Stesen Komuter Seri Setia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Stesen keretapi Seri Setia)
Seri Setia Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter
سري ستيا
Papan tanda stesen di platform stesen.
LokasiStesen Seri Setia, Batu 10 Lebuhraya Persekutuan, 47000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
Koordinat3°05′04″N 101°38′01″E / 3.08431°N 101.63366°E / 3.08431; 101.63366Koordinat: 3°05′04″N 101°38′01″E / 3.08431°N 101.63366°E / 3.08431; 101.63366
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid KL: 641
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KD07 
Sejarah
Dibuka14 Ogos 1995
Perkhidmatan
KTM Komuter
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Lokasi
Map

Stesen komuter Seri Setia (bahasa Inggeris: Seri Setia Komuter station) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995.[1] Ia terletak di antara Stesen Komuter Kampung Dato Harun dan Stesen Komuter Setia Jaya dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sebelah utara Lebuhraya Persekutuan berdekatan dengan Susur Keluar Seri Seria (Exit 223) dan Susur Keluar Lebuhraya NPE (Exit 224). Juga terletak berhampiran kawasan petempatan Taman Desaria (PJS 5), Seksyen SS 9 (Sungai Way), Seksyen SS 9A (Sungai Way) dan Desa Mentari.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi dengan dua landasan kereta api.

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 641 berkhidmat di sekitar stesen ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hilmi Mohamad (Julai 2003). "Rail Transportation in Kuala Lumpur" [Pengangkutan Rel di Kuala Lumpur] (PDF). Japan Railway & Transport Review (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Mac 2017. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  2. ^ "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]