Suami, Isteri dan .....?
Suami, Isteri dan .....? | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Suhan Panshacharam |
Penerbit | Suhan Panshacharam |
Penulis | Yusuf Abas |
Dibintangi oleh | |
Muzik oleh | Shamsul Cairel |
Disunting oleh | Elias Maidin |
Syarikat penerbitan | Berjaya Film Production |
Mula ditayangkan | 6 Jun 1996 |
Tempoh tayangan | 131 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Suami, Isteri dan .....? ialah sebuah filem genre komedi dan cinta Malaysia yang ditayangkan pada 6 Jun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Suhan Panshacharam. Skrip untuk filem ini telah ditulis oleh Yusuf Abas.
Plot[sunting | sunting sumber]
Kebahagiaan rumahtangga Fatah dan Salmah yang dibina atas dasar cinta pertama. Akhirnya runtuh apabila timbul salah faham diantara mereka. Setelah Fatah membantu Jamilah mendapatkan tuntutan insuran berikut kematian suaminya. Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula dan terperanjat setelah mengetahui bahawa mereka bertugas di pejabat yang sama dimana Fatah sebagai ketuanya.
Pada suatu hari, Salmah telah cuba digoda oleh seseorang lelaki buaya yang satu pejabat dengannya. Oleh kerana kecewa apabila hasratnya tidak terbalas. Lelaki itu telah membuat fitnah kononnya dia telah menodai Salmah. Perkara tersebut membuatkan seluruh pejabat menjadi kecoh. Salmah yang pasrah dengan apa yang terjadi mula insaf dan menyesali perbuatannya terhadap Fatah sehingga menyebabkan mereka berpisah ketika dahulu. Akhirnya Salmah telah membuat keputusan untuk kembali kepada suaminya.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Rosyam Nor sebagai Fatah
- Lydiawati sebagai Salmah
- Sheila Rusly sebagai Jamilah
- Jaafar Onn
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Anugerah Skrin 1997 | Pelakon Wanita Terbaik | Lydiawati | Menang |
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Suami, Isteri dan .....? di Sinema Malaysia.
- Suami, Isteri dan .....? di Filem Kita
- Suami, Isteri dan .....? di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
![]() | Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |