Suara Hatiku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suara Hatiku merupakan album pasca kematian kedua dan yang terakhir penyanyi rock Indonesia, Nike Ardilla yang diterbitkan pada tahun 1996, iaitu selang setahun setelah pemergiannya. Promo melalui video klip membuat album ini laris di pasaran, bahkan gaya rambut beliau ketika itu yang menjadi ikutan sehingga saat ini. Seperti album Mama Aku Ingin Pulang, lagu-lagu didalam album ini juga merupakan koleksi lagu yang sudah dirakam sewaktu hayat beliau namun tidak diterbitkan pada waktu itu diatas permintaan penyanyi ini sendiri ketika itu.

Suara Hatiku
Album studio oleh
Dilancarkan pada1996
Dirakamkan pada1992-1995
TempatMalaysia dan Indonesia Edit the value on Wikidata
GenreSlow Rock, Pop Rock
Panjang40:50
BahasaBahasa Indonesia Edit the value on Wikidata
SyarikatMusic Plus
Musica Studio's
Kronologi Nike Ardilla
Mama Aku Ingin Pulang
(1995)
Suara Hatiku
(1996)
Hanya Satu Nama
(2013)
Single daripada Suara Hatiku
  1. "Suara Hatiku"
    Dikeluarkan: 1996
  2. "Pengembara Terasing"
    Dikeluarkan: 1996
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Single[sunting | sunting sumber]

Suara Hatiku
  • Lagu ini ada asalnya bertajuk Aku Tak Akan Bersuara dimana lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer dari negara jiran, Malaysia, iaitu Saari Amri. Sebenarnya lagu ini sudah dikeluarkan pada 1994 dan telahpun dimuatkan didalam album Duri Terlindung pada tahun yang sama. Namun ketika dipenghujung 1994, lagu ini telah dirakamkan semula dan diubah sebahagian liriknya, serta judulnya juga telah ditukarkan kepada Suara Hatiku bagi untuk mempromosikan lagu ini dipasaran Indonesia. Penggambaran video klip lagu ini juga dilakukan beberapa hari sebelum pemergian sang diva rock ini.


Pengembara Terasing
  • Lagu ini sebenarnya telahpun dirakam disekitar tahun 1992 dimana lagu ini adalah hasil ciptaan komposer dari Malaysia, Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe, iaitu bekas gitaris kumpulan rock terkenal di negara jiran itu, Kumpulan Wings. Lagu ini juga turut dimuatkan kedalam album kompilasi mereka, iaitu Wings & Superfriends bagi mengenang semula Nike Ardilla semasa hayatnya.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenciptaMasa
1."Suara Hatiku"Saari Amri, Adit OB4:30
2."Rindu Kasih"Yuke NS4:53
3."Fakta"Erens F. Mangalo3:49
4."Kau Bukan Milikku Lagi"Ririn S, Angga Widodo4:22
5."Kalau Aku Bisa Terbang"Deddy Dhukun4:33
6."Putuslah Sudah"Wildan HS, Dhenda5:06
7."Cukup Sampai Disini"Doddy Lesmana4:51
8."Pengembara Terasing"JW Wings, Bob4:46
9."Untuk Kekasihku"Deddy Dhukun4:23
Jumlah masa: 40:50


Rujukan[sunting | sunting sumber]