Stesen Zaoyuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zaoyuan

枣园
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiJalan Xinghua dan Jalan Zaoyuan, Daerah Daxing, Beijing, China
Koordinat39°45′7.04″N 116°19′33.80″E / 39.7519556°N 116.3260556°E / 39.7519556; 116.3260556Koordinat: 39°45′7.04″N 116°19′33.80″E / 39.7519556°N 116.3260556°E / 39.7519556; 116.3260556
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan Daxing
Platform2 (1 platform pulau)
Trek2
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
Dibuka30 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-30)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Gaomidiannan
menghala ke Anheqiaobei
Laluan Daxing Qingyuan Lu
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Stesen Zaoyuan (Cina ringkas: 枣园站Cina tradisional: 棗園站pinyin: Zǎoyuán Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Zaoyuan dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Zaoyuan terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Xinghua (Cina ringkas: 兴华大街pinyin: Xīnghuá Dàjiē) dan Jalan Zaoyuan (Cina ringkas: 枣园路pinyin: Zǎoyuán Lù).[3][4] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran Subdaerah Qingyuan, di daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan petempatan Zaoyuanshangcheng Beiqu (早圆尚城北区), Zaoyuanshangcheng Nanqu (早圆尚城南区), Zhongjian' Guaojigang (中建国际港), Shouyishangcheng (首邑上城), komuniti Binhe Xili (滨河西里小区), Zaoyuan Dongli Zhongqu (枣园东里中区), Zaoyuan Dongli Xiqu (枣园东里西区), Shengfangmingyuan (盛芳茗苑), Caihongxincheng (彩虹新城), komuniti Xaoyuan (枣园小区) dan Liyuandongli (丽园东里).[3]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis Akses OKU
B2 Platform
Arah Utara
 Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Gaomidiannan)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
Platform
Arah Selatan
 Daxing  menuju ke Tiangongyuan (Qingyuan Lu)

Dalaman stesen[sunting | sunting sumber]

Aras legar stesen Zaoyuan terletak di aras bawah tanah, di simpang empat Jalan Xinghua dan Jalan Zaoyuan. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A dan B manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar C dan D. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar selatan berdekatan dengan pintu keluar C dan D. Stesen Zaoyuan juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]

Stesen Zaoyuan mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]

Pintu capaian[sunting | sunting sumber]

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Zaoyuan, pintu A, B, C dan D. Pintu C mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Kemudahan Gambar
A Jalan Zaoyuan
(枣园路)
Zaoyuanshangcheng Beiqu, Zaoyuanshangcheng Naqu
B Jalan Xinghua
(兴华大街)
Sekolah Menengah Daerah Daxing Xinghua, Bangunan BRTV
C Jalan Xinghua
(兴华大街)
Pusat Beli-belah Rose City, Bangunan CSCEC Gangyue Lif untuk OKU
D Jalan Zaoyuan
(枣园路)
Pusat Beli-belaj Jijiagang, Beijing Institute of Petrochemical Tecnology

Sambungan[sunting | sunting sumber]

Apabila stesen Zaoyuan dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[5]

  • Beijing Public Transport Group: 410, 631快
  • Beijing Bafangda Passenger Transport: 829, 937, 954, 968
  • Daxing Bus: 兴47, 兴66, X101, X102, X104, X105

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
  3. ^ a b c "Around the Station – Zaoyuan – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Zaoyuan – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ "轨道交通大兴线规划方案公告" [Notis Pelan dan Skim untuk laluan kereta api iaitu Laluan Daxing] (dalam bahasa Cina). 北京市规划委员会 (Beijing Municipal Commission of Planning and Natural Resources). 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2010-11-27.
  5. ^ a b c d "Facility – Zaoyuan – Beijing MTR" [Infrastruktur – Zaoyuan – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]