Stik Diane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stik Diane
Steak Diane.jpg
JenisEntree
Tempat asalAmerika Syarikat
Dicipta olehBeniamino Schiavon (?)
Bahan utamabifstik
di Wikibuku Buku Masakan: Stik Diane  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Stik Diane

Stik Diane ialah sejenis masakan daripada Amerika Syarikat yang merupakan bifstik (hirisan tebal daging lembu) yang digoreng tohor dengan sos yang diperbuat daripada minyak daging tersebut dan rempah atau herba. Ia biasanya dihidangkan di restoran, dan diflambékan. Pada sekitar 1950-an dan 1960-an, ia dianggap sebagai masakan Eropah klasik,[1][2][3][4] dan sejak itu, ia kini dipanggil sejenis masakan retro.[5][6][7].

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

"Stik Diane" tidak berasal daripada masakan asli Perancis, dan mungkin dicipta pada abad ke-20 di New York untuk hidangan flambée (tableside-flambéed dishes) yang popular dahulu.[8] Nama 'Diane', dewi pemburu Rumawi, digunakan untuk pelbagai makanan yang menggunakan haiwan buruan,[9] tetapi "stik Diane daging rusa" yang wujud pada tahun 1914, walaupun ia disaute dan diflambé, bersos dan dihiasi dengan buah, tidak seperti resipi stik Diane,[10] jadi ia tidak diketahui jika ada wujud pun kaitan.

Menjelang 1940-an, stik Diane ialah hidangan biasa dalam menu-menu restoran yang mengenali Café Society, termasuklah restoran-restoran di Drake Hotel dan Sherry-Netherland dan restoran The Colony, dan mungkin itulah asalnya.[11][12] Ia sering diberinamakan kepada Jurumasak Beniamino Schiavon, 'Nino of the Drake'.[4]

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Stik Diane adalah hampir sama seperti steak au poivre.[13] Stik tersebut dipotong atau ditumbuk sehingga nipis supaya masak dengan cepat. Ia dibubuh garam dan lada, cepat-cepat ditumis dengan mentega, dan dibiarkan berehat. Sejenis sos dibuat menggunakan minyak dan segala yang ada dalam kuali dan ditambahkan, contohnya, mentega, cendawan, mustard, bawang merah, krim, trufel, kaldu daging, sos stik A1, atau sos Worcestershire. Sos itu kemudian diflambékan dengan brandi, syeri, atau wainMadeira, lalu dicurahkan pada stik tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Max Jacobson, "Blast from a tasty past" [Menggamit kenangan lazat], Los Angeles Times, 26 Mac 1998 [1]: "stik Diane dan semua masakan Eropah terkini seorang seniwan makanan pasti segan kerana tahu".
  2. ^ Lobel's Culinary Club, 17 Ogos 2012 [2]: "Stik Diane adalah antara hidangan popular yang sentiasa ada di restoran masakan Eropah bandar raya pada zaman 1950-an dan 60-an yang menggabungkan gaya mewah dengan sofa kulit, alas meja linen putih, dan masakan ala Amerika dan ala Eropah, sedikit teater dan persediaan dramatis."
  3. ^ Mark R. Vogel, "Diana: The Legacy of the Huntress", FoodReference [3]: "Yang pastinya, stik Diane ialah kegila-gilaan semasa 50-an dan awal 60-an, terutama sekali di New York."
  4. ^ a b Pierre Franey, "60-Minute Gourmet; Steak Diane" [Hidangan Mewah dalam 60 Minit; Stik Diane], New York Times, 31 January 1979 [4] Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "franey" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Florence Fabricant, "New Wave in the East River: David Burke" [Gelombang Baharu di Sungai Timur New York: David Burke], New York Times 9 November 1988, menggelarkan ia "retro"
  6. ^ Leah Koenig, "Lost Foods of New York City: Steak Diane" [Makanan Tertelan Zaman dari Bandar Raya New York], Politico, 14 Mac 2012 [5]: "Lost Foods of New York City ialah ruang [majalah] yang meraikan makanan dan minuman yang dahulu menjadi makanan untuk bandar ini, tetapi kini sudah lesap.... kegilaan rakyat Amerika dengan semua yang ada kena-mengena dengan New York 50-an kini kembali dengan seluruh tenaga. Amat sesuailah untuk kami raikan stik Diane—sebuah hidangan glamor retro yang sungguh unggul, ada baiknya ia dinamakan kepada Don Draper."
  7. ^ Jan Aaron, 101 Great Choices: Washington DC [101 Pilihan Hebat: Washington DC], Bhg 3, m.s. 76
  8. ^ John Fuller, Guéridon and Lamp Cookery: A Complete Guide to Side-table and Flambé Service [Pemasakan Guéridon dan Penunu: Panduan Lengkap untuk Khidmat Meja Sisi dan Flambé], 1964, m.s. 69
  9. ^ Larousse Gastronomique, Edisi Pertama "Oeufs à la Diane" [Telur ala Diane], dengan pati buruan; Bécasse (burung woodcock) ala Diane; dsb.; Larousse Gastronomique, edisi 2001, m.s. 416; Sos Diane, sejenis sos poivrade dengan krim, trufel, dan putih telur rebus dihidang dengan daging rusa dalam Guide Culinaire oleh Escoffier (1907)
  10. ^ A.C. Hoff, ed., Steaks, Chops and Fancy Egg Dishes, International Cooking Library [Hidangan Stik, Cop dan Telur Mewah, dari Perpustakaan Masakan Antarabangsa], International Publishing Co., 1914, m.s. 20 teks lengkap
  11. ^ Arthur Schwarts, "'21's Steak Diane", memetik daripada Arthur Schwartz, New York City Food: An Opinionated History and More Than 100 Legendary Recipes [Makanan Bandar Raya New York: Sebuah Sejarah Menurut Pendapat dan Lebih daripada 100 Resipi Terunggul], 2008
  12. ^ Jane Nickerson, "Steak Worthy of the Name" [Sebuah Stik yang Setaraf Namanya], New York Times 25 Januari 1953, m.s. SM32, seperti dipetik dalam Olver, Lynne (2000). "Steak Diane". History Notes. The Food Timeline.
  13. ^ Mark Bittman, "The Minimalist: A Tender Celebration", New York Times, 8 Februari 2006 teks lengkap