Studio animasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Studio animasi ialah sebuah syarikat yang menghasilkan media berunsurkan animasi. Unsur-unsur yang ada dalam studio animasi termasuklah projek yang dihasilkan, peralatan yang digunakan dalam animasi, pengawal yang menguruskan peralatan tersebut dan memperoleh hasil jualan media yang dihasilkan.

Sesebuah studio animasi juga memegang hak kreatif serta cenderamata yang dihasilkan atau dipegang oleh studio animasi seperti hak cipta. Pada zaman awal, sesetengah studio animasi juga memegang paten terhadap kaedah animasi yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan penghasilan.

Sesetengah studio animasi adalah mahir dalam jenis-jenis animasi tertentu seperti animasi tradisional (dua dimensi), grafik komputer tiga dimensi dan animasi tanah liat.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AWN's Animation Industry Database". www.aidb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-31. Dicapai pada 2019-10-14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]