Pergi ke kandungan

Sukan Asia Tenggara 2025

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Asia Tenggara XXXIII
Bandar tuan rumahBangkok dan Chonburi, Thailand [a]
Cogan kataEver Forward (Thai: ก้าวไปข้างหน้าไม่หยุดยั้ง, RTGS: Kaopai Khangna Mai Yutyang, Melayu: Sentiasa Maju)
Penyertaan negara10
Penyertaan atlet10543
Acara574 dalam 50 sukan
Upacara pembukaan9 Disember 2025
Upacara penutupan20 Disember 2025
Pembukaan dirasmikan olehMaha Vajiralongkorn
Raja Thailand
Stadium utamaStadium Nasional Rajamangala
Laman sesawangseagames2025.org

Sukan Asia Tenggara 2025 (Bahasa Thai: ซีเกมส์ 2025, Sīkēm Sǭngphan Yīsip Hā), secara rasminya ialah Sukan Asia Tenggara ke-33 (Bahasa Thai: ซีเกมส์ ครั้งที่ 33, Sīkēm Khrang Thī Sāmsip Sām) atau Sukan SEA 2025, dijadualkan menjadi edisi ke-33 Sukan Asia Tenggara, acara pelbagai sukan dwitahunan serantau yang akan diadakan di Bangkok dan Chonburi, Thailand pada 9 hingga 20 Disember 2025.[1]

Bidaan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla telah dipilih dan diberikan hak penganjuran pada 13 Januari 2023, selepas Thailand disahkan sebagai tuan rumah oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF). Pemilihan ini menandakan kali pertama tuan rumah dipilih mengikut proses bidaan dan pemilihan baharu bagi Sukan SEA.

Edisi ini bakal menjadi edisi ketujuh yang dianjurkan Thailand, dengan Bangkok sebelumnya telah menganjurkan empat edisi (1959, 1967, 1975, 1985, dan dua edisi lain dianjurkan Chiang Mai pada 1995 dan Nakhon Ratchasima pada 2007.

Songkhla sepatutnya menjadi tuan rumah beberapa acara, namun banjir akibat Ribut Tropika Senyar telah mengakibatkan ia terpaksa digugurkan demi keselamatan, dan kesemua acara yang dianjurkan di Songkhla dipindahkan ke Bangkok dan Chonburi.[2] Kemboja menarik diri dari sukan edisi sukan SEA kali ini. [3]

Pembangunan dan persiapan

[sunting | sunting sumber]

Pemilihan tuan rumah

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tradisi Sukan Asia Tenggara, hak penganjuran digilirkan dalam kalangan negara anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF). Setiap negara anggota diberikan satu tahun spesifik bagi menganjurkan temasya itu, namun mereka juga mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada menganjurkan sesebuah temasya.

Pada Disember 2021, Thailand telah dicalonkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Asia Tenggara 2025 semasa mesyuarat Lembaga Eksekutif SEAGF di Hanoi, Vietnam.[4] Lima bulan kemudian, Lembaga Eksekutif SEAGF secara rasminya mengesahkan Thailand sebagai tuan rumah bagi edisi 2025, dengan Bangkok pada mulanya dicalonkan sebagai bandar tuan rumah.

Pada Oktober 2022, Prachum Boontiem, Naib Gabenor Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT), telah mencalonkan lapan pihak pembida dari 12 wilayah atau bandar yang berminat untuk menjadi tuan rumah temasya ini. Bandar Bangkok serta wilayah Chiang Mai, Nakhon Ratchasima dan Songkhla menyerahkan bidaan tunggal, manakala Bangkok, Chonburi, Songkhla, Krabi, Phuket, Trat, Amnat Charoen, Sisaket, Ubon Ratchathani dan Yasothon telah dicadangkan sebagai bidaan wilayah yang berpotensi.

Pada 13 Januari 2023, Pihak Berkuasa Sukan Thailand telah memilih tiga wilayah, iaitu Kawasan Metropolitan Bangkok, Chonburi dan Songkhla sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2025, sementara wilayah Nakhon Ratchasima telah dipilih sebagai tuan rumah Sukan Para ASEAN 2026.[5] Keputusan ini telah diluluskan Kabinet Thailand pada Februari 2023. Empat wilayah ini merupakan yang pertama dalam sejarah Sukan Asia Tenggara dan Sukan Para ASEAN yang dipilih mengikut proses bidaan.

Bidaan bagi Sukan SEA ke-33 dan Sukan Para ASEAN ke-13
Bidaan individu (4) Bidaan bersama (4)
  • Bangkok
  • Chiang Mai
  • Nakhon Ratchasima (Sukan Para ASEAN ke-13)
  • Songkhla

Tempat pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Temasya ini bakal menggunakan tempat-tempat di serata Kawasan Metropolitan Bangkok dan wilayah Chonburi, termasuklah yang telah digunakan semasa Sukan Asia Tenggara 1985, Sukan Asia 1998 dan Sukan Universiti Dunia Musim Panas 2007.

Kawasan Metropolitan Bangkok yang merangkumi Bangkok dan wilayah berdekatan iaitu Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan dan Samut Sakhon akan menganjurkan majoriti 42 sukan. Chonburi pula akan menganjurkan 15 sukan. Hanya dua acara iaitu bola sepak lelaki dan menembak skeet yang akan dianjurkan di luar kawasan, iaitu acara saringan bola sepak lelaki akan diadakan di Chiang Mai dan menembak skeet di Ratchaburi.

Kluster Bangkok

[sunting | sunting sumber]
Stadium Nasional Thailand
Stadium Nimibutr
Universiti Chulalongkorn
Taman Wachirabenchathat
Stadium Nasional Rajamangala
Stadium Tertutup Huamark
Stadium Hari Keputeraan Permaisuri HM Sirikit's Ke-60
Impact Arena
Tempat Sukan
Pathum Wan, Bangkok
Stadium Suphachalasai, Kompleks Sukan Stadium Nasional Olahraga
Stadium Nimibutr, Kompleks Sukan Stadium Nasional Bola keranjang, bola keranjang 3x3
Gimnasium Chanthanayingyong, Universiti Chulalongkorn Bola jaring
Dusit, Bangkok
Gelanggang Skuasy, Kolej Vajiravudh Squash
Din Daeng, Bangkok
Gimnasium Basah 1, Pusat Belia Bangkok Floorball
Lak Si, Bangkok
Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana[b][c] Wushu, Karate
Huai Khwang, Bangkok
Arena Hoki Ais Antarabangsa Thailand Hoki ais
Chatuchak, Bangkok
Taman Wachirabenchathat Sukan memanjat
Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin Mall Boling
The Bazaar Hotel Bangkok[d] Catur
Bang Kapi, Bangkok
Stadium Rajamangala, Kompleks Sukan Huamark Bola sepak (perlawanan lelaki), tempat utama upacara
Stadium Tertutup Huamark, Kompleks Sukan Huamark Bola tampar
Pusat Latihan Sukan Huamark, Kompleks Sukan Huamark E-sukan
Pusat Latihan Tinju Antarabangsa Thailand, Kompleks Sukan Huamark Tinju
Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Huamark Renang
Padang Memanah, Kompleks Sukan Huamark Memanah
Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Sukan Huamark Bola tampar pantai
Taman Ekstrem, Kompleks Sukan Huamark Luncur papan selaju
Kubah Sukan Serbaguna, Kompleks Sukan Huamark Besbol5, Tarik tali
Lapang Sasar, Kompleks Sukan Huamark Menembak (pistol dan senapang, senapang patah)
Velodrom, Kompleks Sukan Huamark Lumba basikal (trek)
Bang Khen, Bangkok
Stadium Tinju Lumpinee[e] Muaythai
Khan Na Yao, Bangkok
Dewan Island, Fashion Island Mall Taekwondo
Lat Krabang, Bangkok
Stadium Utama, Institut Teknologi Raja Mongkut Ladkrabang Frisbee (ultimate)
Padang Krikei Terdthai Kriket
Nong Chok, Bangkok
Taman Sukan Kamol Lumba basikal (BMX)
Mueang Nonthaburi, Nonthaburi
Dewan MCC, The Mall Lifestore Ngamwongwan Seni bela diri
Gimnasium, Stadium Kompleks Sukan Nonthaburi Futsal
Pak Kret, Nonthaburi
Dewan Chaengwattana, Central Chaengwattana Mall Pingpong
Pusat Pembangunan Tenis Kebangsaan, Muang Thong Thani Tenis
Bangunan Thunder Dome, Muang Thong Thani[f] Biliard dan snuker
Impact Arena, Muang Thong Thani[g] Pencak silat
Mueang Samut Prakan, Samut Prakan
Gelanggang Pusat Luncur Ais Antarabangsa IWIS, Imperial World Samrong Mall Luncur ais berbunga, luncur laju balapan pendek
Bang Sao Thong, Samut Prakan
Pusat Akuatik, Universiti Assumption Renang artistik, Terjun
Gimnasium, Universiti Assumption Tinju tendang
Bang Bo, Samut Prakan
Kelab Sukan VS & Taman Polo Siam Polo
Mueang Pathum Thani, Pathum Thani
Gimnasium, Universiti Rangsit Jujitsu
Lam Luk Ka, Pathum Thani
Stadium Dhupatemiya, Kompleks Sukan Tentera Udara Diraja Thai Ragbi bertujuh
Thanyaburi, Pathum Thani
Padang Besbol, Kompleks Sukan Ulang Tahun Keputeraan Ke-60 Permaisuri Sirikit Besbol
Padang Sofbol, Universiti Teknologi Rajamangala Thanyaburi Sofbol
Kompleks Sukan Chalermphrakiat, Universiti Teknologi Rajamangala Thanyaburi[h] Kabaddi
Auditorium Rajamangala, Universiti Teknologi Rajamangala Thanyaburi[i] Judo
Khlong Luang, Pathum Thani
Pusat akuatik, Universiti Thammasat Polo air
Dataran Institut Teknologi Asia Kriket
Gimnasium, Universiti Thammasat Badminton, Gimnastik
ESC Wake Park Ski air, Wakeboarding
Universiti Valaya Alongkorn Rajabhat Petanque
Mueang Nakhon Pathom, Nakhon Pathom
Gimnasium Perbandaran Nakhon Pathom Chinlone, Sepak takraw

Kluster Chonburi

[sunting | sunting sumber]
Stadium Chonburi
Pantai Jomtien
Pantai Laem Mae Phim
Tempat Sukan
Mueang Chonburi, Chonburi
Stadium Universiti Sukan Kebangsaan Thailand Bola sepak (perlawanan wanita)
Stadium Chonburi
Gimnasium Serbaguna, Universiti Sukan Kebangsaan Thailand Hoki dalam dewan
Padang Hoki, Universiti Sukan Kebangsaaan Thailand Hoki padang, Hoki 5s
Gimnasium Olimpik, Sekolah Sukan Chonburi Angkat berat
Gimnasium Sukan SEA, Sekolah Sukan Chonburi Teqball
Amata Spring Country Club Golf
Si Racha, Chonburi
Zoo Terbuka Khao Kheow Lumba basikal (berbasikal gunung)
Takungan Nong Kho Sukan udara
Pacific Hall, Pacific Park Si Racha Gusti
Bang Lamung, Chonburi
Pantai Jomtien Ski jet, Renang terbuka, Pentatlon moden,
Lumba layar (luncur angin)
Pantai Samae, Ko Lan
Stadium Olahraga Tertutup, Pusat Latihan Sukan Timur Kebangsaan
(Chaiyaphruek)
Bola baling
Lapang Sasar Praktikal, Pusat Latihan Sukan Timur Kebangsaan
(Huai Yai)
Menembak praktikal
Kelab Polo dan Ekuestrian Thai Ekuestrian
Sattahip, Chonburi
Kawasan Awam, Ambassador City Jomtien Hotel Rowing (coastal), Sailing (kiteboarding)
Pusat Pelayaran Samudara Kila Lumba layar
Padang Golf Tentera Udara Diraja Thai Woodball
Ban Chang, Rayong
Pusat Latihan Berkanu dan Mendayung Tentera Udara Diraja Thai Lumba kanu (pecut, slalom), Bot naga, Lumba dayung
Klaeng, Rayong
Pantai Laem Mae Phim Akuatlon, Duatlon, Triatlon

Luar bandar tuan rumah

[sunting | sunting sumber]
Stadium Ulang Tahun Chiang Mai ke-700
Lokasi Tempat Acara
Photharam, Ratchaburi Lapang Sasar Photharam Menembak (skeet)
Mueang Chiang Mai, Chiang Mai Stadium Ulang Tahun Chiang Mai ke-700 Bola sepak (peringkat kumpulan lelaki)

Tempat bukan pertandingan

[sunting | sunting sumber]
Lokasi Tempat Acara
Phra Nakhon, Bangkok Sanam Luang Sub-tempat majlis upacara

Pemasaran

[sunting | sunting sumber]

Logo rasmi bagi temasya ini direka oleh Teeranop Wangsillapakon, penubuh dan pengarah kreatif TNOP Design, telah ditauliahkan oleh Subjawatankuasa Reka Bentuk Agensi Budaya Kreatif Thailand (THACCA) di bawah Jawatankuasa Strategi Kuasa Lunak Kebangsaan.

Logo itu merangkumi konsep 'main mengikut peraturan', mendapat inspirasi daripada prinsip peraturan, disiplin dan permainan yang adil dalam sukan. Ia menekankan bagaimana kreativiti dan strategi boleh membawa kepada pencapaian luar biasa dalam sempadan yang ditetapkan. Reka bentuk logo itu menggabungkan garisan berstruktur padang sukan dengan corak grid rumit seni tradisional Thai, menangkap kedua-dua semangat persaingan dan keanggunan budaya Thai dengan cara yang moden dan halus.

Logo ini menggantikan reka bentuk terdahulu yang dipilih melalui pertandingan. Logo awal, yang dicipta oleh Ruengwit Phutharaporn, diilhamkan oleh pla kat, atau ikan Pelaga siam, haiwan akuatik kebangsaan Thailand.

Acara sukan

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 50 sukan dan 574 acara bakal dipertandingkan dalam edisi ini.

Program Sukan Asia Tenggara 2025[6]

Program Sukan Asia Tenggara 2025 (acara demonstrasi)[6]

Program Sukan Asia Tenggara 2025 (acara penciptaan nilai)[6]

Penyertaan

[sunting | sunting sumber]

Kesemua 11 ahli Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dijangka mengambil bahagian dalam edisi ini. Temasya ini juga merupakan penyertaan kali pertama Timor Leste sebagai ahli penuh ASEAN sejak penyertaan pertamanya pada tahun 2003.

Pasukan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai Sukan Asia Tenggara 2025[7]

Pungutan pingat

[sunting | sunting sumber]

  *   Thailand

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2025[8]
KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Thailand*233154108495
2 Indonesia91111131333
3 Vietnam8781110278
4 Malaysia5757117231
5 Singapura526187200
6 Filipina5073153276
7 Myanmar3214670
8 Laos292738
9 Brunei1359
10 Timor-Leste0178
Jumlah (10 negara)5765717911938
  1. Songkhla sepatutnya menjadi tuan rumah beberapa acara, namun banjir akibat Ribut Tropika Senyar mengakibatkan ia terpaksa digugurkan demi keselamatan.
  2. Wusyu asalnya diadakan di Universiti Putera Singgora di Songkhla
  3. Karate asalnya diadakan di Dewan Pusat Hatyai di Songkhla
  4. Asalnya diadakan di Auditorium PREM di Songkhla
  5. Asalnya diadakan di Gimnasium Phru Khang Khao, Songkhla
  6. Asalnya diadakan di Dewan Pameran Ambassador City Jomtien di Chonburi
  7. Asalnya diadakan di Gimnasium Chira Nakhon di Songkhla
  8. Asalnya diadakan di Dewan Parichat, Universiti Thaksin di Songkhla
  9. Asalnya diadakan di Universiti Putera Singgora di Songkhla
  1. "Thailand yakin tuan rumah terbaik Sukan SEA 2025". Bernama. 16 Mei 2023. Dicapai pada 4 Disember 2025 melalui Astro Awani.
  2. Arif Nizam, Mohammad (28 November 2025). "Sukan SEA: 10 acara di Songkhla dipindahkan ke Bangkok". Malaysia Gazette. Dicapai pada 4 Disember 2025.
  3. https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2025/12/10/cambodia-pull-out-of-sea-games-in-thailand
  4. มนตรีซีเกมส์ลงมติให้ไทย เป็นเจ้าภาพอีกครั้งในปี 2025 คาดจัดที่ กทม. [Lembaga Sukan SEA telah mengundi untuk memilih Thailand sebagai tuan rumah buat sekali lagi pada 2025, dengan temasya itu dirancang untuk diadakan di Bangkok.]. Thairath (dalam bahasa Thai). 10 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2022. Dicapai pada 20 Disember 2022.
  5. เคาะ "กทม.-ชลบุรี-สงขลา"จัดซีเกมส์-อาเซียนพาราฯปี2025 ["Bangkok, Chonburi, dan Songkhla Dipilih Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2025"]. Siamsport (dalam bahasa Thai). 13 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2023.
  6. 1 2 3 "Sports Programme of The 33rd SEA Games - Bangkok Chonburi Songkhla (9-20 Dec 2025)" (PDF). THAISOC2025 (dalam bahasa Thai). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Disember 2024. Dicapai pada 26 Disember 2024.
  7. "Thailand 2025 releases SEA Games entry lists for 11 NOCs". OCA. 29 Jun 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2025. Dicapai pada 31 Oktober 2025.
  8. "Medal Standings". 33rd SEA Games. Dicapai pada 11 December 2025.


Didahului oleh:
Phnom Penh
Sukan Asia Tenggara
XXXIII Sukan Asia Tenggara (2025)
Diikuti oleh:
Malaysia