Steve Wozniak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Steve Gary "Woz" Wozniak
Fail:Stevewozniak.jpg
Kelahiran 11 Ogos 1950 (63 tahun)
San Jose, California, Amerika Syarikat
Pekerjaan Ahli sains komputer
Jurutera elektrik
Pasangan Alice Robertson (kahwin 1976–1980) «start: (1976)–end+1: (1981)»"Marriage: Alice Robertson to Steve Wozniak" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Steve_Wozniak)
Candice Clark (kahwin 1981–1987) «start: (1981)–end+1: (1988)»"Marriage: Candice Clark to Steve Wozniak" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Steve_Wozniak)
Suzanne Mulkern (kahwin 1990–2004) «start: (1990)–end+1: (2005)»"Marriage: Suzanne Mulkern to Steve Wozniak" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Steve_Wozniak)
Janet Hill (kahwin 2008–kini) «start: (2008)»"Marriage: Janet Hill to Steve Wozniak" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Steve_Wozniak)
Anak Tiga
Laman web
http://www.woz.org

Stephan Gary "Woz" Wozniak (lahir 23 Ogos 1950) ialah jurutera komputer Amerika Syarikat serta pengasas Apple Computer (kini Apple Inc.), bersama-sama dengan Steve Jobs. Rekaan dan mesin-mesinnya telah diberikan penghargaan kerana banyak menyumbangkan kepada revolusi komputer peribadi pada dekad 1970-an. Wozniak mencipta komputer Apple I dan Apple II|Apple II pada pertengahan 1970-an, dengan Apple II mencapai kepopularan yang besar dan merupakan salah satu komputer peribadi yang terlaris pada dekad 1970-an dan awal 1980-an.

Nama lain[sunting | sunting sumber]

Wozniak yang berketurunan orang Ukraine mempunyai banyak nama samaran, termasuk "Si Woz", "Tokoh Pintar dari Woz" (Wizard of Woz), dan "iWoz" (permainan kata berdasarkan iPod). "WoZ" (singkatan untuk "Wheels of Zeus") juga merupakan nama syarikat yang diasaskan oleh Wozniak. Wozniak dikenali untuk sifat introvertnya dan berasa bahawa status kemasyhurannya agak menjengkelkan. Wozniak juga dikenali sebagai "Steven Lain" (Other Steve) dari Apple Computer, dengan Steve yang lebih terkenal merupakan Steve Jobs, pengasas bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif kini. Untuk membezakannya daripada Steve Jobs, beliau dirujuk sebagai "Woz" walaupun kedua-dua mereka itu mempunyai nama pertama yang sama.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Asal-usul Apple[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di San Jose, California, Amerika Syarikat, Wozniak menjadi kawan kepada Steve Jobs pada 1970, apabila Job menyertai syarikatnya sebagai pekerja musim panas. Sewaktu itu, beliau sedang mengerjakan komputer rangka utama.[1] Menurut autobiografi Wozniak, iWoz, Jobs mempunyai gagasan untuk menjual komputer sebagai suatu papan PC yang pasang siap. Pada mula-mulanya, Wozniak ragu-ragu terhadap gagasan itu tetapi kemudian diyakinkan oleh Jobs bahawa walau jika mereka gagal, setidak-tidaknya mereka dapat berkata kepada cucu mereka bahawa mereka pernah memiliki syarikat sendiri. Mereka bersama-sama menjadi sesetengah harta benda mereka (misalnya Wozniak menjual alat kira saintifik HP manakala Jobs menjual van Volkswagennya) dan mengumpulkan USD$1,300. Mereka memasang prototaip yang pertama di bilik tidur Jobs dan kemudian, apabila tiadanya ruang lagi, di garaj Jobs. Apartmen Wozniak di San Jose juga dipenuhi dengan monitor, peranti elektronik. Wozniak membangunkan sesetengah permainan komputer yang serupa dengan SuperPong tetapi mempunyai suara latar yang mengikut kerlipan skrin. Wozniak seringnya membawa peranti elektronik bersama-samanya dan menghibur tetamu parti dengan peranti baharunya.

Pada 1975, Wozniak menarik diri dari University of California, Berkeley (beliau kembali untuk menghabiskan kursus kejuruteraan elektrik dan sains komputernya (EECS) lalu memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains pada 1986 di bawah nama samaran Steve Gary) dan mencipta sebuah komputer yang akhirnya membawanya kepada kemasyhuran. Bagaimanapun, beliau sebenarnya hanya ingin mengagumi anggota Kelab Komputer Homebrew, sekumpulan peminat elektronik tempatan yang berpusat di Palo Alto.

Pengasasan Apple Computer[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April 1976, Jobs dan Wozniak mengasaskan Apple Computer. Wozniak meletakkan jawatannya di Hewlett-Packard dan menjadi naib presiden penyelidikan dan pembangunan di Apple. Keluaran pertama mereka, komputer Apple I menyerupai Altair 8800, komputer peribadi pertama yang berjaya dalam pasaran, kecuali ia tidak menyediakan kemudahan untuk kad tambah dalaman. Dengan menambah kad ini, komputer Altair dapat disambungkan kepada terminal komputer dan diaturcarakan dalam bahasa pengaturcaraan BASIC. Apple I tidak melebihi sebuah mesin peminat dengan mikropemproses (MOS 6502) berharga AS$25 pada papan litar tunggal yang memiliki 256 bait ROM, 4 Kb atau 8 Kb RAM, serta pengawal paparan 40 aksara x 24 baris. Ia tidak mempunyai selongsong, bekalan kuasa, papan kekunci, atau monitor yang perlu dibekalkan sendiri oleh pengguna. Apple I dijual pada harga AS$666.66. (Wozniak kemudian mengatakan bahawa beliau tidak tahu tentang keberkaitan antara angka harga itu dengan lambang hantu yang diperikan di dalam kitab Bible lalu mengatakan bahawa beliau hanya "suka akan angka berulangan". Harga itu merupakan harga AS$500 campur tokokan sebanyak 33%.) Jobs dan Wozniak menjual 100 buah komputer yang pertama kepada Paul Terrell yang baru sahaja membuka kedai komputernya, Byte Shop, di Mountain View, California. Terrell hanya membeli papan litar Apple I dan perlu sendiri membekalkan papan kekunci, monitor, dan pengubah, sehinggalah serongsong komputer.[2]

Contoh halaman daripada manual reka bentuk Apple I, termasuk gambar rajah ditulis tangan Wozniak.

Wozniak kini dapat menumpukan sepenuh masanya untuk memperbaik kelemahan Apple I dan menambahkan kefungsian baharu. Reka bentuknya yang baharu mengekalkan ciri komputernya yang paling penting, iaitu kesederhanaan dan kebolehgunaan. Wozniak memperkenalkan grafik leraian tinggi dalam komputer Apple II.[2] Komputernya kini bukan sahaja dapat memaparkan aksara, tetapi juga gambar: "Saya masukkan peleraian tinggi. Ia hanya perlukan dua cip. Saya tak tahu adakah orang yang mahu gunakannya."

Menjelang 1978, Wozniak juga siap mereka bentuk pengawal pemacu cakera liut yang murah. Beliau dan Randy Wigginton kemudian menulis sebuah sistem pengendalian cakera dan sistem fail yang sederhana lalu mengikat kontrak dengan Shepardson Microsystems untuk membina antara muka garis perintah bagi sistem pengendalian cakera itu. Selain daripada mereka bentuk perkakasan, Wozniak juga menulis kebanyakan daripada perisian awal yang dibekalkan bersama-sama Apple. Antaranya, beliau menulis:

Pada 1980, syarikat Apple Computer diapungkan menjadi sebuah syarikat awam dan dengan itu, menyebabkan Jobs dan Wozniak menjadi jutawan berkali ganda. Bagaimanapun, Jobs enggan menawarkan opsyen saham kepada pekerja dan oleh itu, Wozniak memutuskan untuk mengongsikan sebahagian saham pengasasnya dengan pasukan pekerja, baik secara percuma mahupun pada diskaun yang tinggi. Perbuatan Wozniak ini kini digelar sebagai "Rancangan Woz".[3]

Nahas pesawat[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 1981, Wozniak terhempas bersama pesawatnya, Beechcraft Bonanza, ketika berlepas dari Santa Cruz Sky Park. Siasatan NTSB [4] mendedahkan bahawa Wozniak tidak memiliki pengesahan "prestasi tinggi" (dan oleh itu, menyebabkan beliau tidak memenuhi syarat untuk memandu pesawat) serta juga tidak mempunyai "pengetahuan yang mencukupi berkenaan pesawat itu." Punca nahas ditetapkan sebagai berlepas naik pramatang, disusuli keadaan pegun sebelum merempuh benteng setinggi 12 kaki. Akibat kemalangan itu, Wozniak mengalami amnesia retrogred serta juga amnesia anterogred sementara.

Wozniak langsung tidak dapat mengingat kembali mengenai kemalangan itu dan buat beberapa lama, juga tidak tahu bahawa beliau terbabit dalam nahas tersebut. Beliau juga tidak mengingati mengenai kemasukannya ke hospital atau perkara-perkara yang dilakukannya sejak beliau keluar dari hospital. Bagaimanapun, Wozniak dapat melakukan rutin hariannya seperti biasa (kecuali memandu pesawat). Sungguhpun demikian, beliau kadang-kala masuk ke dalam bilik dan terlupa tujuannya berbuat demikian. Wozniak juga tidak dapat mengingati hari itu hari apa. Misalnya, beliau akan pergi kerja pada hari Ahad atau tinggal di rumah pada hari Rabu kerana salah menganggap hari itu hari minggu.[2] Wozniak kemudian mula mencantum apa yang dikatakan oleh orang lain lalu bertanyakan teman wanitanya, Candice Clark (seorang pekerja Apple yang awal yang bekerja di dalam bahagian perakaunan), sama ada beliau terlibat dalam sebarang kemalangan. Apabila Clark menceritakan kejadian itu, ingatan jangka pendeknya dipulihkan. Wozniak juga menghargai permainan komputer Apple II kerana membantu memulihkan ingatannya. Wozniak dan Clark kemudian bertunang pada tahun itu.[2]

Mengakhiri pekerjaannya dengan Apple[sunting | sunting sumber]

Wozniak tidak segera kembali bekerja dengan Apple selepas sembuh daripada kemalangan tersebut. Sebaliknya, beliau mengahwini Clark dan kembali ke University of California, Berkeley dengan menggunakan nama "Rocky Raccoon Clark" ("Rocky" merupakan nama anjingnya, manakala "Clark" ialah nama keluarga isterinya sebelum berkahwin) lalu mendapatkan ijazah sarjana mudanya pada 1986. Pada Mei 1982 dan 1983, Wozniak turut membiayai dua Perayaan US bagi meraikan pengembangan teknologi; kesudahannya perayaan itu menjadi sebuah pameran teknologi dan perayaan rock yang terdiri daripada segabungan muzik, komputer, televisyen, dan manusia.

Pada 1983, Wozniak memutuskan untuk kembali kepada pembangunan keluaran Apple, tetapi beliau tidak mahu peranan yang melebihi kerja jurutera dan faktor motivasi kepada tenaga kerja Apple.[2]

Wozniak mengakhiri kerja penuh masanya dengan Apple secara kekal pada 6 Februari 1987, dua belas tahun selepas mengasaskan syarikat itu. Beliau masih kekal sebagai seorang pekerja (dan menerima gaji) [2][5] dan pemegang saham Apple. Wozniak juga memelihara hubungannya dengan Steve Jobs.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Young, Jeffrey S. (December 1988). Steve Jobs: The Journey is the Reward. Lynx Books. ISBN 155802378X. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Wozniak, S. G.; Smith, G. (2006), iWoz: From Computer Geek to Cult Icon: How I Invented the Personal Computer, Co-Founded Apple, and Had Fun Doing It. W. W. Norton & Company
  3. Dancing With The Woz, By Daniel Lyons, Published Mar 7, 2009, From the magazine issue dated Mar 16, 2009 from Newsweek
  4. NTSB Identification: LAX81FA044, National Transportation Safety Board -- Aviation Accidents
  5. Letters-General Questions Answered, Woz.org

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: