Pergi ke kandungan

Steve Jobs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Steve Jobs
Jobs memegang sebuah iPhone 4 di Worldwide Developers Conference 2010
Kelahiran
Steven Paul Jobs

(1955-02-24)24 Februari 1955[1][2]
Meninggal dunia5 Oktober 2011(2011-10-05) (umur 56) [1]
Pusat pendidikanReed College (satu semester 1972)
PekerjaanPengerusi, Apple Inc.
Nilai bersih$8.3 bilion (2011)[4]
Ketinggian188 cm (6 ka 2 in)
Ahli lembagaThe Walt Disney Company,[5] Apple, Inc.
PasanganLaurene Powell Jobs (1991–2011)
Anak-anak4
SaudaraMona Simpson (adik)
Laman web rasmiSteve Jobs
Tandatangan

Steven Paul Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011)[3][7][8][1] ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas,[9] pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc.[10][11] Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).[12]

Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula,[9] dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh.[13][14] Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984,[15][16] Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios.[17] Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006.[18] Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.[19][20][21][22]

Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.[23]

Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple.[24][25][26][27][28]

Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.[1][29]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Steve Jobs merupakan anak luar nikah yang dilahirkan di San Francisco, California [2] oleh Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat, dan Abdulfattah John Jandali, bapanya seorang Arab muslim yang berkebangsaan Syria, dengan kedua-dua mereka itu merupakan penuntut siswazah ketika itu. Bapanya kemudian menjadi profesor sains politik.[30] Seminggu selepas kelahirannya, Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara (née Hagopian) Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California.[31] Mereka memberinya nama Steven Paul Jobs.

Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson, yang Jobs tidak pernah bertemu sehingga mereka dewasa. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.

Jobs menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California,[23] dan seringnya menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak sebagai pekerja musim panas.[32] Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan mendaftarkan masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir selepas hanya satu semester,[33] beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed. "Jika saya tidak meneruskan kursus tunggal itu semasa di kolej, Mac tidak akan mempunyai berbagai-bagai muka taip atau fon teruang mengikut kadar," beliau berkata. [16]

Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai perjumpaan-perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak.[34] Beliau bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari ketenangan rohaniah. Semasa dekad 1960-an, wisel yang terkandung di dalam setiap kotak bijirin sarapan Cap'n Crunch didapati oleh para pemphreak telefon (dan dipopularkan oleh John Draper) bahawa ia boleh mengeluarkan semula nada penyeliaan 2600 Hz yang digunakan oleh sistem telefon jarak panjang AT&T jika separuh wisel itu dilekatkan dengan pita perekat. Selepas membaca tentang perkara itu dan berjumpa dengan John Draper kemudian, Jobs dan Wozniak memulakan sebuah perniagaan yang tidak lama wujud pada tahun 1974 untuk membina "kotak biru" yang membenarkan panggilan jarak panjang percuma yang haram.

Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed (yang kemudiannya menjadi pekerja Apple yang pertama), untuk mencari kesedaran falsafah. Beliau kembali dengan berpakaian India tradisional serta kepala tercukur. Jobs kemudian kembali ke pekerjaannya di Atari dan ditugasi untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.

Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari ketika itu sedang menawarkan AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam mesin permainan. Jobs tidak mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang reka bentuk papan litar dan membuat perjanjian dengan Wozniak bahawa beliau akan membahagikan bonusnya dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan cip tersebut. Yang sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip melalui sebuah reka bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan dengan rangkaian pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa Atari hanya membayarnya AS$700 (sedangkan yang dibayar ialah AS$5,000) dan oleh itu, bahagian Wozniak adalah AS$350.[35][36][37][38][39]

Permulaan Apple Computer

[sunting | sunting sumber]

Apabila Jobs yang ketika itu berumur 21 tahun melihat komputer yang direka oleh Wozniak untuk kegunaan diri, beliau meyakinkan Wozniak untuk membantunya dan mereka memulakan sebuah syarikat untuk memasarkan komputer. Syarikat Apple Company diasaskan sebagai sebuah perkongsian pada 1 April 1976. Walaupun tujuan permulaan mereka adalah hanya untuk menjual papan litar bercetak, Jobs and Wozniak akhirnya mencipta sekumpulan komputer siap pasang dan dengan itu, menyertai perniagaan komputer peribadi. Apple I, komputer peribadi pertama yang Jobs dan Wozniak memperkenalkan dijual pada harga AS$666.66, suatu nombor yang dicadangkan oleh Wozniak kerana beliau suka akan digit yang berulang.[36] Apple II, pengganti untuk komputer pertama, diperkenalkan pada tahun berikut. Komputer kedua ini mencapai suatu kejayaan yang unggul dan menyebabkan Apple menjadi satu pemain yang utama dalam industri komputer peribadi yang baru muncul (nascent). Pada bulan Disember 1980, dengan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang amat berjaya, Apple Computer menjadi sebuah perbadanan yang didagang secara awam, dan menyebabkan Jobs menjadi seorang jutawan.

Ketika Apple terus berkembang, syarikat itu mula mencari seorang eksekutif yang berpengalaman untuk membantu menguruskan perkembangannya. Pada tahun 1983, Jobs memikat John Sculley untuk meletakkan jawatannya di Pepsi-Cola untuk menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Apple dengan cabaran, "Adakah anda hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?"[40][41] Pada tahun berikut, Apple mula berbuat demikian dengan iklan televisyen Super Bowl yang berjudul "1984". Dua hari kemudian dalam mesyuarat pemegang saham tahunan pada 24 Januari 1984, suatu Jobs yang penuh beremosi memperkenalkan Apple Macintosh kepada wildly enthusiastic audience; Andy Hertzfeld memerihalkan the scene as "pandemonium".[42] Macintosh menjadi komputer antara muka pengguna grafik yang pertama yang mencapai kejayaan komersil, walaupun ia amat dipengaruhi oleh Xerox PARC. Pembangunan Mac dimulakan oleh Jef Raskin, dan akhirnya diambil alih oleh Jobs.

Sedangkan Jobs merupakan seorang persuasive and charismatic evangelist bagi syarikat Apple, sesetengah pekerja pada zaman itu memerihalkannya sebagai seorang pengurus yang tidak menentu dan tempestuous. Suatu industry-wide sales slump menjelang akhir tahun 1984 menyebabkan deterioration dalam hubungan working relationship Jobs dengan Sculley, dan pada akhir bulan Mei 1985 – menyusuli suatu power struggle dalaman dan pengumuman significant layoffs – Sculley menyingkirkan Jobs daripada tanggungjawabnya sebagai ketua bahagian Macintosh.[43]

Pada tahun 1986, apabila Jobs mendapati bahawa beliau di ketepikan oleh syarikat yang diasaskanya, beliau menjual semua kecuali satu sahamnya dalam syarikat Apple. Pada sekitar masa itu, beliau mengasaskan lagi sebuah syarikat komputer, NeXT Computer. Seperti Apple Lisa, stesen kerja NeXT adalah maju dari segi teknologi, tetapi komputer itu tidak pernah berupaya memasuki aliran utama, khususnya kerana harganya yang mahal. Bagaimanapun, antara mereka yang mampu membelinya, stesen kerja NeXT menarik pengikut yang kuat kerana kekuatan tekniknya, terutama antaranya adalah sistem pembangunan perisian berorientasi objeknya. Jobs memasarkan produk-produk NeXT kepada bidang-bidang saintifik dan akademik kerana teknologi-teknologi inovatif dan uji kajinya yang baru (seperti inti Mach, cip pemproses isyarat digital, dan port Ethernet terbina).

NeXTcube ditonjolkan oleh Jobs sebagai sebuah komputer "interpersonal" yang beliau percaya merupakan langkah yang menyusuli pengkomputeran "peribadi". Menurut beliau, jika komputer berupaya membenarkan orang-orang berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara yang mudah, ia akan mengatasi banyak masalah yang dihadapai oleh komputer "peribadi". Jobs telah dikritik kerana tidak memasukkan ciri-ciri perangkaian terbina dalam Macintosh yang asal (menggelarnya "tali pusat ke syarikat"), dan beliau berazam tidak akan mengulangi kesilapannya. Pada zaman ketika e-mel merupakan teks mudah kepada kebanyakan orang, Jobs gemar menunjukkan NeXTMail, sistem e-mel NeXT, sebagai salah satu contoh falsafah "interpersonal"-nya. NeXTMail merupakan salah satu e-mel yang awal untuk mendukung audio dan grafik yang jelas secara sejagat, boleh diklik terbenam.

Jobs mengendalikan NeXT dengan ketaksuban kepada kesempurnaan estetik, ini terbukti dengan benda-benda seperti bekas magnesium NeXTcube. Ini mengakibatkan tekanan yang ketara pada bahagian perkakasan NeXT dan pada tahun 1993 selepas hanya menjual 50,000 buah mesin, NeXT beralih sepenuhnya kepada pembangunan perisian dengan penerbitan NeXTSTEP/Intel.

Teknologi NeXT memainkan peranan utama dalam memangkinkan tiga peristiwa yang tidak berkait:

  • Jaringan Sejagat: Tim Berners-Lee mengembangkan sistem Jaringan Sejagat yang asal di CERN dengan stesen kerja NeXT. Ketegasan Jobs bahawa orang biasa harus berupaya menulis atur cara penggunaan "mission-critical" terlanggan merupakan asas Interface Builder yang dipergunakan oleh Berners-Lee untuk berbuat demikian dengan penulisan atur cara "WorldWideWeb 1.0"-nya.
  • Komputer NeXT dipergunakan dalam pembangunan permainan komputer Doom.
  • Kepulangan Apple Computer. Kebergantungan Apple kepada perisian kuno dan kesilapan pengurusan dalaman, khususnya ketakupayaannya untuk menerbitkan suatu penaiktarafan sistem pengendalian yang utama, mengakibatkannya hanya hampir mengalami kemuflisan pada awal hingga pertengahan dekad 1990-an. Pendirian Jobs yang maju mengenai terlalu mengharap Unix yang dianggap sebagai terlalu bercita-cita tinggi dan agak ketinggalan pada dekad 1980-an, tetapi pilihannya akhirnya menjadi suatu asas yang kukuh dan boleh dikembangkan untuk sebuah sistem pengendalian. Apple kemudian memperoleh perisian itu dan di bawah pimpinan Jobs, mengalami suatu zaman pembaharuan.

Kembali ke Apple

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT pada harga AS$402 juta, dan mengembalikan Jobs kepada syarikat yang diasaskannya. Pada tahun 1997, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang interim selepas para pengarah lembaga lost confidence in dan ousted then-CEO Gil Amelio dalam sebuah boardroom coup. Pada bulan Mac 1998, supaya dapat menumpukan usaha Apple kepada returning to profitability, Jobs dengan segeranya menamatkan sebilangan projek sepertiNewton, Cyberdog, dan OpenDoc. Pada bulan-bulan yang berikut, banyak pekerja mengembangkan ketakutan untuk berhadapan dengan Jobs ketika menaiki lif kerana "taka bahawa mereka tidak akan mempunyai pekerjaan lagi apabila pintu lif dibuka". Realitinya adalah bahawa summary executions Job adalah jarang, tetapi sebilangan mangsa adalah mencukupi untuk terrorize seluruh syarikat.[44] Amalan itu kemudian dikenali sebagai "diStevekan" ("getting Steved").

Dengan pembelian NeXT, kebanyakan daripada teknologi syarikat digunakan dalam produk-produk Apple, khususnya NeXTSTEP, yang berkembang menjadi Mac OS X. Di bawah bimbingan Jobs, jualan syarikat naik dengan ketara dengan pengenalan iMac dan produk-produk lain yang baru; sejak dari masa itu, reka-reka bentuk yang menarik serta penjenamaan yang berkuasa telah memberikan kejayaan yang unggul kepada Apple. Dalam Expo Macworld 2000, Jobs menggugurkan modifier "interim" daripada jawatannya di Apple dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang tetap, suatu jawatan yang masih dipegang oleh beliau pada hari ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, syarikat Apple telah branched out. Dengan pengenalan pemain musik mudah alih iPod, perisian muzik digitial iTunes, dan iTunes Store, syarikat itu sedang making forays ke dalam bidang elektronik pengguna dan pengedaran muzik. Apple baru-baru sahaja menyertai perniagaan telefon bimbit dengan pengenalan iPhone, suatu telefon bimbit paparan berbilang sentuh, iPod, dan peranti internet. Sementara merangsang inovasi, Jobs juga mengingati pekerja-pekerjanya bahawa "seniman-seniman yang sebenar menghantar",[45] Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan itu adlah bahawa penghantaran working produk pada tepat masa adalah sama penting dengan inovasi dan reka bentuk yang menarik.

Jobs bekerja di Apple pada gaji tahunan sebanyak AS$1,[46] dan ini menyebabkannya disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai "Ketua Pegawai Eksekutif dengan Gaji Yang Terendah". Dalam ucapan keynote 2000 Ekspo Macworld di San Francisco, syarikat itu menggugurkan perkataan "interim" daripada nama jawatannya, dan menyebabkannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang kekal. Gajinya di Apple masih dikekalkan pada AS$1 setahun secara rasmi walaupun secara tradisi, beliua telah menerima sebilangan "hadiah eksekutif" yang lumayan,termasuk sebuah jet yang berharga AS$46 juta paa tahun 1999 dan nyaris-nyaris 30 juta saham terhad pada tahun 2000-2002. Oleh itu, Jobs dicompensated well untuk usaha-usahanya di Apple walaupun gajinya hanya sedolar pada nama sahaja. Pendekatan ini mengurangkan personal tax liability kerana di bawah undang-undang cukai Amerika Syarikat sekarang, pendapatan gaji dicukai pada kadar yang jauh lebih tinggi (kini sehingga 35%) berbanding dengan cukai capital gains (kini sebanyak 15% maksimum) yang dikenakan pada keuntungan yang berasal daripada penjualan stock grants. Obtaining remuneration through stock instead of salary is a common extrinsic rewarding technique which ties management performance to financial benefits. Furthermore, it acts as a tax minimization strategy.

Jobs is both admired and criticized for his consummate skills of persuasion and salesmanship, which has been dubbed the "reality distortion field" and is particularly evident during his keynote speeches (colloquially known as "Stevenotes") at Macworld Expos.

In 2005, Jobs responded to criticism of Apple's poor recycling programs for e-waste in the U.S. by lashing out at environmental and other advocates at Apple's Annual Meeting in Cupertino in April. When asked by a representative of a liberal investment fund why Apple's programs lagged behind Dell's and HP's, Jobs wound up his critic by calling the advocates' complaints "bullshit". However, a few weeks later, Apple announced it would take back iPods for free at its retail stores. The Computer TakeBack Campaign responded by flying a banner from a plane over the Stanford University graduation at which Jobs was the commencement speaker. The banner read "Steve - Don't be a mini-player recycle all e-waste". In 2006 he further expanded Apple's recycling programs to any U.S. customer who buys a new Mac. This program includes shipping and "environmentally friendly disposal" of their old systems.[47]

Jobs kicked off 2007 with Macworld Expo at Moscone Center in San Francisco. Steve Jobs began the episodic keynote address by reviewing Apple's music business through iTunes music and video highlights, mentioning that the rumors of the decline in Internet music business were bogus. Highlights included the long awaited iPhone mobile device as well as the rebranding and official introduction of the AppleTV. After the long awaited introduction of these two products, Jobs announced on January 9, 2007 that "Apple Computer, Inc" would be now known as "Apple Inc."

Jobs was also involved in 2007 in an attempt to persuade former Vice President of the United States Al Gore, a member of Apple's board of directors, to run for the President in 2008[48].

Skandal opsyen saham

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, Jobs diberikan 7,500,000 saham opsyen pada harga laksana sebanyak AS$18.30 tetapi beliau telah didakwa bahawa harga laksana yang sebenarnya adalah AS$21.10 dan oleh itu, beliau sepatutnya dikenakan pendapatan boleh cukai sebanyak AS$20,000,000 yang tidak beliau laporkan sebagai pendapatan olehnya. Apple overstated hasil pada jumlah yang sama. Jika tersabit, Jobs akan menghadapi sebilangan tuduhan jenayah dan hukuman sivil.

Apple mendakwa bahawa opsyen itu pada asalnya diberikan dalam sebuah mesyuarat lembaga khas yang mungkin tidak pernah berlaku. Tambahan pula, penyiasatan itu tertumpu pada pentakrihan opsyen yang palsu dan oleh itu, menyebabkan suatu kenaikan harga laksana sebanyak AS$20 juta yang retroaktif. Kes itu merupakan suatu penyiasatan kerajaan jenayah dan sivil yang aktif,[49] walaupun suatu penyiasatan dalaman Apple yang bebas yang disiapkan pada 29 Disember 2006 mendapati bahawa Jobs tidak menyedari tentang persoalan-persoalan ini dan opsyen diberikannya telah dikembalikan pada tahun 2003 tanpa dilaksanakan.[50]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Meninggal Dunia

[sunting | sunting sumber]

Apple telah melaporkan bahawa kematian Steve Jobs selepas beliau bergelut dengan penyakit akibat kanser pankreas sejak sekian lama. Pada hari kematiannya, laman web Apple telah memetik "Apple telah kehilangan seorang yang genius dan dunia telah hilang lelaki yang luar biasa. Kami bertuah berkerja bersama beliau, seorang mentor yang berinspirasi tinggi. Semoga semangat beliau kekal bersama Apple"."

  1. ^ a b c d "Remembering Steve Jobs". Cupertino, California: Apple Inc. 2011-10-05. Dicapai pada 2011-10-06.
  2. ^ a b c "Sejarah Lisan dan Video Smithson: Steve Jobs". Institusi Smithson. 1995-04-20. Dicapai pada 2006-09-20.
  3. ^ a b Markoff, John (5 Oktober 2011). "Steve Jobs, Apple's Visionary, Dies at 56". Dicapai pada 2011-10-05. Unknown parameter |publiher= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  4. ^ "Forbes 400 Richest Americans". Forbes. Mac 2011. Dicapai pada 10 Mac 2011.
  5. ^ "The Walt Disney Company and Affiliated Companies – Board of Directors". The Walt Disney Company. Dicapai pada 2 Oktober 2009.
  6. ^ Elkind, Peter (15 Mac 2008). "The trouble with Steve Jobs". Fortune. Dicapai pada July 21, 2008.
  7. ^ "Steve Jobs, Apple founder, dies". CNN. 5 Oktober 2011. Dicapai pada 5 Oktober 2011.
  8. ^ "Statement by Apple's Board of Directors". Apple. 5 Oktober 2011. Dicapai pada 5 Oktober 2011.
  9. ^ a b Markoff, John (September 1, 1997). "An 'Unknown' Co-Founder Leaves After 20 Years of Glory and Turmoil". New York Times. Dicapai pada 2011-08-24.
  10. ^ "Steve Jobs Resigns as CEO of Apple" (Siaran akhbar). Apple Inc. 2011-08-24. Dicapai pada 2011-08-24.
  11. ^ "Steve Jobs Resigns as Apple CEO". Dicapai pada 24 Ogos 2011.
  12. ^ IMDB, "Toy Story" Credits
  13. ^ Kahney, Leander (6 Januari 2004). "Wired News: We're All Mac Users Now". Wired News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 29, 2012. Dicapai pada September 20, 2006.
  14. ^ "America's Most Admired Companies: Jobs' journey timeline". CNNMoney.com. Dicapai pada 24 Mei 2010. Jobs and a team of engineers visit Xerox PARC, where they see a demo of mouse and graphical user interface
  15. ^ Vivek Kaul (11 Mei 2009). "What Steve Jobs did when he was fired from Apple". DNA (newspaper).
  16. ^ a b "'Anda harus mencari apa yang kamu gemar', Jobs berkata". Laporan Stanford. 2005-06-14. Dicapai pada 2006-03-31.
  17. ^ "Pixar History – 1986". Pixar. Dicapai pada April 25, 2008.
  18. ^ "Apple — Press Info — Bios — Steve Jobs". Apple Inc. 2006. Dicapai pada 20 September 2006. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DisneyBuysPixar
  20. ^ "The Walt Disney Company — Steve Jobs Biography".
  21. ^ Holson, Laura M. (25 Januari 2006). "Disney Agrees to Acquire Pixar in a $7.4 Billion Deal". The New York Times. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  22. ^ "Pixar Becomes Unit of Disney". The New York Times & The Associated Press. 6 Mei 2006. Dicapai pada 17 Januari 2010.
  23. ^ a b Cringely, Robert X. (April 1, 2004). "Steve Jobs – Apple Computer, Pixar". Inc. Magazine. Dicapai pada September 20, 2006. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "inc" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  24. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-16. Dicapai pada 2011-08-25.
  25. ^ http://www.guardian.co.uk/technology/2011/aug/25/steve-jobs-resigns-apple-ceo. Missing or empty |title= (bantuan)
  26. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-11. Dicapai pada 2011-08-25.
  27. ^ http://www.apple.com/pr/library/2011/08/24Letter-from-Steve-Jobs.html. Missing or empty |title= (bantuan)
  28. ^ http://www.apple.com/pr/library/2011/08/24Steve-Jobs-Resigns-as-CEO-of-Apple.html. Missing or empty |title= (bantuan)
  29. ^ "Steve Jobs: Apple Announces Former CEO Steve Jobs Has Died". Chicago Tribune. October 5, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-07. Dicapai pada October 5, 2011.
  30. ^ Behrendt, Andy (2005-12-05). "Apple Asal-usul tokoh komputer terikat kepada Teluk Green". Green Bay Press-Gazette. Dicapai pada 2006-04-19.
  31. ^ Smith, David (2006-01-29). "The non-stop revolutionary". Guardian Unlimited. Dicapai pada 2006-03-31.
  32. ^ "Biografi: Steve Jobs". Muzium Apple. Dicapai pada 2006-05-18.
  33. ^ Campbell, Duncan (2004-06-08). "The Profil Guardian: Steve Jobs". Guardian Unlimited. Dicapai pada 2006-03-31.
  34. ^ Seyfer, Jessie (2006-05-10). "Kelab boleh-buat yang baru hendak membina telefon bimbit yang lebih baik". Berita Mercury. Dicapai pada 2006-05-18.
  35. ^ Surat - Soalan Am Terjawab, Woz.org
  36. ^ a b Wozniak, Steven: "iWoz", a: m.s. 147-148, b: m.s. 180. Norton, 2006. ISBN 13:978-0-393-06143-7
  37. ^ Kent, Stevn: "The Ultimate History of Video Games", m.s. 71-73. Three Rivers, 2001. ISBN 0-7615-3643-4}}
  38. ^ "Laman web Dot Eaters". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-20. Dicapai pada 2007-09-20.
  39. ^ Laman web Arcade History
  40. ^ Leonard, Andrew (1999-09-28]]). "Adakah penguin makan epel?". Salon.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-11-27. Dicapai pada 2007-02-10. Check date values in: |date= (bantuan)
  41. ^ "Peluangnya untuk Mengubah Dunia".
  42. ^ Hertzfeld, Andy. "Zaman yang Mereka Sedang Mengubah". folklore.org.
  43. ^ Hertzfeld, Andy. "The End Of An Era". folklore.org.
  44. ^ "The once and future Steve Jobs". Salon.com. 2000-10-11. Check date values in: |date= (bantuan)
  45. ^ "Real Artists Ship".
  46. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Salary
  47. ^ "Apple Improves Recycling Plan". PC Magazine. 2006-04-21. Check date values in: |date= (bantuan)
  48. ^ http://www.time.com/time/nation/article/0,8599,1622009,00.html
  49. ^ "Soalan baru ditimbulkan tentang peranan Steve Jobs dalam skandal opsyen saham Apple". 2006-12-28.
  50. ^ "Apple restates, mengakui dokumen-dokumen palsu". EE Times. 2006-12-29. Dicapai pada 2007-01-01.
  • Young, Jeffrey S. and William L. Simon (2005). iCon: Steve Jobs, The Greatest Second Act in the History of Business, Wiley, Trade Cloth
  • Hertzfeld, Andy. (2004). Revolution in The Valley. O'Reilly, Sebastopol, CA. ISBN 0-596-00719-1
  • Kahney, Leander. (2004).The Cult of Mac. No Starch Press, Inc., San Francisco, CA. ISBN 1-886411-83-2
  • Deutschman, Alan (2001). The Second Coming of Steve Jobs. Broadway. ISBN 0-7679-0433-8.
  • Freiberger, Paul; & Swaine, Michael (1999). Fire in the Valley: The Making of The Personal Computer McGraw-Hill Trade. ISBN 0-07-135892-7.
  • Malone, Michael S. (1999) Infinite Loop ISBN 1-85410-638-4 (Aurum Press Ltd, London), ISBN 0-385-48684-7 (Bantam Doubleday Dell Publishing Group)
  • Cringely, Robert X (1996). Accidental Empires. HarperBusiness. ISBN 0-88730-855-4.
  • Levy, Steven. (1994). Insanely Great: The Life and Times of Macintosh, the Computer that Changed Everything, Penguin Books, New York, NY. ISBN 0-670-85244-9.
  • Stross, Randall E. (1993) Steve Jobs and The NeXT Big Thing, Atheneum Books, NY. ISBN 0-689-12135-0.
  • Denning, Peter J. and Karen A. Frenkel. A Conversation with Steve Jobs, Comm. ACM, Vol. 32 (1989), No. 4, pp. 437-443.
  • Young, Jeffrey S. (1988). Steve Jobs: The Journey is the Reward, Scott, Foresman and Co., Glenview IL.
  • Slater, Robert. (1987). Portraits in Silicon, MIT Press, Cambridge MA, Chapter 28.
  • Caddes, Carolyn. (1986). Portraits of Success: Impressions of Silicon Valley Pioneers, Tioga Publishing Co., Palo Alto CA.
  • Levy, Steven. (1984). Hackers: Heroes of the Computer Revolution, Anchor Press/Doubleday, Garden City, NY. ISBN 0-385-19195-2.
  • Markoff, John. (2005). What the Dormouse Said: How the 60s Counterculture Shaped the Personal Computer, Viking Adult, New York, NY. ISBN 0-670-03382-0.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Wawancara

[sunting | sunting sumber]
Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Gil Amelio
Ketua Pegawai Eksekutif Apple
1997–2011
Diikuti oleh:
Tim Cook