Suamiku Mr. Blind
Suamiku Mr. Blind adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Idora Abdul Rahman dan Rusdi Ramli, dibintangi Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa dan Dayana Roza. Siri drama ini disiarkan bermula 5 Ogos 2019 di saluran TV Hypp Sensasi.
| Suamiku Mr. Blind | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Suamiku Mr. Blind karya Danisyarahmat |
| Pencipta | Danisyahrahmat |
| Ditulis oleh | Shudadatul Ain Zakaria |
| Pengarah | |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | "Cinta Sejati" oleh Intan Norul |
| Lagu penutup | "Kasihku Abadi" oleh Uchop Ahmad |
| Negara asal | |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 30 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin Wan Rozita Alhadad Khan Haslinda Abdul Rahman |
| Penerbit | Suryati Sidek Emily Wee |
| Tempoh siaran | 1 jam (per episod) |
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | HyppSensasi (116) |
| Siaran asal | 5 Ogos 2019 – 24 September 2019 |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran buta.
11 tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baharu di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada.
Ain merahsiakan identitinya dariapada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan disaat perkahwinan mereka terlalu hampir.
Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil ketahui Ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Nazrief Nazri sebagai Aidil Zafran
- Janisa Jalil sebagai Ain Shuhada
- Zoey Rahman sebagai Rayyan
- Intan Najuwa sebagai Wani
- Dayana Roza sebagai Melissa
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Bella Nazari sebagai Dato' Adila
- Fadzil Zahari sebagai Azman
- Khaty Azian sebagai Puan Sri Azizah
- Rahim Kidol sebagai Pak Deris
- Fathil Dani sebagai Encik Ismail
- Sheila Mambo sebagai Puan Ainon
- Roslan Salleh sebagai Pak Darus
- Gen Darwish sebagai Dani
- Rayyana Rayqa sebagai Auni
- Izzul Faiq Zuhairi sebagai Aidil Zafran