Suci Dalam Debu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suci Dalam Debu
PengarahZulkifli M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan olehVishini Pramanand
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehMior Hashim Manap
Tarikh tayangan
1992
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Suci Dalam Debu merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 1992 arahan Zulkifli M. Osman. Filem ini merupakan kolaborasi antara pelakon Julia Rais dan pengarah Zulkifli M. Osman selepas filem Mira Edora .

Filem Suci Dalam Debu mula ditayangkan pada 1992 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Julia Rais, Sidi Oraza ,Khairil Anwar dan menampilkan kumpulan Iklim.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Suci Dalam Debu diarah oleh pengarah Zulkifli M. Osman pada 1992.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Roy adalah anak kepada orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik di kelab malam. Anak Tengku Aziz bertunang dengan Tengku Johan. Tengku Aziz menggaji Tengku Johan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya. Namun Tengku Aziz tidak sedar niat Tengku Johan hingga percaya termakan kata daripada beliau yang mendakwa akauntannya Badrul (Imuda) pecah amanah padahal ia dilakukan oleh Tengku Johan kerana mengelapkan duit syarikat RM 500,000.

Tengku Johan melakukan kebakaran di pejabat Tengku Aziz supaya segala dokumen penyata kewangan dihapuskan dan menuduh Badrul sebagai dalang, ternyata Badrul diperangkap ketika cuba menyelamatkan dokumen tersebut dan meninggal dunia di hospital. Maka sejak itu Roy ambil tempat bapanya iaitu Dato Rashid demi arwah rakan karib.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Julia Rais sebagai Tengku Rina Aziz, seorang anak kepada ahli perniagaan dan teman wanita Roy
  • Sidi Oraza sebagai Razak 'Roy' Rashid, seorang graduan perniagaan yang hidup tidak mahu terkongkong namun di penghujung beliau meneruskan perniagaan bapanya
  • Imuda sebagai Badrul 'Bad', akauntan syarikat Tengku Aziz dan kawan kepada Roy yang menghidap sakit jantung tetapi meninggal dunia akibat difitnah dilakukan oleh Tengku Johan
  • Khairil Anwar sebagai Tengku Johan (dialih suara oleh Jalaluddin Hassan, anak saudara Tengku Aziz yang ingin menjatuhkan perniagaan bapa saudara sendiri
  • Kumpulan IKLIM sebagai dirinya sendiri
  • Aziz Sattar sebagai Dato Rashid, Ayah Roy dan pemilik syarikat
  • Aziz Singah sebagai Tengku Aziz, ahli perniagaan dan rakan kongsi Dato Rashid
  • Afidah Es sebagai ibu Tengku Rina
  • Ruminah Sidek sebagai Ibu Roy

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Bujang Kota ( ciptaan Mohalim & Siso )
  2. Sandiwara Cinta Semusim ( ciptaan Syed Amran & Wan Zul )
  3. Hakikat Sebuah Cinta ( ciptaan Azam & Zur Ain )
  4. Suci Dalam Debu ( ciptaan Wan Zul & S. Amin Shahab - Gubahan Muzik Dato' Ramli M.S )

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]