Sudetenland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai kawasan bersejarah (1938–45). Untuk wilayah iredentis, sila lihat Provinsi Sudetenland.
Wilayah asal berbahasa Jerman pada tahun 1930, didalam sempadan terkini Republik Czech , yang mana pada tempoh antara perang disebut sebagai Sudetenland
Konteks negara Eropah bertutur bahasa Jerman sekitar tahun 1937

Sudetenland (/sˈdtənlænd/ ( dengar); bahasa Jerman: [zuˈdeːtn̩ˌlant]; Czech dan Bahasa Slovak: Sudety; Bahasa Poland: Kraj Sudecki) ialah nama bersejarah Jerman bagi kawasan utara, selatan, dan barat bekas negara Czechoslovakia yang didiami terutamanya oleh orang Jerman Sudeten. Penutur bahasa Jerman ini telah mendominasi sempadan daerah Bohemia, Moravia, dan Silesia Czech sejak zaman Empayar Austria.

Perkataan "Sudetenland" tidak wujud sehingga awal abad ke-20 dan tidak menjadi terkenal sehingga selepas Perang Dunia I, apabila Austria-Hungary yang didominasi oleh orang Jerman telah berpecah dan orang Jerman Sudeten didapati tinggal di negara baru Czechoslovakia. Krisis Sudeten tahun 1938 telah diprovokasi oleh tuntutan Pan-Jermanisme Jerman yang mahukan Sudetenland diilhak kepada Jerman, dimana ia berlaku selepas Perjanjian Munich. Sebahagian tanah sempadan telah diceroboh dan diilhak oleh Poland. Apabila Czechoslovakia dibentuk semula selepas Perang Dunia II, Orang Jerman Sudeten telah diusir dan wilayah itu hari ini dihuni hampir secara eksklusif oleh penutur bahasa Czech.

Perkataan Sudetenland adalah sebutan Jerman Land, bermaksud "negara", dan Sudeten, nama Pergunungan Sudeten, yang merentangi utara sempadan Czech dan Lower Silesia (sekarang di Poland). Walau bagaimanapun Sudetenland merangkumi kawasan diluar pergunungan tersebut.

Sebahagian wilayah Czech sekarang iaitu Karlovy Vary, Liberec, Olomouc, Moravia-Silesia, dan Ústí nad Labem berada dalam kawasan yang dipanggil Sudetenland.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota