Stesen kereta api Papar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen kereta api Papar

Stesen Papar
Gambar stesen pada tahun 2011.
LokasiPapar, Sabah
Malaysia
Koordinat5°43′57.54″N 115°55′56.47″E / 5.7326500°N 115.9323528°E / 5.7326500; 115.9323528Koordinat: 5°43′57.54″N 115°55′56.47″E / 5.7326500°N 115.9323528°E / 5.7326500; 115.9323528
Dimiliki olehJabatan Kereta Api Negeri Sabah
Dikendalikan olehJabatan Kereta Api Negeri Sabah
LaluanLaluan Kereta Api Barat Sabah
(dahulu Laluan Keretapi Borneo Utara)
PlatformPlatform sisi
TrekLaluan utama (2)
Pembinaan
Tingkat platform1
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan basikalTiada
Sejarah
Dibuka01 Ogos 1914 (1914-08-01)
Ditutup2007 (2007)
Dibina semula21 Februari 2011 (2011-02-21)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Jabatan Kereta Api Negeri Sabah   Stesen berikutnya
menghala ke Tenom
Laluan Barat
menghala ke Sekretariat
Lokasi
Map

Stesen kereta api Papar atau Stesen Papar adalah satu daripada empat stesen kereta api utama di Laluan Kereta Api Barat Sabah yang terletak di Papar, Sabah, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada perkembangan rangkaian kereta api di Borneo Utara, pembinaan rangkaian kereta api telah bermula sejak tahun 1896 dengan Papar menjadi satu daripada tapak pengeluaran ekonomi di Bahagian Pantai Barat, Sabah dengan kilang-kilang sagu mula muncul di kawasan itu dan juga di Beaufort.[1] Perkhidmatan pengendalian penuh Kereta Api Borneo Utara telah dilancarkan pada 1 Ogos 1914. Ketika Perang Dunia II, jambatan kereta api menyeberangi Sungai Papar dimusnahkan manakala stesen kereta api itu penuh dengan peluru berikutan pertempuran kuat antara tentera Australia dengan Jepun.[2]

Pada tahun 2007, stesen ini ditutup untuk kerja pembaikan dengan bangunan stesen itu yang asalnya dibina daripada kayu dirobohkan dan diganti dengan bangunan konkrit yang baru. Stesen sekarang mula beroperasi pada 21 Februari 2011. Pada tahun 2016, unit tren diesel berganda (DMU) yang baru dari Jepun untuk kegunaan di Laluan Tanjung Aru–Beaufort telah diperkenalkan.[3] Pusat perhentian pelancong dibina berdekatan stesen pada tahun 2017.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rob Dickinson. "The North Borneo Railway Project" [Projek Laluan Kereta Api Borneo Utara] (dalam bahasa Inggeris). The International Steam Pages. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mei 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Australian invasion of Borneo in pictures" [Serangan Australia di Borneo dalam gambar.] (dalam bahasa Inggeris). Malayan Railways. Dicapai pada 8 Mei 2017.
  3. ^ 『サバ州立鉄道(JKNS)元 名鉄キハ8500系』 (dalam bahasa Jepun). 2427 Junction. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2017. Dicapai pada 8 Mei 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Tracy Patrick (5 April 2017). "45-min Papar tourist stopover" [Perhentian bermalam pelancong Papar 45 minit] (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mei 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]