Sting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sting

Sting di Royal Albert Hall tahun 2018
Kelahiran
Gordon Matthew Thomas Sumner

(1951-10-02) 2 Oktober 1951 (umur 72)
Nama lainSting
Pusat pendidikanNorthern Counties College of Education
Pekerjaan
  • Musician
  • singer
  • songwriter
  • actor
Tahun aktif1971–present
Pasangan
Anak-anak6; termasuk Joe, Mickey dan Eliot
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
sting.com

Gordon Matthew Thomas Sumner CBE (lahir 2 Oktober 1951) atau juga dikenali dengan nama Sting ialah seorang pemuzik dan pelakon dari England. Beliau merupakan penyanyi utama dan pemain bes untuk kugiran genre new wave iaitu The Police dari 1977 sehingga 1984 sebelum berpisah dan melancarkan kerjaya solonya setahun kemudian.

Pengkaryaan muziknya cenderung menerapkan pelbagai unsur genre muzik dunia termasuk rock, jazz, reggae, muzik klasikal, new-age dan worldbeat.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Gordon Matthew Thomas Sumner lahir pada 2 Oktober 1951, in Wallsend, Northumberland, England.[2][3] Beliau anak sulung dalam empat adik beradik kepada Audrey Cowell, seorang jurusolek rambut, dan Ernest Matthew Sumner, seorang penghantar susu dan juruteknik;[4] Mereka dibesarkan di kawasan berdekatan limbungan bandar tersebut, Gordon pula mendapat persekolahannya di St Cuthbert's Grammar School di Newcastle upon Tyne.

Beliau mula terpesona dengan muzik pada usia sepuluh tahun apabila seorang rakan ayahnya yang berpindah keluar negara menghadiahkan sebuah gitar akustik Sepanyol.[5] Pada usia remajanya pula beliau sering ke kelab-kelab serata bandarnya yang turut mmepengaruhi citarasa muziknya,[6]

Beliau terlibat dalam beberapa pekerjaan seperti konduktor bas, buruh dan pegawai pengutip cukai sebelum meneruskan pelajarannya dalam bidang perguruan di Northern Counties College of Education (kini Northumbria University) dari 1971 hingga 1974.[7]

Kerjaya muzik awal - bersama The Police (1977–1984)[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjanya sebagai seorang guru di St Paul's First School, Cramlington selama dua tahun;[8] selama ini jugalah beliau mengambil kerja sambilan sebagai seorang pemuzik jazz dengan banyak kugiran. Di sinilah juga beliau mendapat nama jolokan "Sting" (bermaksud "penyengat") kerana beliau sering memakai baju panas belang kuning hitam sehingga rakan sekerjanya mengacahnya kelihatan seakan lebah atau tebuan.[9][10]

Pada bulan Januari 1977, Sting berpindah dari Newcastle ke London untuk mencuba nasibnya. Di sana, beliau mula berkenalan dengan Stewart Copeland, Henry Padovani serta Andy Summers (yang menggantikan Padovani); perkenalana mereka lama kelamaan memutik pengasasan kugiran the Police - mereka pada mulanya menumpu kepada genre punk sebelum beralih kepada rock reggae dan pop minimalis. Sepanjang berdirinya kugiran ini selama lima tahun, kesemua album mereka laris dalam carta tertinggi serta memenangi anugerah berprestij termasuk dari Anugerah Grammy (6 kali) dan Anugerah Brit (2 kali).[11][12]

Sting memutuskan berhenti bersama apabila berada dalam suatu konsert di Shea Stadium in New York pada Ogos 1983 - beliau merasakan kemasyhurannya sudah menyempitkannya.[13] Setelah beliau berbincang dengan rakan seminatnya yang lain, mereka bersetuju menumpu kepada projek solo masing-masing setelah menghabiskan rakaman album Synchronicity.

Kerjaya solo kemudian (sejak 1985)[sunting | sunting sumber]

Beliau muncul pertama kali sebagai seorang artis solo pada tahun 1985 dengan album The Dream of the Blue Turtles yang memaparkan jazz musicians including Kenny Kirkland, Darryl Jones, Omar Hakim dan Branford Marsalis.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • The Dream of the Blue Turtles (1985)
  • ...Nothing Like the Sun (1987)
  • The Soul Cages (1991)
  • Ten Summoner's Tales (1993)
  • Mercury Falling (1996)
  • Brand New Day (1999)
  • Sacred Love (2003)
  • Songs from the Labyrinth (2006)
  • If on a Winter's Night... (2009)
  • Symphonicities (2010)
  • The Last Ship (2013)
  • 57th & 9th (2016)
  • My Songs (2019)
  • The Bridge (2021)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Quadrophenia The Ace Face, the King of the Mods
1979 Radio On
1980 The Great Rock 'n' Roll Swindle Leader of the Blow Waves
1982 Brimstone and Treacle Martin Taylor
1984 Dune Feyd-Rautha Harkonnen
1985 Plenty Mick
1988 The Adventures of Baron Munchausen
1988 Stormy Monday Finney
1988 Julia and Julia Daniel
1998 Lock, Stock and Two Smoking Barrels J. D.
2007 Bee Movie Diri sendiri Filem animasi
2009 Brüno Diri sendiri
2016 Zoolander 2 Diri sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stephen Thomas Erlewine. Sting Biography. AllMusic. Retrieved 7 November 2010
  2. ^ Garrard, Aranda (2009). "Proud history and lively community; the region: Wallsend has grown out of its Roman and shipbuilding roots into a thriving community with plenty to offer buyers looking for a bargain". TheFreeLibrary.com. Dicapai pada 16 February 2012.
  3. ^ "Sting". The Biography Channel. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2008. Dicapai pada 12 May 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Sting biography at Film Reference website". Filmreference.com. Dicapai pada 17 August 2011.
  5. ^ Sting (2003). Broken Music. Simon & Schuster.
  6. ^ Clarkson 1999, m/s. 17.
  7. ^ "Notable Alumni". Northumbria University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-28. Dicapai pada 22 January 2019.
  8. ^ Berryman, James (2000). A Sting in the tale. Mirage Publishing. m/s. 135. ISBN 978-1-902578-13-2. Dicapai pada 29 December 2011.
  9. ^ Egan, Sean (8 August 2003). "The Police: Every Little Thing They Sang Was Magic". Goldmine. 29.16: 14.
  10. ^ "Sting: A Renaissance man". CBS Sunday Morning. 22 September 2016 – melalui YouTube. I used to wear these yellow and black sweaters. They thought I looked like a wasp, and they'd joke. They called me 'Sting'. They thought it was hilarious. They kept calling me St... That became my name.
  11. ^ "Brit Awards: The Police | BRITs Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2010. Dicapai pada 22 January 2019. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "The Police Chart history". Official Charts Company. Retrieved 21 August 2014
  13. ^ "'Last Play at Shea' documentary tells stadium's story". Newsday. New York. 20 April 2010. Dicapai pada 23 November 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]