Strafing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah barisan kenderaan Jerman dimusnahkan oleh pesawat serangan darat berhampiran Arnhem, 23 September 1944.

Tembakan bertubi-tubi atau strafing adalah amalan tentera yang menyerang sasaran darat dari pesawat terbang rendah dengan menggunakan senjata automatik[1] yang terdiri daripada mesingan (5mm hingga 20mm) ke meriam auto atau meriam rotari (biasanya 20mm hingga 37mm). Ini bermakna, walaupun serangan darat menggunakan senjata automatik tembakan sangat kerap diikuti oleh pengeboman atau tembakan roket, istilah "strafing" tidak secara khusus melibatkan dua yang terakhir.[2] Istilah "strafing" boleh merangkumi senjata api tetap, atau senjata api serba bidik (fleksibel). Senjata api tetap menembak terus ke hadapan yang biasanya dipasang pada pesawat kepak kaku, manakala helikopter menggunakan senjata serba bidik yang mana boleh ditembak dalam banyak arah yag berbeza bebas daripada arah datang pesawat (dalam kebanyakan kes, senjata fleksibel pada pesawat kepak kaku hanyalah untuk tujuan pertahanan, namun ia kadangkala boleh digunakan untuk menembak sasaran darat dengan sedikit kesan). Sesetengah pesawat kepak kaku, seperti pesawat pejuang-penyerang, mampu membuat misi tempur udara atau misi serangan darat (P-47 Thunderbolt), manakala yang lain adalah jenis khusus serangan darat (Il-2 Shturmovik). Didalam kes-kes dimana sebuah jenis pesawat mampu memegang kedua-dua peranan, setelah ia ditugaskan dengan peranan serangan darat, dan dengan itu dijangka menggunakan senjata sepenuhnya untuk strafing, senjata tetap biasanya terpasang supaya titik penumpuan lebih rendah dan pada jarak yang lebih besar pula digunakan untuk pertempuran udara. Ini adalah berguna kerana ia membolehkan juruterbang membidik sasaran dengan tanpa perlu menjunam kearah tanah secara tiba-tiba, mengurangkan risiko pelanggaran dengan tanah dan meningkatkan jumlah masa tembakan sebelum perlu berhenti, dan ia juga menjauhkan jarak daripada sasaran, bantu mengelak tembakan anti pesawat dan kerosakan yang mungkin berlaku daripada sasaran yang meletup. Disebabkan altitud yang rendah dan memerlukan kelajuan rendah untuk strafing yang tepat, ia sangat berisiko bagi juruterbang, yang terdedah bukan sahaja pada risiko terbang melanggar rupa bumi dan halangan-halangan seperti tiang elektrik, tetapi juga pada senjata anti pesawat, termasuklah peluru berpandu permukaan ke udara (kedua-duanya dipasang pada kenderaan dan jenis pikul di bahu), artileri anti pesawat dan tembakan senjata berkaliber kecil (seperti mesingan dan senjata kecil). Kapal terbang yang direka untuk serangan darat mungkin mempunyai perisai tambahan keliling dan dibawah kokpit dan kawasan yang mudah terdedah seperti enjin untuk melindungi juruterbang dan komponen penting avionik, manakala pesawat yang direka untuk pertempuran udara lebih cenderung mempunyai perisai dibahagian hadapan atau dibelakang, dimana tembakan dari pesawat lain adalah banyak, menyebabkan mereka lebih terdedah kepada tembakan dari bawah atau tepi, dimana kebanyakannya berpunca dari tembakan darat.

Kadang kala, istilah strafing ini boleh digunakan untuk menunjukkan tembakan pantas bertubi-bertubi oleh mana-mana pesawat darat atau kapal tentera laut (contohnya bot laju) dengan menggunakan senjata berkaliber kecil dan ditujukan pada sasaran bergerak atau yang bergerak perlahan.[perlu rujukan]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan ini datang dari adaptasi Bahasa Jerman strafen, bermaksud menghukum, khususnya dari adaptasi lucu kata-kata hikmah Jerman "Gott strafe England" (Semoga Tuhan Menghukum England) semasa Perang Dunia I.[3][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dictionary of Military and Associated Terms 8 November" (PDF). Joint Publication 1-02: U.S. Department of Defense. 2010. Dicapai pada 19 January 2011. strafing — The delivery of automatic weapons fire by aircraft on ground targets.CS1 maint: location (link)
  2. ^ William B. Colgan. Allied Strafing in World War II: A Cockpit View of Air to Ground Battle. Dicapai pada 19 January 2011.
  3. ^ "Oxford Dictionaries - Dictionary, Thesaurus, & Grammar – "Gott strafe England" as origin of "to strafe"". askoxford.com. Dicapai pada 4 September 2015.
  4. ^ Richard B.H. Lewis, The Art of Strafing, July 2007, airforce-magazine.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]