Sugar Sugar Rune

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sugar Sugar Rune
Fail:Ssrmain.jpg
GenreComedy, drama, friendship, magical girl
Manga
PengarangMoyoco Anno
PenerbitJepun Kodansha
Amerika Syarikat Del Rey Manga
Penerbit LainPerancis Kurokawa
Jerman Heyne
Sweden Bonnier Carlsen
((flagicon
Tarikh PengeluaranOgos 2003April 2007
Jilid8 (Lengkap)
Anime
PengarahYukihiro Matsushita
StudioStudio Pierrot
Dilesenkan olehPerancis Kaze
Penyiaran AsalJepun TV Tokyo
Lain-lain PenyiaranPerancis Canal J
Filipina QTV HERO
Dikeluarkan pada2 Julai 200524 Jun 2006
Portal Anime dan Manga

Sugar Sugar Rune (シュガシュガルーン, Shuga Shuga Rūn), atau Sugar² Rune, ialah manga karya Moyoco Anno dan siri TV anime berdasarkannya. Manga ini meraih Anugerah Manga Kodansha untuk manga kanak-kanak pada tahun 2005.[1]

Kisah[sunting | sunting sumber]

Kisahnya melibatkan dua orang ahli sihir cilik bernama Chocolat Meilleure(disebut "syo-ko-la", seperti dalam bahasa Perancis) dan Vanilla Mieux dari dunia ajaib yang terpilih untuk berentap dalam peraduan merebut takhta Ratu Dunia Ajaib. Meskipun lawan un, mereka berdua tetap kawan karib. Ibu Chocolat, Cinnamon Meilleure menang dalam peraduan lalu, namun gara-gara puak Ogre, maka ibu Vanilla, Candy, dinobatkan sebagai Ratu. Chocolat kini berazam untuk menjuarai peraduan ini, sekaligus menjadi "bintang cerah" (Ratu Cahaya Yang Menyinar) untuk bondanya. Untuk menjuarai peraduan itu, para ahli sihir perlu menyamar diri mereka sebagai manusia dan beradu untuk mencuri "hati" manusia (sebenarnya emosi yang dikristalkan) yang terbanyak. Dengan bantuan Rockin' Robin sebagai mentor dan penjaga mereka, serta (dalam anime sahaja) dua kenalan lain, peraduan ini menyaksikan siapalah Ratu setersunya.

Bagaimanapun, timbulnya halangan besar bagi kedua-dua calon ratu ini apabila Pierre, seorang pemuda yang hati dingin dan penuh misteri, mula memikat hati Chocolat dan mempergunakan kedua-dua calon itu untuk kepentingan dirinya. Kini, setelah terjerat dalam matlamat baru mereka sendiri, kedua-dua ahli sihir cilik ini perlu mengharunginya dan mengekalkan persahabatan yang tidak terlerai oleh sihir pun.

Kedudukan hati[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenis hati manusia yang dicuri ahli-ahli sihir ini yang dibezakan mengikut warna, perasaan dan nilai.

Nilai permata
Warna Ecuré Emosi Anime sahaja?
Kuning "Pee" (Jaune) 5 Terkejut atau takut Tidak
Jingga (Orange) 300 Jatuh hati atau cinta pandangan pertama yang biasa Tidak
Hijau (Vert) 350 Persahabatan Tidak
Pelangi (Multicolore) 500 lucu atau berminat Ya
Merah jambu (Rose) 1000 Teruja atau cinta manis sampai jantung kuat berdenyut Tidak
Ungu (Pourpre) 2500 Cinta yang terlarang Tidak
Merah (Rouge) 5000 Cinta yang ghairah Tidak
Biru (Bleu) 3500 Hormat Tidak
Hitam (Noir) Membunuh ahli-ahli sihir selain Ogre; menolak mata Benci dan cemburu Tidak
Putih (Blanc) Mengubati hati hitam Hati hitam yang disucikan; tiada perasaan benci sekalipun Tidak

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

Chocolat Meilleure[sunting | sunting sumber]

Chocolat Meileure ialah anak perempuan kepada Cinnamon Meilleure. Chocolat merupakan seorang yang periang. Beliau bersahabat baik dengan Vanilla Mieux, puteri dunia sihir. Chocolat memiliki rambut oren panjang, saiz mata hijau zamrud, dan telinga runcing. Dia tidak sepopuler Vanila yang lemah-lembut sejak kedatangannya ke dunia manusia disebabkan oleh sikapnya yang bersahaja. Ini membuatkan lelaki berwaspada terhadapnya, tetapi dia mampu berkawan rapat dengan mereka. Chocolat sangat popular di dunia sihir. Di dunia sihir, dia tinggal bersama datuknya, Corne, seorang ahli sihir yang berkuasa , seperti Chocolat, Corne juga tidak menyukai untuk Blanca. Hari jadi Chocolat adalah pada 13 hari bulan Ogos . Dalam perkembangan siri ini, Chocolat mula jatuh cinta dengan Pierre dan (di anime) berakhir bertukar hati dengan dia (Episode 51). Dalam anime, dia kalah dalam pertandingan ratu dunia sihir. Namun begitu, Vanila menyerahkan takhta-nya kepada Chocolate; menjadikan Chocolat sebagai ratu dunia sihir. Dalam manga, Chocolat dan Pierre menghilangkan diri. Dengan itu, Vanilla terpaksa mangambil alih takhta untuk seketika. Pierre dan Chocolat kehilangan ingatan mereka dan mengambil masa untuk pulih. Mereka sempat bergegas balik ke istana untuk penobatan Vanilla sebagai ratu dunia sihir.

  • Dalam bahasa Perancis, nama Chocolat's diterjemahkan menjadi "Best Chocolate".
  • Dalam manga bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Del Rey, namanya dieja Chocolat, dari kata Perancis untuk coklat. Dalam anime, Chocolat memiliki kuasa untuk menyucikan hati noir dengan bantuan ramuan yang diberikan oleh Ahli Sihir Ombre.
  • Sihir: Sugar Sugar Rune! Choco-Rune!

Vanilla[sunting | sunting sumber]

Vanilla ialah anak perempuan kepada Ratu Dunia Sihir, Ratu Candy. Vanilla merupakan puteri dunia sihir dan beliau bersahabat baik dengan Chocolat . Vanilla merupakan seorang gadis yang lemah-lembut, pemalu dan teliti. Vanilla jauh lebih popular daripada Chocolat dengan lelaki di dunia manusia; menyebabkan Chocolat percaya bahawa Dunia Manusia dan Dunia Sihir adalah bertentangan. Dalam perkembangan siri ini, Vanilla menjadi Puteri Orge setelah diperdayakan oleh pujukan manis Pierre. Namun begitu, Chocolat berusaha untuk menyelamatkannya. Dalam siri terakhir manga, Vanilla memenangi hak untuk ditabalkan sebagai Ratu, tapi beliau menolak untuk menerima mahkota. Vanilla akhirnya bersetuju untuk ditabalkan sebagai ratu kerana Chocolat hilang. Namun begitu, dalam siri anime, Vanilla berjaya memenangi pertandingan ratu dunia sihir itu; tetapi Vanilla memberikan takhtanya kepada Chocolat setelah membuat pertimbangan bahawa Chocolat lebih sesuai untuk menjadi Ratu Dunia Sihir.

  • Nama Vanilla diterjemahkan dari bahasa Perancis sebagai "Better Vanilla".
  • Sihir: Sugar Sugar Rune! Vani-Rune!

Pierre Tempête de Neige[sunting | sunting sumber]

Pierre ialah seorang lelaki popular yang tampan yang bersekolah sama dengan Chocolat. Namun begitu, dia mempunyai hati yang dingin. Dia merupakan kapten sukan lawan pedang (fencing) dan pasukan tenis sekolah serta mempunyai kelab peminat yang terdiri daripada pelajar menengah rendah yang cantik tetapi berhati kejam dan dingin; dikenali sebagai 'The Members' yang tampaknya tidak menyukai Chocolat mendampingi Pierre.

Dalam siri ke-2 manga, mereka mendapati Pierre juga berasal dari dunia sihir. Walaupun dia bukan seorang ahli sihir, namun dia merupakan putera Orge; sebahagian daripada klan yang dikenali sebagai Ogre. Dalam perkembangan cerita, Pierre mula jatuh cinta dengan Chocolat. Akhirnya, setelah bertukar hati dengan Chocolate; hatinya menjadi putih. (Hatinya telah disucikan oleh Chocolat)

  • Nama Pierre bersamaan dengan Peter dalam bahasa Perancis.

Houx dan Soule[sunting | sunting sumber]

Houx dan Soule ialah teman baik Chocolat dan Vanilla dari Dunia Sihir. Mereka merupakan saudara kembar. Mereka datang ke Dunia Manusia sebagai pelajar baru di sekolah Chocolat dan Vanilla untuk melindungi mereka daripada ancaman Orges. Houx dan Soule amat menyukai Chocolat, dan mereka sering berdebat tentang siapa yang akan menjadi Raja jika Chocolat berjaya mendapat takhta.

Nama Houx dan Soule dalam bahasa Jepun ialah Woo dan Soul. Nama mereka dalam bahasa Inggeris setelah diterjemahkan dari bahasa Perancis ialah Willow dan Holly.

Ratu Candy[sunting | sunting sumber]

Ratu Candy ialah ratu dunia sihir. Beliau juga merupakan ibu kepada Vanilla Mieux. Ratu Candy mengambil langkah berhati-hati dalam pertandingan calon ratu dunia sihir dan calon ratu dunia sihir agar pihak Orge tidak mengganggu. Dalam anime, beliau sebenarnya kalah dalam pertandingan. Setelah Cinnamon membuat pengorbanan untuk menyelamatkan Dunia Sihir, Cinnamon menyerahkan takhtanya kepada Candy. Dalam siri akhir manga pula, Ratu Candy mengorbankan diri beliau untuk membantu Chocolat mengalahkan Glace, seterusnya Chocolat diakui sebagai Ratu Dunia Sihir.

Cinnamon Meilleure[sunting | sunting sumber]

Cinnamon ialah seorang ahli sihir yang terkenal. Cinnamon merupakan ibu Chocolat. Cinnamon ialah salah seorang calon ratu bersama-sama dengan Candy Mieux dahulu. Cinnamon memenangi pertandingan itu, tetapi dia mengorbankan takhtanya untuk menyelamatkan Dunia Sihir. Keadaan tidak dijelaskan dengan teliti di manga. Cinnamon melawat Glace, Raja Kegelapan, sementara Candy mengambil alih takhta sebagai ratu. Dalam siri ke-7, penulis mendedahkan bahawa ayah Chocolat sebenarnya ialah Glace, Raja Kegelapan. Cinnamon sebenarnya pembantu sihir Pierre yang kehilangan suaranya. Dalam akhir siri ke-8 pula, Cinnamon berlawan dengan Glace tetapi beliau tetap tinggal dengan Glace apabila Glace semakin menghilang. Dalam anime, Cinnamon menyamar sebagai kucing hitam yang dibela Pierre. Dalam episod terakhir setelah Chocolat menjadi ratu, Cinnamon meminta Robin dan Glacier untuk membantu menjaga Chocolat. Adalah dikatakan bahawa Cinnamon dan Candy berkawan semasa mereka bertanding untuk pemilihan calon ratu dunia sihir. Candy yang popular tidak pernah mengumpulkan hati manusia. Sebilangan orang mengatakan bahawa Candy sengaja tidak mahu mengumpul hati manusia, kerana Candy berasa bahawa Cinnamon lebih sesuai menjadi Ratu.

Waffle[sunting | sunting sumber]

Waffle ialah seorang ahli sihir muda yang sentiasa cuba untuk menarik perhatian Houx. Dalam siri ini, dia sering menimbulkan pelbagai masalah dalam pengembaraan Chocolat dan rakan-rakannya. Waffle tidak menyenangi Chocolat, dia berpendapat bahawa Chocolat 'mencuri' Houx daripadanya. Waffle sentiasa ditemani Baya dan mengembara dengan tupai kepunyaannya. Tupai tersebut boleh mengembangkan badannya untuk diduduki Waffle.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Sugar Sugar Rune (Bahasa Inggeris)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Joel Hahn. "Kodansha Manga Awards". Comic Book Awards Almanac. Dicapai 2007-08-21.