Suami Sebelah Rumah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Suami Sebelah Rumah
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Ana Sofiya
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tidak Pernah Berjumpa" oleh Forteen
Lagu penutup"Tidak Pernah Berjumpa" oleh Forteen
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitSheila Rusly
PenyuntingKhairul Zaman Abu Bakar
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal2 Mac 2015 – 2 April 2015

Suami Sebelah Rumah ialah siri drama televisyen Malaysia 2015 dibintangi oleh Izzue Islam, Ayda Jebat, Nazrief Nazri dan Zulin Aziz. Diadaptasi dari novel 2014 bertajuk sama karya Ana Sofiya, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 2 Mac 2015 hingga 2 April 2015 menggantikan Yes, Boss!.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Eryna terpaksa melamar Amar untuk menjadi suaminya apabila tunangnya, Azlan tidak datang pada hari pernikahan mereka. Amar, yang ternyata mencintai Eryna dari kecil menerima permintaan Eryna dengan seikhlas hati. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Amar akur dengan kehendak Eryna yang masih lagi belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya. Amar tekad untuk berusaha memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumah Eryna!

Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis, teman serumah Eryna. Eryna sedaya upaya cuba merahsiakan tentang suaminya, yang kini tinggal bersebelahan dengannya. Keadaan menjadi kalut apabila teman serumah Eryna iaitu Anis jatuh hati dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya mengetuk pintu hatinya namun dia cuba menafikan.

Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat huru hara menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya. Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Tidak Pernah Berjumpa" - Forteen
  • "Mata Kunci Cinta" - Aisha Hanim

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suami Sebelah Rumah (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 6 Jun 2018.
: Slot Iris, Setiap Isnin - Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Suami Sebelah Rumah Berikutnya
Yes Boss! Tuan Rumah Pembantu Rumah