Sukan Asia Musim Sejuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sukan Asia Musim Sejuk
SingkatanAsiad
Acara pertamaSukan Asia Musim Sejuk 1986 di Sapporo, Jepun
KekerapanEmpat tahun
Acara terakhirSukan Asia Musim Sejuk 2017 di Sapporo, Jepun
TujuanAcara beraneka sukan untuk negara-negara Asia

Sukan Asia Musim Sejuk merupakan satu acara pelbagai sukan seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk yang khas kepada acara musim sejuk. Jawatankuasa Olimpik kebangsaan Jepun merupakan pencetus idea ini, dan mengutarakannya semasa Sukan Asia 1982. Usaha mereka berhasil dan mereka diberikan hak untuk menganjurkan edisi pertama yang dilangsungkan di Sapporo pada 1986, kerana bandar ini mempunyai infrastruktur dan kemahiran yang diperlukan hasil daripada menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972.

Daripada cuma tujuh negara ahli Majlis Olimpik Asia yang mengambil bahagian dalam edisi pertama, bilangan negara yang bertanding telah bertambah dengan tekal. Pada Sukan Asia Musim Sejuk terbaru di Changchun, 27 dari 45 ahli menghantar jumlah atlet yang terbanyak setakat ini, manakala semua 45 ahli menghantar perwakilan buat kali pertama dalam sejarah Asia.

Senarai Edisi Sukan Asia Musim Sejuk[sunting | sunting sumber]

Bandar tuan rumah Sukan Asia Musim Sejuk

Berikut adalah senarai Sukan Asia Musim Sejuk yang dilangsungkan sejak 1986

Tahun Edisi Tuan rumah Dibuka oleh Tarikh Negara Peserta Sukan Acara Juara Ruj
1986 I Jepun Sapporo, Jepun Fahad Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah 1–8 Mac 7 293 4 35  Jepun [1]
1990 II Jepun Sapporo, Jepun Akihito 9–14 Mac 9 310 4 33  Jepun [2]
1996 III Republik Rakyat China Harbin, China Jiang Zemin 4–11 Februari 17 453 4 43  Republik Rakyat China [3]
1999 IV Korea Selatan Gangwon, Korea Selatan Kim Dae-jung 30 Januari–6 Februari 14 798 4 43  Republik Rakyat China [4]
2003 V Jepun Aomori, Jepun Naruhito 1–8 Februari 17 641 5 51  Jepun [5]
2007 VI Republik Rakyat China Changchun, China Hu Jintao 28 Januari–4 Februari 25 796 5 47  Republik Rakyat China [6]
2011 VII Kazakhstan AstanaAlmaty, Kazakhstan Nursultan Nazarbayev 30 Januari–6 Februari 26 843 5 69  Kazakhstan [7]
2017 VIII Jepun Sapporo, Jepun Naruhito 19–26 Februari 32 1,147 5 64  Jepun [8]

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Jepun (JPN)138144115397
2 China (CHN)9485105284
3 Kazakhstan (KAZ)786256196
4 Korea Selatan (KOR)748392249
5 Korea Utara (PRK)141217
6 Uzbekistan (UZB)1247
7 Lubnan (LBN)1102
8 Mongolia (MGL)0167
9 Iran (IRI)0123
10 Kyrgyzstan (KGZ)0011
Jumlah (10 negara)3873833931163

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "1st AWG Sapporo 1986". OCA. Dicapai pada 22 July 2010.[pautan putus]
  2. ^ "2nd AWG Sapporo 1990". OCA. Dicapai pada 22 July 2010.[pautan putus]
  3. ^ "3rd AWG Harbin 1996". OCA. Dicapai pada 22 July 2010.[pautan putus]
  4. ^ "4th AWG Gangwon 1999". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-13. Dicapai pada 22 July 2010.
  5. ^ "5th AWG Aomori 2003". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-08. Dicapai pada 1 February 2003.
  6. ^ "6th AWG Changchun 2007". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-22. Dicapai pada 28 January 2007.
  7. ^ "7th AWG Astana-Almaty 2011". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-08. Dicapai pada 30 January 2011.
  8. ^ "8th AWG Sapporo 2017". OCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-07. Dicapai pada 19 February 2017.