Suamiku, Encik Perfect 10! (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suamiku, Encik Perfect 10!
Umum
PengarangSyamnuriezmil
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
Ogos 2012
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman597
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246307

Suamiku Encik Perfect 10! ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Syamnuriezmil. Novel ini diterbitkan pada tahun 2012 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah filem yang ditayangkan pada 2014.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial. “Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen. Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Suamiku, Encik Perfect 10! telah diadaptasikan ke filem oleh Feroz Kader dan ditayangkan pada 22 Januari 2015 oleh Astro Shaw dan Global Station.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syamnuriezmil (2012). Suamiku, Encik Perfect 10!. Kaki Novel. ISBN 9789670246307.
  2. ^ Suamiku, Encik Perfect 10! by Syamnuriezmil Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  3. ^ Budiey (9 Januari 2015). Sinopsis SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 Lakonan Lisa Surihani Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Mac 2015.