Suatu Malam Kubur Berasap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Suatu Malam Kubur Berasap
PosterSMKB01.jpg
Poster filem Satu Malam Kubur Berasap
PengarahErnie Chen
Dibintangi olehAngah Raja Lawak
Along Cham
Azrul Raja Lawak
Zami Ismail
Ruminah Sidek
Wira Raja Lawak
Zack X-Factor
Disunting olehM. Norhakim bin Junid
Mula ditayangkan
22 Disember 2011
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.01 juta[1]
Pecah panggungRM 4.09 juta

Suatu Malam Kubur Berasap merupakan sebuah filem genre seram dan komedi yang telah ditayangkan pada 22 Disember 2011 di Malaysia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Filem ini akan ‘berasap’ di pawagam pada 22 Disember 2011.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat kutipan pecah panggung apabila mendapat kutipan RM 4.07 juta.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengetengahkan genre komedi seram. Namun, genre seram dan komedi itu tidak dijalin dengan baik. Keseraman dilihat biasa dan komedinya pula dilihat kurang memuaskan. Namun begitu, lakonan Angah Raja Lawak sebagai Atan harus diberi pujian atas keberkesanan membawa watak sebagai penggali kubur yang kurang upaya. Mesej yang disampaikan dalam cerita ini jelas walaupun jalan cerita ada sedikit celaru. Penonton-penonton trhibur dengan cara penceritaan yang ringkas[2].

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Filem ini mencetuskan kontroveri apabila poster filem ini menampilkan pelakon wanita, Nurul Ain, bergambar separuh bogel. Lagi memburukkan keadaan, gambar sebelum edit beliau tersebar di internet, dimana beliau bergaya memakai kain batik tutup dihadapan sambil bahagian belakangnya terdedah sehingga paras pinggang.

Nurul Ain menyatakan bahawa gambar tersebut untuk diletakkan dalam poster filem berkenaan selepas edit. Namun begitu, ada pihak tidak bertanggungjawab melepaskan gambar sebelum edit di laman sesawang. Beliau menerima kecaman oleh peminat mahupun penggiat seni dan wartawan. Kenyataan paling mengejutkan bahawa beliau akan tampil seksi jika mendapat tawaran yang memerlukan beliau berbuat demikian[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]