Pergi ke kandungan

Stesen kereta api Arau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stesen keretapi Arau)
  • Stesen Diraja Arau
  • ستيسين دراج اراو
Pintu masuk stesen keretapi Arau
LokasiArau, Perlis, Malaysia.
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Pantai Barat
Platform1 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Tempat letak kenderaanTersedia, percuma.
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Dibuka15 Oktober 1917; 108 tahun yang lalu (1917-10-15)
Ditutup22 Jun 2011; 15 tahun yang lalu (2011-06-22) (stesen lama)
Dibina semula2014; 12 tahun yang lalu (2014)
Dielektrikkan2014; 12 tahun yang lalu (2014)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Bukit Ketri
menghala ke Padang Besar
Laluan Padang Besar Kodiang
menghala ke Butterworth
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Padang Besar
Terminal
Padang Besar–KL Sentral (Express) Alor Setar
Padang Besar–KL Sentral (Platinum)
Padang Besar–JB Sentral (Platinum) Alor Setar
Padang Besar–JB Sentral (Gold) Anak Bukit
Lokasi
Map

Stesen kereta api Arau, juga dikenali sebagai Stesen Diraja Arau, merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Arau, Perlis, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Utara dan KTM ETS.

Stesen ini telah dibina semula dan dibuka pada tahun 2014, menggantikan stesen lama yang telah ditutup pada tahun 2011.

Stesen ini asalnya telah dibuka pada 15 Oktober 1917 apabila perkhidmatan keretapi laluan Bukit Mertajam ke Alor Setar dilanjutkan lagi hingga ke Bukit Ketri.

Stesen ini kemudian dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 1 Januari 2016.[1]

Stesen ini terletak di bandar Arau dan dinamakan sebagai Stesen Diraja bersempena dengan lokasinya di bandar diraja Perlis. Ibu negeri Perlis, Kangar terletak sejauh 10 kilometer dari stesen ini. Stesen ini juga terletak berdekatan Istana Arau.

Perkhidmatan kereta api

[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api Arau menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Utara dan KTM ETS.

Melalui Laluan KTM Komuter Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;[2]

Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;[3]

  • lima perlepasan ke Padang Besar
  • lima ketibaan dari Padang Besar
  • empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
  • empat ketibaan dari Kuala Lumpur Sentral
  • satu perlepasan ke Gemas
  • satu ketibaan dari Gemas
  1. ↑ "Perkhidmatan Tren Shuttle KTM Komuter Butterworth-Padang Besar Bermula Hari Ini". mStar. 1 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  2. ↑ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  3. ↑ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)