Struktur Lewis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Struktur Lewis (atau diagram titik Lewis, rumus titik Lewis, struktur titik Lewis, dan struktur titik elektron) ialah suatu rajah yang menunjukkan ikatan antara atom-atom suatu molekul dengan pasangan elektron sunyi yang mungkin ada pada molekul.[1][2][3] Struktur Lewis dapat diguna pakai bagi setiap molekul dengan ikatan kovalen serta sebatian kompleks. Struktur Lewis dinamai sempena Gilbert N. Lewis yang memperkenalkan dalam artikel 1916-nya The Atom and the Molecule..[4] Struktur Lewis memperluaskan konsep diagram titik elektron dengan menambah garisan di antara atom-atom untuk mewakili pasangan bersama dalam ikatan kimia.

Struktur Lewis menunjukkan setiap atom dalam molekul dan posisinya dalam struktur molekul menggunakan simbol kimianya. Garisan pula dilukis di antara atom yang saling terikat satu sama lain (pasangan titik boleh digunakan sebagai pengganti garis). Lebihan elektron yang membentuk suatu pasangan sunyi diwakili sebagai pasangan titik, dan ditempatkan di sebelah atom.

Meskipun unsur golongan utama dari kala dua dan seterusnya lazimnya bertindak balas dengan mendapatkan, melepaskan atau berkongsi elektron sampai mereka mencapai konfigurasi lapan elektron valens seperti dalam oktet, unsur-unsur lain memiliki peraturan yang berbeda. Hidrogen (H) hanya dapat membentuk ikatan yang hanya memiliki dua elektron, sedangkan logam peraluhan sering sesuai dengan aturan duodektet (12)[5] (misalnya, sebatian seperti ion permanganat).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ IUPAC definition of Lewis formula
  2. ^ Zumdahl, S. (2005). Chemical Principles. Houghton-Mifflin. ISBN 0-618-37206-7.
  3. ^ G.L. Miessler; D.A. Tar (2003), Inorganic Chemistry (ed. 2nd), Pearson Prentice–Hall, ISBN 0-13-035471-6
  4. ^ Lewis, G. N. (1916), "The Atom and the Molecule", J. Am. Chem. Soc., 38 (4): 762–85, doi:10.1021/ja02261a002
  5. ^ Weinhold, Frank; Landis, Clark R. (2005). Valency and bonding: A Natural Bond Orbital Donor-Acceptor Perspective. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 367. ISBN 0-521-83128-8.