Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"NBOS" dilencongkan di sini.
Bagi sebuah buku teori, lihat Strategi lautan biru.
Logo Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Blue Ocean Strategy; secara rasmi disingkat sebagai NBOS) ialah satu program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Najib Tun Razak.[1] NBOS diperkenakan pada tahun 2009 dengan bertujuan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kerajaan.[2][3]

Terdapat lebih daripada 80 jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan 116 inisiatif NBOS secara kolaboratif sejak pelancarannya.[4] Hasil kerjasama di kalangan Jabatan dan agensi Kerajaan berjaya memecahkan benteng yang sebelum ini memberi kesan kepada kelancaran program-program Kerajaan. Malah melalui kerjasama kreatif inisiatif NBOS, pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan akan lebih mengetahui fungsi masing-masing dengan lebih mendalam dan dengan itu dapat mengelakkan pertindihan fungsi-fungsi agensi.[5]

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi (kini bekas), menyifatkan NBOS sebagai program terbaik di dunia.[6]

Sekilas[sunting | sunting sumber]

NBOS diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Renée Mauborgne dengan mengambil cara yang kreatif dan sistematik bagi membentuk strategi dalam sektor awam dan swasta.[7] Dengan melihat merentasi beratus-ratus langkah strategik sepanjang beberapa dekad yang lalu, Kim dan Mauborne berpendapat bahawa bukannya bersaing secara langsung dengan mereka, Pengurus dan pemimpin perlu membina semula sempadan tradisional industri, pasaran dan kerajaan untuk mewujudkan lautan biru – tawaran nilai yang benar-benar unik yang akan memandu masa depan dan membuat persaingan tidak relevan. Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Fokus[sunting | sunting sumber]

NBOS memfokuskan kepada enam perkara:

  1. Penghasilan idea yang kreatif
  2. Kerjasama antara jabatan dan agensi
  3. Memerlukan kos perbelanjaan yang minima
  4. Melaksanakan dengan segera
  5. Hasilnya berimpak tinggi
  6. Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat

Fiesta NBOS[sunting | sunting sumber]

Fiesta NBOS ialah acara yang diadakan bagi mempromosikan NBOS dan ia pertama kali diadakan pada September 2017 di Pekan, Pahang[8] dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Strategi Lautan Biru Kebangsaan capai kejayaan luar biasa, kata Najib". The Malaysian Insight. 23 September 2017. Dicapai 5 September 2018. 
  2. ^ Rokiah Abdullah (19 November 2017). "NBOS bantu program transformasi negara". Utusan Malaysia. Dicapai 5 September 2018. 
  3. ^ "Program NBOS catat kejayaan luar biasa - PM Najib". Astro Awani. 23 September 2017. Dicapai 5 September 2018. 
  4. ^ "116 inisiatif di bawah NBOS dilaksanakan sejak 2009". Utusan Malaysia. 13 Disember 2017. Dicapai 5 September 2018. 
  5. ^ Idris Musa (28 November 2017). "NBOS beri kesan positif". Harian Metro. Dicapai 5 September 2018. 
  6. ^ "Zahid puji Strategi Lautan Biru Kebangsaan program terbaik di dunia". Free Malaysia Today. 19 November 2017. Dicapai 16 September 2018. 
  7. ^ Kim, W.C.; Mauborgne, R. (2004). Blue Ocean Strategy: How to Create Uncontested Market Space and Make the Competition Irrelevant. Boston: Harvard Business School Press. ISBN 978-1591396192. 
  8. ^ Jalal Ali Abdul Rahim; dan Shamsul Kamal Amarudin (19 November 2017). "NBOS sejahterakan rakyat". Harian Metro. Dicapai 6 September 2018. 
  9. ^ Diana Surya Abdul Wahab (23 September 2017). "Najb rasmikan fiesta NBOS". Sinar Harian. Dicapai 6 September 2018. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]