Student King

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Student King
Kulit novel grafik Student King
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Gempak
FormatBerwarna & Hitam-putih
GenreLawak
Tarikh penerbitan2006
Bil. isu8
Novel grafik: 1
Watak utamaAlex
Pasukan kreatif
KaryaStanley G

Student King merupakan karya komik pelukis Malaysia iaitu Stanley G.Komik yang disiarkan di majalah terbitan Kumpulan Art Square iaitu Gempak telah diterbitkan novel grafik pada 1/9/2006.Komik ini mengisahkan tentang pwlajar-pelajar di sekolah yang mempunyai pelbagai ragam.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Di sebuah sekolah, terkumpul segerombolan makhluk manusia yang terdiri daripada lelaki dah perempuan: Ada yang kacak, ada yang cantik bagaikan puteri, ada yang bangga diri, ada yang bersifat pendengki dan ada juga seorang guru yang keras seperti logam besi. Lahir dari pelbagai latar belakang yang cukup berlainan dan personaliti yang cukup asing, perlahan-lahan, mereka mula mencipta wasilah yang penuh dengan friksyen dan kelucuan. Terutamanya, apabila pengetua sekolah mereka muncul tanpa dijangka.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak-watak lain[sunting | sunting sumber]

Hantu perempuan misteri - Hantu perempaun yang mencari pengetua{kerana tidak memulangkan sijil dunia} menyebabkan di tidak dapat diterima masuk ke Dunia Sakti.

Ibu Alex - Ibu kepada Alex dan kelihatan sangat muda.

Watak-watak seperti Pengetua dan Cikgu Smith menunjukan pelukis sangat meminati filem Star Wars & The Matrix.

Watak Perwatakan
Alex Watak utama di dalam siri ini.Sangat nakal(sering meniru di dalam peperiksaan dengan pelbagai cara) dan merupakan kawan baik Cat dan Stone.Menaruh hati kepada Mai.
Mai Pelajar perempuan yang baik hati,pandai dan aktif dalam bidag sukan.Disukai oleh Alex dan Yabuki.
Yabuki Pelajar lelaki yang di gilai ramai perempuan termasuklah Cat.Suka melihat diri sendiri di depan cermin.Menaruh hati kepada Mai.
Cat Pelajar perempuan yang sering terpengaruh dengan Alex.Menaruh hati kepada Yabuki
Stone Kawan baik Alex dan Mai.Sering membantu Alex ketika rakannya ingin mencuri kertas ujian.
Pengetua Pengetua sekolah yang menyerupai Darth Vader(watak di dalam filem Star Wars).Kerdil dan sering di bantu oleh Cikgu Smith.
Cikgu Smith Guru di sekolah yang menyerupai Agent Smith(watak di dalam filem Matrix).
Krisha Pelajar perempuan yang sangat mencemburui Mai dan sering menandingi Mai dalam pelbagai aspek.