Pergi ke kandungan

Suhaizan Kaiat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suhaizan Kaiat
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pulai
Menyandang jawatan
9 September 2023
Didahului oleh Salahuddin Ayub
Majoriti18,641 (PRK 2023)
Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
Dalam jawatan
6 Januari 2023 – 23 Julai 2023
MenteriSalahuddin Ayub
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Johor ke-14
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Timbalan Gan Peck Cheng
Didahului oleh Mohamad Aziz
Digantikan oleh Mohd Puad Zarkashi
Setiausaha Organisasi
Parti Amanah Negara
Dalam jawatan
2015–2019
PresidenMohamad Sabu
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAbang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehNasrudin Hassan
Digantikan olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Maklumat peribadi
Lahir (1973-04-13) 13 April 1973 (umur 53)
Kampung Sungai Sudah
Johor Muar, Johor
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
(sehingga 2015)
Parti Amanah Negara (AMANAH)
(sejak 2015)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(sehingga 2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganDr. Norsham Idris
Anak3
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Suhaizan bin Kaiat (lahir 13 April 1973) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pulai selepas menang dalam pilihan raya kecil pada September 2023.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor dari 2018 hingga 2022.[2]

Beliau adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara sejak 2015.[3] Sebelum aktif dalam Parti Amanah Negara, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin dalam saf kepimpinan PAS.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar dan Sekolah Agama Seri Menanti, Muar (Darjah Khas). Kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti, Muar dan akhirnya di Sekolah Agama Parit Nawi.[4]

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau telah menyambung pengajian di universiti dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beliau aktif dalam persatuan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Antara jawatan yang beliau sandang, termasuklah sebagai Exco dan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.

Aktiviti kemasyarakatan

[sunting | sunting sumber]

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Pembangunan Masjid Taman Universiti Skudai, Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Kempas dan Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Simpang Renggam.

Beliau mula menceburi bidang politik dengan menyertai PAS. Antara jawatan penting beliau dalam PAS, termasuklah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Malaysia.

Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor pada 28 Jun 2018 lalu.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P147 Parit Sulong Suhaizan Kaiat (PAS) 9,788 26.63% Syed Hood Syed Edros (UMNO) 26,974 73.37% 38,116 17,186 76.03%
2013 P151 Simpang Renggam Suhaizan Kaiat (PAS) 14,048 41.56% Liang Teck Meng (Gerakan) 19,754 58.44% 34,670 5,706 87.62%
2023 P161 Pulai Suhaizan Kaiat (AMANAH) 48,283 61.54% Zulkifli Jaafar (BERSATU) 29,642 37.78% 78,453 18,641 47.08%
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) 528 0.67%
Dewan Undangan Negeri Johor
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 N47 Kempas Suhaizan Kaiat (PAS) 7,711 32.66% Osman Sapian (UMNO) 15,897 67.34% 24,102 8,186 73.13%
2013 Suhaizan Kaiat (PAS) 14,648 44.06% Tengku Putra Haron Aminurrashid (UMNO) 18,595 55.94% 33,737 3,947 86.10%
2018 N56 Kukup Suhaizan Kaiat (AMANAH) 10,251 45.76% Md Othman Yusof (UMNO) 11,113 49.60% 22,863 862 84.90%
Karim Deraman (PAS) 1,040 4.64%
2022 N54 Pulai Sebatang Suhaizan Kaiat (AMANAH) 6,148 24.67% Hasrunizah Hassan (UMNO) 12,473 50.06% 25,616 6,325 54.51%
Abdullah Husin (PAS) 5,967 23.95%
Abd Rashid Abd Hadi (PEJUANG) 329 1.32%
2026 N44 Larkin Suhaizan Kaiat (AMANAH) 13,600 27.08% Mohd Hairi Mad Shah (UMNO) 33,882 67.47% 50,749 20,282 66.20%
Norsinah Abu (BERSAMA) 2,737 5.45%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Suhaizan Kaiat di Facebook

  1. ↑ ISAHAK, NOR AZURA MD AMIN dan ZULHISHAM (2023-09-09). "PRK: Suhaizan pertahan kemenangan PH di Parlimen Pulai". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-09.
  2. ↑ "56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan". www.utusanborneo.com.my. 2018-06-29. Dicapai pada 2023-09-09.
  3. ↑ Barisan kepimpinan AMANAH
  4. ↑ Profil calon PRU 13

{{subst:#if:|}} [[Kategori:{{subst:#switch:{{subst:uc:1973}}

|| UNKNOWN | MISSING | TAKDIKETAHUI = Tahun kelahiran hilang {{subst:#switch:{{subst:uc:}}||LIVING|HIDUP=(orang hidup)}}
| #default = Kelahiran 1973

}}]] {{subst:#switch:{{subst:uc:}}

|| LIVING | HIDUP  = 
| MISSING | HILANG = 
| UNKNOWN | TAKDIKETAHUI = 
| #default = 

}}