Stesen keretapi Tapah Road

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tapah Road
LokasiTapah Road, Perak, Malaysia
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Pantai Barat
Platform2
Trek3
Pembinaan
Templat letak kenderaanPercuma
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Dibuka18 Mei 1893
Dibina semula2007
Dielektrikkan2007
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Kampar
menghala ke Ipoh
KL Sentral–Ipoh (Gold) Sungkai
KL Sentral–Ipoh (Silver)
Kampar
menghala ke Padang Besar
Padang Besar–Gemas (Gold) Tanjung Malim
menghala ke Gemas
Kampar
menghala ke Butterworth
Butterworth–Gemas (Gold)
Lokasi
Map

Stesen keretapi Tapah Road ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Tapah Road, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api ini adalah antara yang tertua di Malaysia. Ia dibuka pada 18 Mei 1893, menghubungkan Tapah Road dengn Teluk Intan dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat Sir Cecil Clementi Smith.[1] Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Frank Swettenham, Residen Perak.

Pada peringkat awal kontrak pembinaan landasan Tapah Road - Teluk Intan telah dibatalkan perancangan kerana halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan. Namundua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss dan T. Scott Gardner telah mengambil inisiatif untuk meneruskan pembinaannya.[1]

Pada bulan Mac 2007, sebuah stesen kereta api yang baru telah dibina menggantikan stesen terdahulu. Namun bangunan stesen kereta api lama masih ada dan kini dijadikan pejabat pentadbiran kereta api. Sebelum ini terdapat sebuah jambatan kereta api lama yang menjadi tinggalan sejarah di stesen ini. Jambatan ini pernah rosak teruk akibat dibom oleh tentera Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Kini, serpihan jambatan itu telah dipindahkan ke Taiping untuk dipamerkan.

Perkhidmatan kereta api[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Tapah Road menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui KTM ETS.[2]

Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • lima perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
  • dua perlepasan ke Gemas
  • lima perlepasan ke Ipoh
  • satu perlepasan ke Butterworth dan Padang Besar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Pembukaan Rasmi Stesen Keretapi Tapah Road". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 17 September 2008. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  2. ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.