Suhaizan Kaiat
Tuan Haji Suhaizan Kaiat | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pulai | |
Memegang jawatan 9 September 2023 | |
Didahului oleh | Salahuddin Ayub |
Majoriti | 18,641 |
Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia | |
Dalam jawatan 6 Januari 2023 – 23 Julai 2023 | |
Menteri | Salahuddin Ayub |
Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor ke-14 | |
Dalam jawatan 28 Jun 2018 – 22 Januari 2022 | |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara | |
Dalam jawatan 2015–2019 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2013–2015 | |
Didahului oleh | Nasrudin Hassan |
Digantikan oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Sungai Sudah ![]() | 13 April 1973
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | PAS (-2015) Parti Amanah Negara (2015-kini) |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Dr. Norsham Idris |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | Universiti Teknologi Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Tuan Haji Suhaizan Kaiat ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pulai selepas menang dalam pilihan raya kecil pada September 2023.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor dari 2018 hingga 2022.[2]
Beliau adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara sejak 2015.[3] Sebelum aktif dalam Parti Amanah Negara, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin dalam saf kepimpinan PAS.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar dan Sekolah Agama Seri Menanti, Muar (Darjah Khas). Kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti, Muar dan akhirnya di Sekolah Agama Parit Nawi.[4]
Setelah menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau telah menyambung pengajian di universiti dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Beliau aktif dalam persatuan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Antara jawatan yang beliau sandang, termasuklah sebagai Exco dan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.
Aktiviti kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]
Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Pembangunan Masjid Taman Universiti Skudai, Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Kempas dan Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Simpang Renggam.
Politik[sunting | sunting sumber]
Beliau mula menceburi bidang politik dengan menyertai PAS. Antara jawatan penting beliau dalam PAS, termasuklah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Malaysia.
Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor pada 28 Jun 2018 lalu.
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Pembangkang | Undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Simpang Renggam | Liang Teck Meng (BN) | 19,754 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 14,048 | ||
2004 | Parit Sulong | Syed Hood Syed Edros (BN) | 26,974 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 9,788 |
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Pembangkang | Undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Kukup | Md Othman Yusof (BN) | 11,113 | Suhaizan Kaiat (PKR) | 10,251 | ||
Dr. Karim Deraman (PAS) | 1,040 | ||||||
2013 | Kempas | Tengku Putra Haron Aminurrashid Tan Sri Tengku Hamid Jumat (BN) | 18,595 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 14,648 | ||
2008 | Osman Sapian (BN) | 15,897 | Suhaizan Kaiat (PAS) | 7,711 |
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ ISAHAK, NOR AZURA MD AMIN dan ZULHISHAM (2023-09-09). "PRK: Suhaizan pertahan kemenangan PH di Parlimen Pulai". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-09.
- ^ "56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan". www.utusanborneo.com.my. 2018-06-29. Dicapai pada 2023-09-09.
- ^ Barisan kepimpinan AMANAH
- ^ Profil calon PRU 13
- ^ Keputusan PRU 2004
- ^ Keputusan PRU 2013
- ^ Profil calon PRU 14