Suara Viral (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suara Viral merupakan sebuah pertandingan realiti terbitan Astro yang mempertaruhkan beberapa peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya, dalam kalangan mereka yang pernah tular di media sosial kerana memiliki bakat nyanyian yang luar biasa.

Suara Viral
FormatNyanyian
Muzik
Hiburan
Realiti
PengacaraDato' AC Mizal (1)
Danial Zaini (2-3)
Naim Daniel (2-3)
JuriAkim Ahmad (1)
Misha Omar (1)
Dato’ Hattan (2-3)
Marsha Milan (2-3)
Haqiem Rusli (2-3)
Aina Abdul (2-3)
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran2 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Jun 2020 – kini

Format pertandingan[sunting | sunting sumber]

Konsep[sunting | sunting sumber]

Rancangan pertandingan nyanyian yang membariskan 10 orang peserta daripada latar belakang kerjaya yang berbeza dan masing-masing pernah tular di media sosial!

Bakat nyanyian luar biasa daripada 'orang biasa' ini bakal diketengahkan di sebuah pentas besar pertandingan untuk dinikmati umum, sekaligus diadili oleh barisan juri untuk menentukan seorang juara.

Format penjurian dan undian[sunting | sunting sumber]

Pemilihan 10 peserta dibuat menerusi ujibakat dan saringan awal yang diadakan secara tertutup dengan mengambil kira beberapa kriteria iaitu kekuatan vokal, mempunyai kerjaya, keunikan karekter dan identiti serta nilai komersial yang tinggi.

Kesemua peserta ini akan menempuhi persaingan konsert mingguan yang akan diadili berdasarkan format markah 70% oleh barisan juri profesional, manakala 30% lagi daripada keputusan ‘Juri Duduk Rumah’ mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Di hujung konsert mingguan akan ada seorang peserta yang menjadi mangsa penyingkiran selepas menduduki tangga markah tercorot.

Senarai musim[sunting | sunting sumber]

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]