakala pintu C1 dan C2 di selatan stesen.[4]

Pintu Lokasi Destinasi Kemudahan
A Jalan Yiheyuan (utara) Akses OKU Hab Pengangkutan Awam Xiyuan, University of International Relations Lif untuk OKU
B1 Jalan Wanquanhe (barat) Jalan Yiheyuan, Hab Pengangkutan Awam Xiyuan
B2 Jalan Wanquanhe (timur) Jalan Yiheyuan, Hab Pengangkutan Awam Xiyuan, Tanah Perkuburan Xijingyuan
C1 Jalan Zhongzgi (utara) Jalan Yiheyuan (Yiheyuan Road), Hospital CAMS Xiyuan, Sekolah Rendah Xiyuan
C2 Jalan Yiheyuan (utara) Jalan Tongqing (Tongqing Street), Istana Musim Panas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  3. ^ "北京地铁16号线北段今开通运营 全程运行31分钟". news.sina.com.cn (dalam bahasa Cina). 31 Disember 2016. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Beigongmen – Beijing MTR" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]