Stesen angkasa Tiangong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen angkasa Tiangong[1]
Gambaran stesen angkasa
Statistik stesen
KrewKru penuh: 3
Bilangan kini: 3
(Shenzhou 12)
Penjelajahan: 1
Komandan: Nie Haisheng (PLAAC)[2]
Dilancarkan29 April 2021 (Tianhe)
2022 (Wentian dan Mengtian)
Pelantar pelancarTapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang LC-1
Jisim100,000 kg
Panjang~ 20.00 m
Diameter~ 3.00 m
Isipadu bertekanan tinggi110 m3 (3,880 ka3) (rancangan)
Hari dalam orbitan2 tahun, 11 bulan, 20 hari
(18 April 2024)
Hari diduduki2 tahun, 10 bulan, 1 hari
(18 April 2024)

Tiangong (Bahasa Cina: 天宫pinyin: Tiāngōng; secara harfiahnya "Istana Kayangan")[3][4][5] ialah sebuah stesen angkasa yang ditempatkan di orbit Bumi rendah - di antara 340 ke 450 km di atas permukaan Bumi. Stesen angkasa Tiangong, setelah siap, akan berjisim kira-kira seperlima jisim Stesen Angkasa Antarabangsa dan bersaiz lebih kurang sebesar stesen angkasa Mir Rusia yang sudah tamat perkhidmatan. Tiangong dijangka mempunyai jisim dari 80 ke 100 tan. Operasi akan dikendalikan dari Pusat Kawalan Penerbangan Aeroangkasa Beijing di China. Modul teras, Tianhe ("Kedamaian Kayangan"), dilancarkan pada 29 April 2021.[3][5]

Pembinaan stesen ini menandakan fasa ketiga program Tiangong yang berasaskan pengalaman daripada program terdahulu, Tiangong-1 dan Tiangong-2. [6][7][8] Para pemimpin China berharap kajian yang dilakukan di stesen tersebut dapat meningkatkan kemampuan penyelidik untuk melakukan eksperimen sains di angkasa, melebihi jangka masa yang ditawarkan oleh makmal angkasa yang ada di China.[9] Long March 2F dengan kapal angkasa Shenzhou tersedia bagi misi penyelamatan kecemasan.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "集大众智慧于探索融中华文化于飞天". 5 November 2013. 最终决定沿用“天宫”作为载人空间站的整体名称,但后面不再加序号 (The final decision was to use "Tiangong" as the overall name of the manned space station, but without the serial number at the end)
  2. ^ "关于中国"天和"核心舱与天宫空间站 你需要知道这些" (dalam bahasa Cina). 30 April 2021. 目前,“天和”核心舱的设计载员是三人,但“天宫”空间站最终建成后可容纳六名宇航员
  3. ^ a b Clark, Stephen (29 April 2021). "Assembly of Chinese space station begins with successful core module launch". Spaceflight Now. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  4. ^ "China launches first section of its massive space station". China Daily. 29 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2021. China's most adventurous space endeavor, the multimodule space station, named Tiangong, or Heavenly Palace, will be mainly composed of three components
  5. ^ a b "China launches space station core module Tianhe". Xinhua. 29 April 2021. The Tianhe module will act as the management and control hub of the space station Tiangong, meaning Heavenly Palace
  6. ^ Barbosa, Rui (1 March 2021). "China preparing to build Tiangong station in 2021, complete by 2022". NASASpaceFlight.com. Dicapai pada 2 Mac 2021.
  7. ^ "中国载人航天工程标识及空间站、货运飞船名称正式公布" [CMSE logo and space station and cargo ship name officially announced] (dalam bahasa Cina). China Manned Space Engineering Office. 31 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2013. Dicapai pada 29 Jun 2016.
  8. ^ Ping, Wu (Jun 2016). "China Manned Space Programme: Its Achievements and Future Developments" (PDF). China Manned Space Engineering Office. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  9. ^ ChinaPower (7 Disember 2016). "What's driving China's race to build a space station?". Center for Strategic and International Studies. Dicapai pada 5 Januari 2017.
  10. ^ "China rolls out rocket for Tianzhou-2 space station supply mission". 17 Mei 2021. Dicapai pada 13 Jun 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]