Sukan Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan Afrika, juga dikenali sebagai Sukan Se-Afrika atau Sukan Seluruh Afrika, merupakan sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dan dianjurkan oleh Kesatuan Afrika (African Union - AU) dengan kerjasama Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika (Association of National Olympic Committees of Africa - ANOCA) dan Persatuan Konfederasi Sukan Afrika (Association of African Sports Confederations - AASC).

Semua negara bertanding berasal dari benua Afrika. Temasya pertama telah diadakan di Brazzaville, Congo pada tahun 1965. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memberi pengiktirafan rasmi kepada temasya tersebut sebagai sebuah acara beraneka sukan peringkat benua bersama dengan Sukan Asia dan Sukan Seluruh Amerika. Sejak tahun 1999, temasya tersebut juga melibatkan atlet kurang upaya.[1]

Senarai edisi[sunting | sunting sumber]

Tahun Edisi Negara Tuan rumah Bandar Tuan rumah Dibuka rasmi oleh Tarikh Negara Peserta Sukan Acara Juara
1965 I  Republik Congo Brazzaville Alphonse Massemba-Débat 18–25 Julai 30 2500 10 54  Republik Arab Bersatu
1969  Mali Bamako Diganggu oleh rampasan kuasa tentera
1973 II  Nigeria Lagos Yakubu Gowon 7–18 Januari 36 12 92  Mesir
1978 III  Algeria Algiers Houari Boumediene 13–28 Julai 45 3000 12 117  Tunisia
1987 IV  Kenya Nairobi Daniel Arap Moi 1–12 Ogos 41 14 164  Mesir
1991 V  Mesir Kaherah Hosni Mubarak 20 September–1 Oktober 43 18 213  Mesir
1995 VI  Zimbabwe Harare Robert Mugabe 13–23 September 46 6000 19 224  Afrika Selatan
1999 VII  Afrika Selatan Johannesburg Thabo Mbeki 10–19 September 51 6000 20 224  Afrika Selatan
2003 VIII  Nigeria Abuja Olusegun Obasanjo 5–17 Oktober 50 6000 22 332  Mesir
2007 IX  Algeria Algiers Abdelaziz Bouteflika 11–23 Julai 52 4793 27 374  Mesir
2011 X  Mozambique Maputo Armando Guebuza 3–18 September 53 5000 20 249  Afrika Selatan
2015 XI  Republik Congo Brazzaville Denis Sassou Nguesso 4–19 September 54 15000 22 172  Mesir
2019 XII  Maghribi Rabat Acara masa depan
2023 XIII Acara masa depan

Rujukan[sunting | sunting sumber]