Pergi ke kandungan

Stesen keretapi Gemas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen kereta api Gemas)
Gemas
Logo KTM ETS Logo KTM Intercity (Antarabandar)
Stesen kereta api antarabandar
Nama lainݢمس (Tulisan Jawi)
LokasiKawasan Industri Gemas
73400 Gemas
Negeri Sembilan,
Malaysia
Dimiliki olehPerbadanan Aset Keretapi
Dikendalikan olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan ETS  Laluan ETS

Ekspres Selatan
EKspres Rakyat Timuran

Shuttle Timuran
Platform6; 3 platform pulau
Trek8
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUAda Akses OKU
Sejarah
Dibuka1906
Dielektrikkan2012
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Batang Melaka
menghala ke Padang Besar
Padang Besar–Segamat (Gold) Segamat
Terminal
Batang Melaka
menghala ke Butterworth
Butterworth–Segamat (Gold)
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (Antarabandar) Stesen seterusnya
Bahau
menghala ke Tumpat
Ekspres Rakyat Timuran Segamat
Terminal Ekspres Selatan
Lokasi
Map

Stesen keretapi Gemas ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Stesen ini merupakan titik pertemuan antara laluan kereta api Pantai Barat dengan laluan Pantai Timur

Stesen ini menyediakan beberapa perkhidmatan kereta api seperti perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan Padang BesarSegamat dan Butterworth–Segamat, Ekspres Selatan ke Johor Bahru Sentral serta Ekspres Rakyat Timuran antara Johor Bahru Sentral dan Tumpat.

Pembinaan awal

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini telah dibuka sejak 1906. Asalnya, stesen ini merupakan sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR) sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

Pada tahun 1940-an, stesen ini terdiri daripada dua buah pelantar serta empat depot lokomotif, sebuah cakera putar 60 kaki dan 60 batang tuil kawalan sebelum digantikan dengan sistem 80 batang tuil.[1]

Sebelum dinaik taraf

[sunting | sunting sumber]

Setelah FMSR diambil alih oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), stesen ini terus menjadi salah satu perhentian utama kereta api antara Padang Besar dan Singapura di sebelah pantai barat, dan ke arah Tumpat di sebelah pantai timur.

Keadaannya yang strategik menjadikan stesen ini salah satu perhentian terpenting di seluruh semenanjung. Antara perkhidmatan terdahulu yang pernah wujud di stesen ini ialah:

  • Ekspres Rakyat (Padang Besar/Butterworth – Singapura)
  • Ekspres Senandung Malam/Sutera (Kuala Lumpur/KL Sentral – Singapura)
  • Ekspres Sinaran Pagi/Petang (Kuala Lumpur/KL Sentral – Singapura)
  • Ekspres Senandung Wau (KL Sentral – Tumpat)
  • Ekspres Senandung/Sinaran Timuran (Singapura – Tumpat)

Naik taraf

[sunting | sunting sumber]

Bermula 2008, projek landasan berkembar elektrik (PLBE) Seremban – Gemas telah dimulakan untuk menaik taraf jajaran tersebut. Pada tahun 2012, stesen yang berusia lebih 100 tahun ini telah ditutup dan ditamatkan perkhidmatan, digantikan dengan sebuah stesen baharu yang lebih canggih.

Perkhidmatan komuter dan ETS

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Oktober 2015, KTMB telah memperkenal perkhidmatan ulang alik komuter sektor selatan melibatkan 7 buah stesen yang telah dinaik taraf antara Seremban dan Gemas.[2][3][4]

Antara ciri perkhidmatan ini adalah:

  • tren beroperasi seawal jam 5:00 pagi sehingga 11:00 malam setiap hari[5]
  • 55 perkhidmatan sehari antara Seremban dan Pulau Sebang/Tampin
  • 4 perkhidmatan sehari antara Seremban dan Gemas
  • penumpang perlu bertukar tren di stesen Seremban dan menaiki komuter laluan Seremban jika ingin meneruskan perjalanan ke arah Lembah Klang dan Utara.[6]

Pelancaran perkhidmatan ini menandakan perkhidmatan KTM Komuter terpanjang di Malaysia setakat ini, iaitu antara Gemas dan Tanjung Malim. [7]

Turut diperkenal juga pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan ETS dari Padang Besar dan Butterworth menuju ke stesen ini.

Penamatan komuter sektor selatan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan komuter kemudiannya mengalami perubahan laluan berkuat kuasa 15 Disember 2015. Bagi laluan Seremban, terminal utaranya diubah daripada Tanjung Malim kepada Batu Caves, dan laluan tersebut dikenali sebagai Batu Caves–Gemas.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak kekal lama apabila KTMB memaklumkan penamatan operasi ulang-alik di stesen Batang Melaka dan Gemas, manakala stesen Pulau Sebang/Tampin dijadikan stesen akhir laluan tersebut bermula 20 Jun 2016.

Dilaporkan perkhidmatan komuter sektor selatan bakal dihidupkan semula dengan jajaran baharu antara Gemas dan Johor Bahru selepas PLBE Gemas – Johor Bahru dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2025.

Lanjutan perkhidmatan ETS

[sunting | sunting sumber]

Bermula 15 Mac 2025, KTMB telah melanjutkan perkhidmatan ETS dari Gemas ke Segamat, buat pertama kalinya di negeri Johor.

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api ini menyediakan 5 perkhidmatan kereta api;[8]

  • Ekspres Selatan (Gemas – Johor Bahru)
  • Ekspres Rakyat Timuran (Gemas – Tumpat)
  • Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Gemas)
  • ETS Gold:
    • Padang Besar – Segamat
    • Butterworth – Segamat
  1. ^ Garrant, Colin; Wade-Matthews, Max (2010). Illustrated Book of Steam and Rail (dalam bahasa Inggeris). London: Hermes House, Annes Publishing. m/s. 460. ISBN 978-1-84309-263-6.
  2. ^ "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  3. ^ "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  4. ^ "KTMB introduces new commuter service from Seremban to Gemas". The Malaysian Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2015. Dicapai pada 3 Oktober 2015.
  5. ^ "Waktu Perjalanan Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan Seremban>Gemas". Twitter KTMB. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  6. ^ "Bermula 10-10-15 penumpang ke laluan Seremban > Gemas <Seremban perlu buat pertukaran di Stesen Seremban #komuterKTM". Twitter KTMB. 12 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  7. ^ "Longest KTM Komuter Klang Valley & Southern Sector Journey from Gemas to Tanjung Malim". RailTravel Station. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
  8. ^ "Train Schedule KTMB". ktmb.com.my. Dicapai pada 1 Mac 2024.