Stesen kerja audio digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penghasilan muzik dengan stesen kerja audio digital dan pemasangan multimonitor

Stesen kerja audio digital (DAW) ialah suatu peranti elektronik atau perisian penggunaan yang digunakan untuk rakaman, suntingan dan penghasilan fail audio.[1]

Percubaan awal stesen kerja audio digital pada tahun 1970-an dan 1980-an menghadapi batasan seperti kos tinggi penyimpanan, dan kelajuan pemprosesan dan kelajuan cakera yang sangat rendah pada zaman itu. DAW bersepadu terdiri daripada konsol pencampuran, satah kawalan, penukar audio dan penyimpan data dalam 1 peranti. DAW boleh merujuk kepada perisian tersebut, tetapi secara lazimnya, DAW yang berasaskan komputer mempunyai 4 komponen asas. Sebagai sistem perisian, DAW direka dengan banyak antara muka grafik pengguna, tetapi secara umumnya mereka berasaskan perakam pita multitrack yang memudahkan jurutera rakaman dan ahli muzik yang sudah biasa dengan perakam pita supaya dapat membiasakan diri dengan sistem baru. Terdapat banyak pemalam perisian untuk perisian DAW, dan setiap satunya mempunyai fungsi istimewa tersendiri, maka mereka meluaskan kepelbagaian bunyi dan pengubahan yang dapat dilakukan. Antara contoh DAW ialah Cakewalk, FL Studio, Pro Tools, Reason dan LMMS. Terdapat banyak program percuma dan program perisian sumber terbuka yang boleh memudahkan penggunaan DAW.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kefauver, Alan P.; Patschke, David (2007-01-01). Fundamentals of Digital Audio, New Edition (dalam bahasa Inggeris). A-R Editions, Inc. m/s. 133. ISBN 9780895796110.