Stesen Bandar Tasik Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bandar Tasik Selatan Keretapi Tanah Melayu Rapid KL KLIA Ekspres
Bandar Tasik Selatan station (Rawang-Seremban Line) (eastern entrance), Klang Valley.jpg
Pintu masuk stesen Bandar Tasik Selatan
LokasiStesen Bandar Tasik Selatan, Jalan Lingkaran Tengah 2, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°4′34″N 101°42′38″E / 3.07611°N 101.71056°E / 3.07611; 101.71056Koordinat: 3°4′34″N 101°42′38″E / 3.07611°N 101.71056°E / 3.07611; 101.71056
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu, Prasarana Malaysia Berhad dan Express Rail Link
Aliran/laluanLine 1.png Laluan Seremban
Line 4.png Laluan Sri Petaling
Line 7.png KLIA Transit
 ETS  Laluan ETS
Platform5:2 platform sisi dan 3 platform tengah
Landasan8
Pengendali kereta apiLine 1.png  ETS  Keretapi Tanah Melayu

Line 4.png RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)

Line 7.png Express Rail Link
SambunganTerminal Bersepadu Selatan Terminal Bersepadu Selatan
Bus transport Rapid Bus: T410
Pembinaan
Jenis strukturLine 1.png Line 4.png Line 7.png  ETS  Atas tanah
K. letak kenderaanDisediakan oleh DBKL
Kemudahan basikalTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SP15 
Tarikh penting
Nov 1995Stesen dan Line 1.png dibuka.
Jul 1998Line 4.png dibuka.
Jun 2002Line 7.png dibuka.
Jan 2011TBS dibuka.
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
menghala ke Batu Caves atau KL Sentral
Laluan Seremban
menghala ke Pulau Sebang/Tampin atau Sentul
Keretapi Tanah Melayu (ETS)
menghala ke Padang Besar atau Butterworth
ETS Gold
menghala ke Gemas
Rapid KL
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
ERL logo.png ERL
Stesen terakhir
KLIA Transit
menghala ke KLIA2
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen Bandar Tasik Selatan ialah stesen keretapi yang terletak di Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur. Stesen ini merupakan stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Seremban dan KTM ETS, bahagian lain untuk LRT Laluan Sri Petaling, dan satu bahagian lagi untuk ERL laluan KLIA Transit. Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Sejak 1 November 2011, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Terminal Bersepadu Selatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen ini dibuka pada 10 November 1995 apabila perkhidmatan KTM Komuter Kuala Lumpur-Kajang bermula. Perkhidmatan KTM Komuter di stesen ini lalu disertai oleh perkhidmatan LRT STAR apabila fasa kedua LRT STAR mula beroperasi pada 11 Julai 1998. Kedua-dua perkhidmatan ini yang mempunyai bagunan stesen sendiri disambungkan oleh laluan pejalan kaki merentasi landasan LRT STAR.

Kemudian, pada 20 Jun 2002, Express Rail Link (ERL) mula berkhidmat di stesen ini dengan pelancaran perkhidmatan KLIA Transit. Sebuah jejambat pejalan kaki juga dibina merentasi landasan KTM dan ERL untuk menghubungkan perkhidmatan ERL dengan perkhidmatan KTM dan LRT. Pada tahun 2008, ETS mula berkhidmat di stesen ini dengan pelancaran perkhidmatan ETS Ipoh-KL-Seremban. Namun begitu, perkhidmatan ETS ditamatkan di stesen ini beberapa tahun sebelum dikembalikan semula pada tahun 2015.

Sebuah laluan pejalan kaki telah dibina bagi menghubungkan stesen ini dengan Terminal Bersepadu Selatan yang baru dibuka pada 1 Januari 2011.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di utara Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur. Di utara stesen adalah Terminal Bersepadu Selatan manakala di selatan stesen adalah Jkr-ft28.png Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Terletak kira-kira 1km barat daya stesen adalah Persimpangan Bandar Tasik Selatan E8 Lebuhraya Besraya. Juga terletak berhampiran stesen adalah Masjid Zaid bin Thabit, Menara TEKUN dan Kampung Malaysia Tambahan.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L1 Aras legar KTM/LRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan kedai serbaguna Handicapped/disabled access
M Aras mezanin umum Sambungan tidak berbayar KTM, LRT dengan ERL dan laluan pejalan kaki ke Terminal Bersepadu Selatan Terminal Bersepadu Selatan Handicapped/disabled access
Aras mezanin ERL Jejambat merentasi landasan ERL Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, laluan pejalan kaki ke MSPR stesen, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Handicapped/disabled access
Aras legar ERL Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Handicapped/disabled access
G
Platform ERL
Landasan tidak digunakan
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
ERL Arah Utara Line 7.png KLIA Transit menghala ke KL Sentral
ERL Arah Selatan Line 7.png KLIA Transit menghala ke KLIA2 (Putrajaya/Cyberjaya)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Landasan tidak digunakan
G
Platform KTM
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
KTM Arah Utara Line 1.png Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Salak Selatan)

 ETS  Laluan ETS menghala ke Padang Besar (KL Sentral)

Landasan Pintasan KTM
Landasan Pintasan KTM
KTM Arah Selatan Line 1.png Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Serdang)

 ETS  Laluan ETS menghala ke Gemas (Kajang)

Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Handicapped/disabled access
G
Platform LRT
SP Arah Selatan Line 4.png Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Sungai Besi)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
SP Arah Utara Line 4.png Laluan Sri Petaling menghala ke  SP01  Sentul Timur (Bandar Tun Razak)


Stesen ini adalah gabungan tiga stesen berbeza: Stesen KTM Bandar Tasik Selatan, Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dan Stesen ERL Bandar Tasik Selatan. Stesen KTM Bandar Tasik Selatan dan Stesen LRT Bandar Tasik Selatan adalah stesen bertingkat dimana ruang legar stesen terletak di atas aras platform manakala Stesen ERL Bandar Tasik Selatan adalah stesen aras tanah dimana ruang legar dan platform terletak di atas tanah. Ketiga-tiga stesen ini disambungkan melalui laluan pejalan kaki yang bermula di pintu masuk stesen sehingga ke Terminal Bersepadu Selatan.[1]

Stesen LRT Bandar Tasik Selatan mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[3]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Selain Terminal Bersepadu Selatan, terdapat sebuah laluan bas RapidKL berkhidmat di stesen ini iaitu T410.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bandar Tasik Selatan integrated transport terminal to open Jan 1". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). 24 Dis 2010. Diarkib daripada yang asal pada 1 Jun 2019. Dicapai pada 1 Jun 2019.
  2. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  3. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 10 Jun 2019.